Wanita memang tak dapat lari dari terus mencari pelbagai cara atau petua untuk cantik atau sihat. Lebih-lebih jika melihat tubuh sedikit berisi. Pasti susah hati dan mencari petua tertentu untuk memastikan tubuh langsing seperti asal.

Perkongsian di laman sosial facebook turut memberitahu resipi jus kurus yang hanya menggunakan buah-buahan sahaja. Bukan saja senang dicari, tetapi juga bajet yang murah. Malah buah-buahan ini boleh disimpan lama dalam peti sejuk.

RESEPI JUS KURUS Guna Buah Sedap yang amaat!

Haritu mar ada share Air Kurus Viral,ada yang kata macam payah nak telan ja air buh serai, kayu manis bagai. Padahal sedappp ja mar minum.Mungkin citarasa kita tak sama kan hehehe.

Resepi ni pun pernah viral dan masuk dalam online Sinar jugak. Best yang ni sebab minum sejuk sejuk.So musim panas ni syok jugak la kalau layan.So mar terai buat semalam.
Harini hari kedua try minum.

Dia punya detox tuuu, syok ooo hahahha.
.
Simple je bahan dia tapi ongkos yang ni mahai sikit la dari resepi air viral sebab buah ni boleh tahan gak la harganya pun.
.


1 biji epal hijau
1 biji sunkist
1 carrot
1 inchi halia
1 cawan air sejuk
**1 sudu madu kalau nak tambah masa minum.( mar tak tambah sebab manis sunkist tu pun dah sedap ja minum)
.
Masukkan semua bahan kecuali madu dan blender sampai halus.

Guna 4 bahan ini.

Tak payah tapis, minum guna sudu ha, minum hempas buah tu barulah kenyang lama sikit lagipun banyak khasiat buah tau kat hempas tu.Rugi la kalau tapis.
.


Minum 1 hari 1 cawan ja, baki simpan dalam peti. Minum masa perut kosong sebaiknya, sebelum breakfast ke sebelum lunch keee baru best layan sesejuk air time panas terik ni.
.


Minum 1 hari 1 cawan.

Kredit: Mar Ziana Via Petua Ibu

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI