Rambut yang kering dan kusut antara masalah yang sering membelenggu wanita berhijab. Faktor cuaca yang panas menyebabkan rambut berbau dan peluh yang dikeluarkan dari rambut juga menjadikan rambut kelihatan tidak bermaya. 

Sumber gambar: Today

Bagi kaum yang berhijab, usah risau! Kami kongsikan kepada kamu pilihan produk ‘hairspray’ terbaik untuk merawat rambut kamu!

  1. Herbivore Botanicals Sea Mist

Sumber gambar: The Green Jungle

Produk ini khas untuk kamu yang memiliki rambut yang berminyak. Mengandungi kandungan garam sert aloe vera yang dapat menyerap lebihan pada rambut sekali gus menyahkan bau busuk pada rambut kamu. Gabungan pati lavender dan herba amat bagus pada kulit kepala. Produk yang diperkaya dengan bahan organik ini menjadikan rambut bebas minyak.

IKLAN

2. Giovanni Brazilian Keratin & Argan Oil Styling Mist

Sumber gambar: iHerb

Usah risau jika rambut kamu sellau terkena pancaran UV bila di luar. Produk hairspray ini berfungsi melindungi rambut dari kerosakan haba dan tidak menghilangkan kelembapan pada rambut. Produk ini juga mampu untuk merawat dan memelihara rambut kerana diperkaya dengan sumber protein dari tumbuhan serta minyak Argan.

IKLAN

3. DUCK COSMETICS Mist Independent Hair Mist

Sumber gambar: 100 comments

Produk dari DUCK ini bertindak untuk membentuk lapisan rambut untuk menjadikan rambut lembut bak sutera. Diformulasi dengan khasiat Aloe Vera, ia juga memberi rawatan khusus kepada rambut untuk kekal segar dan sihat.

IKLAN

4. Kose Cosmeport Je l’aime Fantasist Concentrate Mist

Sumber gambar: Hermo

Produk dari Kose ini berfungsi untuk mengekalkan hidrasi bagi menghasilkan rambut yang sihat serta lurus menawan. Apa yang menariknya, ia mengandungi serum yang mampu untuk merawat kerosakan serta kekusutan rambut hanya dengan beberapa semburan sahaja!

5. Beaver Hydro Scalp Energizing Essential Spray

Sumber gambar: Shopee

Ia mengandungi bahan aktif semulajadi yang bertindak mengurangkan minyak pada kulit kepala. Ia juga berfungsi untuk menyerap jauh ke akar rambut bagi menguatkan serta meransang pertumbuhan anak rambut baru. Semestinya solusi terbaik untuk masalah rambut yang gugur dan nipis.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI