Banyak masa yang boleh diperuntukkan untuk mengamalkan zikir. Contohnya, ketika memandu dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja, kita boleh mengamalkan zikir.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab, ayat 41 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang banyak dan bertasbihlah pada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikat-Nya (yang memohon keampunan untukmu) agar Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya. Dia Maha Penyayang kepada orang yang beriman.”
Hati perlu distabilkan, agar terjaga suhu dan kandungannya supaya tidak mudah rosak. Tapi, tahukah kita cara untuk menstabilkan hati? ZIKIR adalah jawapannya.
ALLAH SWT telah berfirman: “Orang-orang beriman itu, hati mereka tenteram dengan ingat(zikir) kepada ALLAH. Ingatlah, hanya dengan ingat(zikir) kepada ALLAH, maka hati akan tenteram” (Ar-Rad : 28)
Apa maksud zikir? Zikir bermaksud, kita nak ingat ALLAH setiap masa dan keadaan. Ulamak menyarankan, kita sebagai orang awam bolehlah cuba jadikan zikir sebagai amalan harian.
*Kita boleh lakukan sekurang-kurangnya dengan zikir yang paling ringkas iaitu 300 kali sepagi dan sepetang.
*100 kali untuk “Subhanallah walhamdulillah walaailahaillallah Allahuakhbar” (Tasbihat)
*100 kali untuk “Allahummasalialamuhammad wa’ala alimuhammad” (Selawat)
*100 kali untuk “Astaghfirullah hal ‘azim” (Istighfar)
*Kita juga boleh tambah dengan doa Nabi Yunus a.s iaitu “Laailahailla antasubhanakainni kuntumminaldholimiin” sebanyak 100 kali.
Kita tasbihat ini, sebagai tanda kita cinta kepada ALLAH SWT yakni tuhan kita. Raja segala alam. Kita selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebagai tanda kita sayang kepada Rasul kita dan kita istighfar sebagai tanda kita menyesali atas dosa-dosa kita.
KELEBIHAN ZIKIR:
Seseorang orang yang berzikir dengan banyaknya di dunia akan masuk syurga dengan tersenyum-senyum. Allah telah sediakan satu pintu khas di syurga untuk orang-orang yang kuat berzikir. Dapat menghapuskan riak yang ada dalam diri manusia serta sebagai penenang hati.
Orang bijak pandai pernah berkata: Ilmu itu adalah jalan dan zikir adalah lampu, ilmu tanpa zikir kita akan kegelapan, zikir tanpa ilmu kita akan sesat. Waktu-waktu yang tenang dan senyap daripada gangguan ialah lepas solat subuh dan asar. Berzikirlah pada waktu-waktu tersebut.
HIJABISTA: Setiap kali selesai menunaikan solat, tunggu seketika. Jika tiada urusan penting, luangkan sedikit masa untuk berzikir kerana amalan itu bakal menyelamatkan kita daripada api neraka.
Sumber kredit: Rohana Saad Top image: Photo by RODNAE Productions from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI