Doa adalah permohonan seseorang hamba kepada Penciptanya untuk memohon perlindungan dan pertolonganNya. Doa juga dalah medium untuk kita berkomunikasi dengan Allah dan memohon pertolongan.
Doa juga merupakan salah satu cara untuk kita mendekatkan diri pada Allah. Ia menggambarkan ekspresi ketidakmampuan serta ikrar tidak ada kekuatan serta daya kecuali dengan pertolongan Allah SWT. Ia simbol daripada perhambaan serta berasakan diri hina dan lemah sebagai manusia di hadapan Allah SWT.
DOA RASULULLAH SAW DI SAAT BERPISAH DENGAN RAMADAN
10 malam akhir dah hampir ke penghujungnya. Sepatutnya malam berbaki ini adalah puncak kesungguhan kita dalam beribadah.Tak boleh nak bersenang lenang kerana perjuangan kita belum selesai.Inilah masanya untuk kita memperhebatkan lagi amal ibadah, memperbanyakkan lagi amal soleh, mendulang lautan pahala, menggugurkan dosa-dosa dan menjadi insan yang pemurah.
IKLAN
Tahajjud, tahajudlah bersungguh-sungguh. Taubat, taubatlah sesungguh hati.
Doa, doa sungguh-sungguh penuh harapan. Baca al-quran, baca penuh penghayatan.
Zikir, zikirlah sepenuh hati yang tawaduk. Sedekah, sedekahlah bersungguh-sungguh.
Tiada waktu untuk dibazirkan kerana saat perpisahan semakin dekat. Ibnu Rajab Al-Hambali berkata, “Bagaimana bisa seorang mukmin tidak menitis air mata ketika berpisah dengan Ramadhan..Sedangkan dia tidak tahu apakah masih ada sisa umurnya untuk berjumpa lagi.”
Ramadan yang mulia hampir berangkat pergi,
Segeralah menambah amal agar tak merugi,
Sempurnakanlah apa yang masih berkurangi,
Biar diri menjadi hamba yang Allah sayangi,
Bukan hamba yang Allah benci lagi dimurkai.
Menangislah dalam taubat yang menginsafi.
Moga Allah mengampuni dan meredai…
IKLAN
Syahdunya doa Rasulullah SAW di saat akan berpisah dengan Ramadan
“Ya Allah, janganlah Kau jadikan bulan Ramadan ini sebagai bulan Ramadan terakhir dalam hidupku. Jika Engkau menjadikannya sebagai Ramadan terakhirku, maka jadikanlah aku sebagai orang yang Engkau sayangi dan jangan jadikan aku orang yang Engkau murkai.”
HIJABISTA: Cepat atau lambat doa seseorang itu diperkenankan adalah urusan Allah SWT. Walau bagaimanapun doa yang tidak dimakbulkan mungkin juga disebabkan jiwa dan hati yang berprasangka buruk terhadap Allah SWT selain tidak menuruti adab berdoa.
Sumber kredit: Ustazah Siri Nor Bahyah Mahamood Top image: Photo by Rodnae Productions from Pexels Photo by Ali Arapoğlu from Pexels
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Lumrah kehidupan, pasti ada naik, turunnya. Begitulah perjalanan hidup kita di muka bumi ini. Namun segala dugaan dan tekanan yang dilalui perlulah dihadapi dengan tenang. Kita perlu bijak mengurus tekanan agar ia tidak menjadi ‘barah’ yang membinasakan secara senyap.
Ada banyak cara untuk menguruskan stres dan tekanan. Antara langkah yang boleh diambil ialah bercerita masalah dengan rakan baik atau ahli keluarga yang dipercayai dan paling rapat, berjumpa pakar kaunselor atau mendapatkan nasihat daripada pihak pakar psikiatri. Jangan biarkan diri terus hanyut dengan perasaan sebaliknya berusahalah untuk merawat tekanan yang dialami.
Sebagai orang Islam, ada cara yang boleh merawat tekanan yang dialami iaitu dengan ‘mendekatkan’ diri pada Allah.
Berikut dikongsikan doa-doa yang boleh diamalkan ketika dilanda tekanan.
Surah ini boleh tenangkan diri, bacalah. Semoga diberi kekuatan untuk menghadapi perjalanan hidup.
1. Tekanan-Surah Ar Raad: 28
2. Rasa berdosa- Surah Az Zumar: 53
3. Putus asa-Surah Yusuf: 87
4. Sedih- Surah Al Israa: 82
Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.
Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti.
Walau bagaimanapun, stres yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.
Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh kita lakukan dalam mengawal stres. Stres boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan.
Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan cara mengamalkan kaedah 10B
Kaedah 10 B ini adalah:
BERTENANG
Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan, bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.
BERNAFAS DENGAN DALAM
Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.
BERKATA ‘RELAKSLAH
Cuba katakan pada diri sendiri, saya ni stres, ‘Relakslah’, Tak mengapa atau Tak pe lah, Oklah tu . Bawalah bersabar. Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.
BERIBADAT
Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.
BERKONGSI PERASAAAN DENGAN SESEORANG
Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda . Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.
Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.
BERURUT
Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.
BEREHAT DAN MENDENGAR MUZIK
Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang lembut. Muzik dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda berasa tenang. Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.
BERIADAH
Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukanlah aktiviti yang anda sukai. Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.
BERSENAM
Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan bersenam ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang.
Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.
BERFIKIRAN POSITIF
Stres juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi. Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.
Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri. Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.
Dengan melakukan kaedah 10 B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung, perasaan marah, rasa gelisah, gementar, sakit kepala dan sebagainya yang disebabkan oleh tindak balas hormon adrenalin terhadap tubuh dapat dikurangkan.
Stres mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi fizikal, emosi dan minda
Walau bagaimanapun, kaedah 10 B hanya boleh mengawal stres untuk jangka masa pendek.
Punca stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stres tersebut. Anda juga boleh mengamalkan kemahiran daya tindak yang bersesuaian untuk menangani stres anda.
Sekarang ini seperti menjadi trend, setiap kali ada cuti panjang ramai antara kita terutama mereka yang bertugas sebagai guru mengambil peluang melawat beberapa tempat menarik di luar negara. Apatah lagi tiket tambang murah yang sering membuat promosi menyebabkan ramai yang mengambil kesempatan bercuti sama ada secara group atau individu.
Tiada halangan atau alasan tiket mahal atau tidak tahu kerana sekarang semua maklumat kini hanya di hujung jari. Seperti perkongsian wanita ini yang juga merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah. Biarpun mengajar jauh di luar bandar demi anak bangsa, tetapi Haitun Kamarazaman tidak melepaskan peluang untuk berkembara di bumi asing setiap kali cuti persekolahan.
Dan sebagai seorang wanita Muslimah, guru yang mengajar di Sekolah Menengah Koyan dalam subjek Bahasa Melayu ini tetap tidak meninggalkan sesekali kewajipan bersolat. Baginya, tidak kira walau di mana berada, SOLAT itu adalah kewajipan dan tiada alasan untuk tidak menunaikannya.
Oleh sebab itu, jika pergi bercuti di tempat yang sukar untuk berjumpa masjid, beliau akan mempersiapkan segala keperluan dirinya untuk menunaikan kewajipan fardu itu. Sebelum ini, banyak sudah tempat yang dilawati seperti Osaka, Jepun, Paris, Belgium, Amsterdam dan banyak lagi. Dan sempena cuti Deepavali tempoh hari, beliau telah mengambil kesempatan bercuti ke beberapa tempat menarik di India.
Beliau pergi bersama rombongan guru dari Kuala Lipis dan turut membawa seorang anak lelakinya, Mohd Aidil Mukhreez. Memilih pergi ke India kerana mahu melihat sendiri keindahan alam semula jadi di beberapa kawasan terutama di Khasmir dan Taj Mahal yang merupakan satu daripada tujuh perkara ajaib di India. Beliau turut kagum dengan kegigihan saudara semuslim yang mencari rezeki di sana. Juga Kashmir dikatakan mempunyai cuaca sejuk dingin yang menyenangkan.
Jika dilihat dalam facebook miliknya, Haitun berpakaian seperti wanita Muslimah lengkap berstoking dan tudung labuh di hadapan Taj Mahal walaupun dalam keadaan cuaca yang sangat panas sehingga mencecah 32 darjah selsius. Sebenarnya ada sebab kenapa beliau berpakaian begitu. Menurutnya, ini adalah untuk memudahkan dia bersolat dan perlu menunjukkan identiti sebagai wanita Muslim walau di mana sahaja berada. Tiada alasan panas dan dia cukup selesa dan rasa lebih selamat berpakaian demikian.
“Saya memang dah banyak kali travel ke tempat orang. Memang setiap kali cuti sekolah saya akan berusaha untuk melihat negara luar kerana banyak pengalaman boleh kita peroleh sepanjang percutian itu nanti. Juga untuk tambah ilmu dan boleh kita kongsi kegembiraan itu dengan anak murid. Bukan setakat makan angin, tetapi sebelum menjelajah setiap inci saya akan membuat research terlebih dahulu. Misalnya daripada segi masyarakat, budaya, agama dan makanannya.
“Bagi saya tiada masalah pergi bercuti sementelah tubuh masih kuat dan sihat ini. Dan setiap kali bercuti juga saya memang akan bawa seorang anak. Biasanya ikut turn masing-masing dan tidak timbul pilih kasih. Tujuan saya cuma satu supaya dapat create memory bersama anak-anak dan mahu mereka menambah pengalaman melihat tempat orang. Namun sebelum pergi saya akan ingatkan anak-anak agar menjaga tingkah laku di tempat orang dan perlu ada sikap sabar sepanjang travel,” ujar Haitun juga seorang guru aktif yang bersukan.
Menurutnya juga, sepanjang berada di Khasmir dia tidak menghadapi masalah makanan kerana masyarakat di sini majoriti adalah Muslim. Cuma ketika berada di Delhi, rombongan mereka telah membawa bekalan seperti sambal hitam Lipis dan sambal bilis. Namun mereka semua tidak ada masalah untuk makan makanan vege.
“Sebenarnya setiap kali bercuti, saya memang sangat particular bab SOLAT. Oleh sebab itu, saya tak kisah berbaju kurung, stoking dan tudung labuh kerana memang memudahkan untuk solat. Tak perlu cari telekung kerana pakaian kita sudah menutup aurat. Biarlah apa orang kata janji ia menyenangkan untuk bersolat.
“Dan segala gambar yang saya post dalam FB milik peribadi bukan tujuan menunjuk, cuma sekadar berkongsi pengalaman bersama rakan lain. Tidak ada maksud lain yang boleh membawa kepada riak. Tambahan pula ramai rakan yang request untuk berkongsi gambar-gambar menarik semasa di luar negara.
“Kita tahu jika pergi ke tempat orang, memang agak sukar untuk bersolat tetapi jangan jadikan ia alasan untuk elak daripada melakukannya. Nasihat saya kepada mana-mana wanita Muslimah yang pergi bercuti tempat orang, jangan lupa untuk SOLAT dan kalau boleh teruskan amalan yang kita sudah biasa buat di rumah misalnya mengaji.
“Ini kerana dalam perjalanan ramai yang saya jumpa tidak menjaga SOLAT. Jadi kembara kita menjadi sia-sia andainya kita mengabaikan solat. Namun ada juga sahabat-sahabat yang tetap tidak meninggalkan amalan mengaji dan juga BERTAHAJJUD semasa berkembara”, jelasnya lagi yang tidak putus-putus mengingatkan kepada wanita agar memakai pakaian yang senang untuk bersolat jika TRAVEL.
Sebelum mengakhiri perbualan, ibu kepada 5 cahaya mata ini juga turut memberi tip bagaimana mengumpul duit secukupnya untuk pergi bercuti. Menurutnya, setiap bulan dia akan allocate sedikit wang gaji untuk keperluan pergi bercuti. Disiplin itu penting kerana nawaitu untuk melihat tempat orang sambil mengutip ilmu itu penting dan pasti segala urusan akan dipermudahkan Allah.
5 TIP PALING MUDAH KETIKA TRAVEL:
1. Set minda awal-awal sebab kita bukan berada di tempat sendiri.
2. Prepare ubat-ubatan.
3. Makanan kering dari Malaysia seperti serunding, sambal bilis dan sambal hitam sangat membantu selera. Bimbang jika perut tidak serasi dengan makanan luar.
4. Pakaian yang sesuai dan menutup aurat.
5. Bawa pen dan buku nota. Jangan lupa tulis segala catatan pengalaman.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi berbakat besar yang juga seorang komposer iaitu Haqiem Rusli telah dinobatkan sebagai Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33 (ABPBH33).
Ini menjadikan Haqiem,22, sebagai artis termuda yang menerima anugerah tersebut. Bukan hanya bakatnya yang dikagumi, malah sifat dan akhlak mulianya juga menjadi perhatian ramai kerana beliau sering menitikberatkan soal agama dalam kehidupan seharian.
Seperti video yang dimuat naik oleh Jay Jusin di TikTok, dia berkongsikan bahawa pelantun lagu Tergantung Sepi itu sentiasa akan meminta sejadah apabila berkunjung ke rumahnya bagi menunaikan solat.
Berikutan video tersebut, ramai yang memberikan pujian terhadap Haqiem kerana faham dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim tanpa culas biarpun sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Alhamdulillah, sesungguhnya apabila kita meletakkan urusan agama di hadapan, pastinya kejayaan akan sentiasa berada dalam genggaman kita.
Oleh itu sis, jadikanlah perkongsian ini sebagai iktibar untuk kita sentiasa beringat bahawa rezeki itu adalah sepenuhnya daripada Allah dan bukannya daripada manusia. Utamakan Allah, pastinya hidup kita akan diberkati.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.