Setiap negara mempunyai definisi dan cara penjagaan kecantikan yang tersendiri. Ingin tahu rahsia kecantikan mereka?
Hijabista kongsikan rahsia kecantikan wanita di beberapa negara. Cara diamalkan tidak susah dan anda boleh lakukan sendiri di rumah terutama pada hujung minggu.
KOREA – Pupur Wajah Sebagai ‘Face Mask’
Jenama kecantikan Korea cukup popular dengan pelbagai jenis pupur wajah atau masker dan ini telah menjadi sebahagian rutin kecantikan hampir setiap wanita di sana. Malah, bintang-bintang terkenal juga tidak ketinggalan dengan menggunakannya dan turut berkongsi rahsia kecantikannya adalah dengan ketawa yang akan terserlah pada wajah mereka jika rasa gembira.
IKLAN
SEPANYOL – Ubi Kentang
Salah satu rahsia kecantikan yang menarik untuk dipelajari adalah dari negara Sepanyol. Wanita Sepanyol menghilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dengan menggunakan hirisan kentang. Mereka mendakwa bahawa sepotong kentang bersih diletakkan pada mata anda selama 10 minit akan mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
MESIR – Mandi Susu
IKLAN
Wanita Mesir mempunyai kulit yang licin seperti sutera kerana mereka kerap melakukan mandian susu. Caranya dengan menambah dua cawan susu tepung ke dalam air mandi. Umum tahu susu merupakan penjanaan tenaga yang mengandungi pelbagai nutrisi penting yang sangat bermanfaat bagi tubuh. Segelas susu kaya akan kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, D, B6, B12, protein dan sebagainya.
GREECE – Makanan Hijau
Rahsia bagi wanita Greece adalah mengamalkan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin sihat yang baik untuk kulit dan rambut. Diet Mediterranean ini dipercayai menjadi kunci kepada kecantikan kebanyakan wanita Greece.
IKLAN
INDONESIA – Jamu
Jamu merupakan resipi turun temurun dan rahsia kecantikan wanita Indonesia. Hal ini membuktikan jamu mampu menjaga daya tahan tubuh dan juga menghaluskan kulit wanita Indonesia. Ramuan semula jadi yang terkandung pada jamu mampu menaikkan seri wajah serta menjaga kulit, maka tidak hairanlah jika wanita di Indonesia meminum jamu seawal umur belasan tahun untuk mengekalkan tradisi kecantikan yang diwarisi oleh mereka.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Adalah peraturan yang terkenal bahawa anda harus mencuci cadar setiap minggu lebih-lebih lagi semasa cuaca panas, terutamanya jika anda terdedah kepada jerawat badan.
Dan bagi mereka yang mempunyai kulit hipersensitif, membasuh cadar dan pakaian dengan detergen bebas pewangi mungkin cara terbaik. Anda harus melakukan ini untuk mengelakkan kerengsaan yang mungkin datang dari sabun dan pewangi yang keras. Tetapi jika anda masih mengalami ketidakselesaan sekali-sekala, mungkin terdapat satu langkah yang boleh melegakan kerangsaan:
Patutkah mencuci pakaian baharu sebelum memakainya?
Petua ini penting bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. Mengapa anda perlu mencuci pakaian baru sebelum memakainya. Menurut pakar dermatologi yang diperakui lembaga Azadeh Shirazi, M.D., melalui TikTok, pakaian serba baharu boleh mengandungi bahan merengsa tertentu, seperti pewarna sintetik atau pengawet untuk memastikan pakaian tidak berkedut semasa penghantaran. Dia menerangkan, “Jika ia mengandungi alergen yang membuatkan kulit anda sensitif, bahan kimia ini meresap ke kulit dan boleh membawa kepada apa yang dipanggil dermatitis kontak.”
Dermatitis boleh muncul sebagai tompok kering, merah atau gatal dan benjolan pada kulit. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa dermatitis boleh disebabkan oleh beberapa faktor, tetapi dermatitis kontak biasanya disebabkan oleh sesuatu yang merengsa menyentuh kulit oleh itu frasa dermatitis kontak.
Shirazi menjadi lebih spesifik dengan berkongsi, “Saya perhatikan ini banyak dalam pakaian senaman kerana kita berpeluh, kita aktif dan]terdapat banyak geseran.” Peluh dan geseran itu boleh membantu bahan kimia yang disebutkan di atas bocor keluar dari pakaian dan ke kulit anda. Dia menyatakan bahawa sesetengah kawasan mungkin lebih terdedah kepada kerengsaan berbanding yang lain, termasuk ketiak dan belakang lutut secara kebetulan, kawasan tersebut juga merupakan kawasan yang paling banyak menerima geseran daripada pakaian.
Apabila ia datang untuk menangani dermatitis, sebaiknya berjumpa pakar dermatologi, kerana terdapat pelbagai jenis tindak balas dan seorang profesional boleh membantu anda mengenal pasti pencetus peribadi anda. Walau bagaimanapun, kebanyakkan pakar akan mengesyorkan mengurangkan semua produk yang berpotensi merengsakan seperti pengelupas, pembersih pelucutan, formula sarat pewangi dan memilih sesuatu yang mudah, menenangkan dan melembapkan kulit.
Potensi merengsa kulit
Jika anda pernah terfikir sama ada perlu membasuh pakaian baharu, jawapannya tidak begitu mudah. Jika anda mempunyai kulit sensitif dan mendapati sebarang dermatitis kontak, anda mungkin mahu membilasnya dengan detergen dobi tanpa pewangi. Pakaian anda melalui perjalanan yang jauh sebelum masuk di dalam almari dan mungkin bersentuhan dengan potensi perengsa di sepanjang jalan.
Jika anda mempunyai kulit yang sangat sensitif, berpegang pada penjagaan badan tanpa wangian adalah amalan terbaik dan itu termasuk mencuci, losen badan dan detergen pembasuh pakaian.
Penyanyi dan pelakon popular, Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana memang sentiasa tampil manis dengan imej sopannya. Tak hairanlah jika fesyen dan gaya penampilannya sentiasa menjadi ikutan ramai.
Baru-baru ini, Nana telah memuat naik sebuah video di laman instagramnya di mana rakan artis iaitu Khai Bahar telah merakam videonya. Lucunya, Nana telah ‘melarikan diri’ kerana rasa malu apabila wajahnya tidak disolek.
Tapi Nana ni tetap cunlah walaupun tak bersolek. Natural beauty gitu!
Lepas ni Nana tak perlu malu-malu dah sebab tanpa solekan pun Nana tetap cantik. Hanya perlu yakin saja! Semoga Nana akan terus berjaya dalam setiap apa yang dilakukan. Sis support!
Toner adalah cairan yang dapat menghilangkan kotoran seperti minyak dan sisa mekap pada kulit wajah. Selain itu juga toner juga dapat berfungsi untuk menenangkan, menghaluskan dan mempersiapkan kulit untuk menerima perawatan wajah selanjutnya seperti pemakaian serum dan krim wajah.
Dr. Alicia Zalka, dermatologi dari Yale, mengatakan bahawa toner merupakan langkah kedua dari proses pembersihan. Manfaatnya, bila digunakan dengan betul dapat membantu menghilangkan lebihan minyak dan sel kulit mati yang mungkin tersisa setelah mencuci wajah.
1. Kulit berminyak dan kombinasi: Guna Kapas
Selalu kan kita pakai kapas untuk apply toner, dan cara ni sebenarnya sesuai untuk semua jenis kulit, tapi akan work better untuk korang yang ada masalah kulit berminyak dan kombinasi.
Kerana pemakaian toner dengan kapas ni akan membersihkan kulit dengan lebih dalam, dan membuang minyak yang berlebihan tu tau, dan jugak berfungsi untuk “exfoliate” kan sel mati
2. Kulit normal,kering,sensitif: Guna Tangan
Perasan tak bila anda dap dap muka dengan tangan, anda dapat rasakan yang macam kulit muka anda menyerap toner tu. Ini disebabkan pergerakan tangan yang lembut pada kulit muka, dan haba pada tangan akan menyebabkan toner diserap lebih baik oleh kulit taw. Sebab tu lah sesuai untuk orang yang kulit kering
Tip tak nak membazir pakai toner dengan kapas:
Kalau anda risau yang membazir pakai toner dengan kapas, ada trick nya. Basahkan dulu kapas anda dengan air bersih dan perah sampai kering ,Then baru lah anda letak toner, supaya tak de lah kapas anda akan menyerap semua toner tu dan membazir
BERIKUT FUNGSI TONER UNTUK KULIT WAJAH:
1. Menyeimbangkan pH
Toner wajah dapat membantu menyeimbangkan pH pada kulit. Tingkat pH merupakan indikasi dari keasidan kulit yang diukur dari skala 0 hingga 14, dengan skala 7 di paras yang neutral. Memiliki paras pH yang seimbang, maka kulit tidak rentan terhadap kadar minyak dan infeksi sehingga dapat menghasilkan penampilan wajah yang lebih cerah dan halus.
2. Detoksifikasi
Banyak racun yang berasal dari bahan buatan industri kimia yang dapat mempengaruhi kesihatan dan penampilan kulit. Toner wajah bekerja untuk menghilangkan racun pada kulit. Hal ini dapat membantu kulit terlihat lebih cerah dan sihat. Manfaat jangka panjangnya pula dapat menghilangkan jerawat, bekas jerawat, dan mengurangi kedut pada wajah.
3. Menyusutkan dan mengencangkan pori
Pori-pori wajah yang besar memungkinkan lebih banyak kotoran, minyak, dan racun untuk memasuki kulit serta menyebabkan iritasi dan infeksi. Toner dapat mengecilkan pori-pori wajah, sehingga minyak dan racun yang berada dalam kulit menjadi lebih sedikit. Ini dapat membuat wajah lebih segar dan bersih, minyak berkurang, serta mencegah jerawat.
4. Mengatasi jerawat
Jerawat boleh menyebabkan rasa sakit dan menyebabkan kurang keyakinan diri serta menyebabkan bekas luka pada wajah. Jerawat juga menyebabkan kulit wajah lebih berminyak dan kusam. Dengan menghilangkan penompokan minyak dan sel-sel kulit mati, toner wajah membantu mengurangkan jumlah noda dan jerawat pada wajah serta mencegah timbulnya jerawat.
5. Menghidrasi dan menutrisi kulit
Toner dapat menampung bekalan air pada kulit yang mungkin tidak mencukupi. Ia sangat penting untuk menjaga keanjalan, kehalusan, kelembapan dan penampilan kulit wajah agar kelihatan lebih muda. Hidrasi kulit yang tepat dapat mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit dan dapat menyediakan kulit sebelum pemakaian produk-produk yang lain. Banyak toner wajah menyediakan vitamin dan nutrisi penting yang diperlukan oleh kulit.
6. Menambah lapisan perlindungan pada kulit wajah
Dengan menyediakan nutrisi penting yang diperlukan oleh kulit, toner dapat memperbaiki lapisan perlindungan pada kulit, sehingga kulit lebih tahan dan tidak rentan terhadap pencemaran di sekeliling kita.
7. Meningkatkan rutin perawatan kulit
Ia bergantung pada formula toner yang kita miliki. Berbagai formula toner memiliki manfaat tertentu, seperti eucalyptus yang menenangkan, asidhyaluronic dan natrium PCA yang dapat mengawal minyak dan melembapkan, ekstrak ginseng yang dapat merangsang peredaran darah, witch hazel yang dapat menyingkirkan bakteria penyebab jerawat, atau ekstrak buah elderberry yang dapat memberikan manfaat anti-oksidan. Selain itu, kulit lembap lebih cepat menyerap jika dibandingkan kulit kering. Jika ingin memaksimumkan efektifnya serum atau pelembap, pastikan anda memakai toner terlebih dahulu.
Sumber kredit: zafeshasimplyhq.com
Sumber gambar: pinterest.com, freepik dan 123rf