Sekarang ini macam-macam produk kecantikan yang dijual di pasaran. Walau bagamanapun sebagai pengguna kita tidak tahu sejauh mana keberkesanannya pada si pemakai. Ini kerana jika dilihat dari segi iklan yang disiarkan boleh menyebabkan kita terpengaruh untuk membelinya. Lebih-lebih produk putihkan kulit, jadikan wajah glowing ataupun turunkan berat badan.
Namun begtu, bagi yang was-was dengan penggunaan produk sebegini, boleh cuba amalkan rawatan penjagaan wajah dengan cara tersendiri.
Misalnya, perkongsian di laman sosial facebook oleh Ria Asfarina Aco Asri. Dia yang memang cantik hanya menggunakan seketul tomato sahaja untuk memastikan kulit wajahnya sentiasa halus dan licin tanpa sebarang jerawat.
Caranya memang betul-betul bajet kerana hanya memerlukan sebiji tomato tanpa bahan-bahan lain. Kata orang cantik cara alami lebih berkesan dan paling penting selamat.
Bahan & Cara Menggunakannya:
1. Sebiji tomato dibelah dua.
Ads
2. Kemudian masukkan tomato yang sudah dibelah dua tadi di fridge letakkan tomato di bhagian freezer (sejuk beku) dan biarkan semalaman.
3. Kemudian, sapu tomato yg sudah semalaman di freezer di bahagian muka.
4. Biarkan dalam 30-40 minit.
5. Bilas muka dengan air bersih.
Ads
Manfaat Daripada Sebiji Tomato:
1. Kecutkan jerawat
2. Mencerahkan kulit muka
3. Pudarkan parut perlahan lahan
Ads
4. Jadikan kulit lebih lembut, licin dan glowing
5. Menyerap lebihan minyak
6. Menyejukkan kulit
Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. Kita sentiasa diuji oleh Allah SWT. Ujian itu hadir dalam pelbagai cara dan bentuk. Bezanya adalah bagaimana kita mengendalikannya dan menerimanya menjadi sebahagian dari hidup kita.
Dalam hidup ini, semua orang mempunyai dugaan hidup dan ujian yang berbeza, namun tidak dinafikan bahawa ia sebenarnya mengajar dan membuatkan kita lebih kuat. Ada yang diuji dengan kehilangan harta, kematian orang tersayang, kesusahan hidup dan lain-lain.
Seperti kisah kesusahan hidup seorang penghantar makanan yang tular baru-baru ini. Bait peribahasa; berat mata memandang, berat lagi bahu memikul sangat bersesuaian dengan kisah wanita ini.
Wanita yang bernama Siti Norol Salwani Ismail,28, berkongsi cerita di laman Tiktok apabila didatangi seorang individu yang mahu menarik motosikalnya kerana gagal menjelaskan tunggakan ansuran bulanan.
Difahamkan, motosikal tersebut merupakan satu-satunya ‘peneman’ yang telah dibawa untuk membuat khidmat penghantaran makanan (GrabFood) sejak lebih setahun.
“Kisah hari ini dengan keadaan selsema tak sihat, buat juga grab. tiba-tiba, ada yg dtg nak tarik motor. Dia kata 3 bulan dah tak bayar.
“Memang ada tunggakkan bulan-bulan bayar juga RM100 atau RM150 macam tu, cuma bulan nie je tak bayar lagi. Entah lah, macam mana nak buat lagi nak settle kan semua tu, duit nak makan lagi… baru je lepas bayar rumah” tulisnya.
Setelah merayu kepada individu yang mahu ‘menarik’ motosikal tersebut, Salwani akhirnya ‘dilepaskan’ atas dasar kasihan. Apa yang membuatkan Hijabista berasa simpati adalah wanita terbabit hanya mempunyai wang tunai sebanyak rm3.
“Saya cakap dengan orang tu bahawa motosikal ini adalah satu-satunya kenderaan untuk saya buat kerja, cari rezeki. Bukan saya nak meraih simpati, tapi saya benar-benar tak mampu.
“Kadang-kadang, adik dan anak dapat makan nasi dengan telur goreng bersama kicap. Saya tak makan tak apa, asalkan mereka makan di rumah.
“Nak beli beras dan telur pun tak mampu, saya berhutang dengan kedai runcit dekat rumah,” katanya.
Menurut satu portal hiburan, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu telah menetap di Kuala Lumpur bersama anak lelaki berumur sembilan tahun dan adik perempuannya yang mengalami masalah kesihatan. Dia juga telah menjadi ibu tunggal sejak anaknya masih dalam kandungan.
Usai video yang dimuat naik di laman TikToknya tular, Salwani meluahkan rasa terkejut dan langsung tidak menyangka akan mendapat perhatian netizen. Video tersebut kini telah meraih 338.5K jumlah tontonan dan 16.8K kesukaan.
“Sebenarnya saya terkejut, tak sangka video luahan tu jadi viral. Saya hanya berkongsi kesedihan sebab sangat terdesak, tapi bukan mahu meraih simpati,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang turut bersimpati serta mendoakan buat wanita tersebut. Bahkan, ada yang memberikan kata-kata semangat serta ‘memujuk’ wanita tersebut.
“Moga Allah permudahkanlah segala urusan awk sekeluarga dan dilimpahkan rezeki..”
“InsyaAllah setiap dugaan pasti ada hikmah…Allah maha adil”
“Allah uji Allah sayang hamba-NYA. Allah tahu awak kuat Sbb tu Allah uji. Sy pesan diri sy juga semoga jadi manusia ,penyabar,kuat..”
“Semoga awak terus sabar n kuat semangat untuk mencari rezeki…..Allah sentiasa ada bersama kita…”
“Saya faham perasaan akak… apabila kita terikat dgn hutang mmg rasa buntu, mana nk cari duit lebih… Tapi yakinlah rezeki Allah dah atur yang terbaik.. Insyallah”
Setelah video tersebut tular, Salwani telah mendapat beberapa bantuan daripada warganet. Dia juga tidak lupa untuk berterima kasih buat mereka yang telah menghulurkan bantuan.
Enggan ‘dilabel’ meraih simpati, Salwani bertekad untuk menjana pendapatan sampingan dengan berniaga makanan. Difahamkan, dia juga telah mula menerima bantuan Baitulmal sebanyak RM400 sebulan.
“Sebelum ini, saya pernah berniaga daging harimau menangis pada 2021 dan bertahan selama setahun je sebab tak cukup modal.
“Kalau ada modal atau offer untuk saya berniaga makanan, insyaAllah saya terima. Apapun, terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan hanya Allah yang dapat membantu membalas kebaikan anda semua,” katanya.
Rambut gugur merupakan perkara yang tidak disukai oleh semua hijabi, apatah lagi apabila buka tudung rambut semakin nipis dan ada sesetengah kawasan kelihatan kulit kepala. Vitamin rambut dapat menjadi salah satu solusi untuk mengurangkan keguguran pada rambut anda. Namun, bagaimana cara memilih vitamin rambut terbaik untuk rambut yang gugur?
Pelbagai jenama vitamin rambut, masing-masing memiliki kandungan nutrisi yang berbeza-beza. Agar anda tidak salah memilih, ini tip memilih vitamin rambut yang sesuai beserta dengan cadangan produk terbaik. Selamat mencuba!
Perkara normal jika rambut anda gugur sekitar 50-100 helai sehari. Ini karena adanya kitar pergantian sel lama dengan yang baru. Untuk rambut yang gugur secara semulajadi, ada 3 fasa yang terjadi, iaitu anagen, katagen, dan telogen.
Fasa anagen – fasa di mana rambut tumbuh secara maksima, sekitar 1cm sebulan. Fasa ini umumnya berlangsung selama 2-6 tahun.
Fasa katagen – fasa transisi yang terjadi selama 2-3 minggu. Pada fasa ini, rambut berhenti tumbuh dan akar rambut mulai menyusut. Dari keseluruhan rambut anda, biasanya hanya sekitar 3% yang berada dalam fasa ini secara bersama.
Fasa telogen atau fasa istirehat – Pada fasa ini, terjadi keguguran sekitar 6-8% dari jumlah rambut anda. Folikel kulit kepala akan tidak aktif sampai kurang lebih 3 bulan. Setelah itu, rambut memasuki fasa anagen kembali.
Jika anda ingin tahu rambut anda gugur secara lebih parah ketika anda bangun dari tidur. Jika anda sangat jarang dapati helaian rambut pada bantal, hanya sekitar 8-10 helai saja, hal tersebut adalah wajar. Sebaliknya, apabila anda mendapati lebih banyak helaian rambut pada bantal, boleh jadi anda sudah mengalami keguguran yang parah. Begitu pula jika ada banyak rambut yang gugur ketika disisir dengan tangan.
Wanita yang baru saja melahirkan anak juga biasanya mengalami rambut gugur. Penyebabnya adalah kadar hormon estrogen menurun sehingga rambut memasuki fasa telogen. Tak perlu khuawatir, rambut akan tumbuh kembali dalam waktu 6 bulan setelah melahirkan. Namun, jika dalam waktu 12 bulan rambut tidak tumbuh, segera jumpa pakar!
Keguguran dapat menjadi salah satu petanda kondisi serius pada tubuh, seperti stres fisikal atau psikis, anemia, bahkan hipotiroid. Selain itu, pemakanan ubat-ubatan tertentu juga dapat menyebabkan keguguran rambut, salah satunya adalah makan vitamin A secara berlebih.
Faktor keturunan juga dapat menjadi penyebab keguguran rambut yang parah, bahkan mengarah pada kebotakan. Agar tidak makin parah pastikan anda menggunakan vitamin rambut. Vitamin rambut bermanfaat untuk menguatkan akar rambut dan setiap helai rambut.
Banyak produk yang menawarkan vitamin untuk rambut gugur. Semak tip kami untuk memilih produk yang tepat.
Hampir setiap produk perawatan rambut menggunakan bahan-bahan alami dalam formulanya. Bahan alami memang sudah terbukti dapat membantu menjaga rambut dari keguguran, juga mempercepat pertumbuhan rambut. Berikut ini adalah bahan-bahan alami yang terkandung dalam produk perawatan rambut yang terbukti boleh menjaga rambut dari keguguran.
Aloe vera atau lidah buaya sudah lama dipercaya dapat mempercepat pertumbuhan rambut sekaligus membuat rambut tumbuh lebat. Jika ingin menggunakannya secara langsung, Anda dapat menyapukannya pada kulit kepala dan helaian rambut.
Bahan ini kaya akan vitamin A, C, D, E, dan zat besi yang berperanan dalam pergantian dan pertumbuhan sel, termasuk sel-sel rambut. Kandungan vitamin B12 dan asid folat di dalam lidah buaya dapat membantu mencegah keguguran rambut.
Lidah buaya juga mengandung enzim proteolitik untuk memperbaiki sel-sel mati pada kulit kepala dan untuk menregenasikan kulit. Dengan demikian, rambut akan tumbuh dengan lebih cepat.
Tidak hanya untuk meningkatkan stamina, herba asal Korea ini juga dapat menjaga kesihatan rambut dan kulit kepala. Penelitian menyatakan bahawa kandungan ginsenoside pada ginseng terlibat dalam siklus pertumbuhan rambut. Kandungan tersebut akan mendorong fasa anagen dan menunda fasa katagen.
Ginseng juga berperanan sebagai antioksidan yang menjaga agar sel-sel kulit kepala tetap menjadi baru. Dengan demikian, siklus sel tetap berjalan dengan normal. Selain mempercepat pertumbuhan rambut, ginseng dapat membuat akar rambut menjadi lebih kuat.
Minyak kacang hazel, dikenal juga dengan nama candlenut atau kukuinut oil, dipercayai dapat meningkatkan pertumbuhan rambut. Tanaman ini kaya akan asid lemak dan asid amino yang dapat membantu menutrisi kulit kepala agar keperluannya dipenuhi. Padat dengan nutrisi yang membuat sel-sel rambut dapat kembali beregenerasi sehingga rambut cepat tumbuh.
Minyak kacang hazel juga dipercaya dapat membuat rambut menjadi lebih halus dan hitam. Linoleic acid di dalam minyak kacang hazel dapat melapisi rambut, serta memperbaiki rambut yang bercabang.
Sementara itu, minyak kelapa mengandung banyak protein dan asid lemak yang juga boleh membantu memenuhi keperluan nutrisi rambut. Minyak kelapa juga masuk ke dalam helai rambut dan memperbaiki struktur rambut. Hasilnya, setiap helai rambut akan menjadi lebih tebal.
Vitamin untuk rambut hadir dalam pelbagai bentuk, selalunya berbentuk kapsul. Bentuk ini sangat praktis dibawa kerana ukurannya yang kecil. Anda hanya perlu membaca arahan pemakaiannya untuk mengetahui berapa kapsul yang harus digunakan dalam setiap pemakaian.
Selain itu, ada vitamin rambut yang dikemas dalam bentuk spray. Botol spray yang berukuran besar terkadang memberatkan jika dibawa ke luar rumah. Namun, penggunaannya lebih efisien.
Di samping kedua kemasan tersebut, ada juga kemasan botol tetes atau botol biasa dengan lubang kecil. Ukuran botol biasanya cukup besar. Untuk menggunakannya, Anda harus meneteskannya ke kulit kepala, kemudian menggosok atau memijatnya.
Cara penggunaan sering kali perkara yang anda telepas pandang. Padahal, cara pengunaan vitamin untuk rambut berbeza-beza. Ada vitamin yang hanya disapukan di helaian rambut, ada juga yang harus disapukan pada kulit kepala dan diberi sedikit urutan agar meresap ke permukaan kulit.
Anda perlu membaca cara penggunaannya agar kesannya lebih maksima. Perhatikanlah, adakah sebelum menggunakannya anda perlu meramas terlebih dahulu atau tidak? Selain itu, agar lebih baik jika anda menggunakan rangkaian produk perawatan dari jenama yang sama. Dengan cara tersebut, produk yang digunakan bakal memberi manfaat yang optima.
Rambut yang gugur dan sukar diatur tentu sebuah masalah ganda untuk anda. Ellips Hair Vitality mengandung ginseng dan madu untuk menguatkan tiap helaian rambut. Di samping itu, kandungan moroccan oil akan melembutkan rambut yang kaku sehingga lebih mudah diatur. Nutrisi rambut anda juga bakal cukup dengan adanya pelbagai vitamin di produk ini.
Jika anda mengalami keresahan kerana rambut patah, Dove memberikan solusinya untuk anda. Dynazinc dan grapeseed oil membuat rambut tumbuh 10 kali lebih kuat. Akar rambut juga terlindungi, serta terjaga nutrisinya. Titisan hair tonic dari Dove ini cukup praktis digunakan dan dapat tercapai di area kulit kepala dengan maksima. Gunakan pada rambut yang sudah dibasuh, kemudian urut selama 2-3 minit agar meresap.
Hair tonic dari Neril sudah lama dikenali dapat membantu mencegah keguguran rambut, serta meningkatkan pertumbuhan rambut. Kandungan konsentrat tumbuhan alami, seperti nettle, chamomile, birch, wheat, dan horsetail melindungi dan merawat pembuluh darah pada kulit kepala. Dilengkapi dengan vitamin kompleks dan protein yang dapat memperkuat akar rambut, kandungan nutrisinya makin lengkap. Menggunakan Neril di tengah hari yang panas akan membuat kepala menjadi lebih segar. Kandungan menthol-nya mampu merawat sekaligus menyegarkan kulit kepala anda.
Rambut tipis adalah salah satu simptom rambut lemah dan tidak subur yang disebabkan oleh stres, masalah diet, kehamilan atau efek pengambilan ubat-ubatan. Produk botanikal ini dapat mengurangkan penipisan rambut dan membantu mikrosirkulasi secara natural kepada kulit kepala untuk membentuk persekitaran optimal bagi akar rambut yang baharu untuk menumbuh.
Produk ini dirumus dengan asid amino sulfur, vitamin dan protein untuk menyokong pertumbuhan rambut dari akar. Serum rambut ini membantu untuk melebat dan menguatkan rambut, melicin dan memperlahan produksi pengubanan.
Hair tonic Natur menggunakan ekstrak ginseng yang bermanfaat untuk mencegah keguguran sekaligus mempercepat pertumbuhan rambut. Selain ginseng, Natur juga menggunakan perpaduan bahan herba dalam produknya.
Campuran herba tersebut membuat produk ini memiliki aroma alami yang khas. Bagi beberapa orang, tentu aromanya sangat menenangkan. Digunakan setelah lelah bekerja seharian, produk ini dapat membuat anda lebih tenang.
Mengandungi Allantoin, Chilly Tinktur, daun Urang Aring dan Aloe Vera, ia mampu untuk menyuburkan rambut anda yang keguguran dan menguatkan semula akar umbi rambut. Tonik rambut ini juga memberikan nutrisi kepada kulit kepala anda agar rambut sentiasa kekal bermaya dan bersinar sepanjang masa.
Paparan sinar UV dan bahan kimia membuat kulit kepala dan rambut lebih cepat menua. Hasilnya rambut berisiko lebih cepat gugur dan mungkin sahaja mengalami kebotakan. Gunakan Kérastase yang mengandung aminexil untuk menjaga folikel rambut dari premature aging.
Arginine, asid amino yang menstruktur rambut anda, ada di dalam produk ini. Di samping itu, juga Gluco-Lipid GL yang merupakan gabungan glukosa dan lipid. Kandungan tersebut akan menghasilkan rambut yang lebih lembut. Siklus rambut bebas dari keguguran.
Untuk rambut gugur dan berminyak, anda harus mencari produk yang berformula bebas minyak. Dalam pada masa yang sama juga, ianya mampu untuk mengembalikan kekuatan rambut supaya rambut tidak mudah gugur dan putus. Serum rambut L’Oreal ini menjanjikan rambut yang subur dengan teksturnya yang ringan dan nipis. Serum ini dirumus dengan ramuan Intra-Cyclane yang berkuasa meningkatkan kadar pertumbuhan dan ketebalan rambut anda. Bukan itu sahaja, serum bebas minyak ini sesuai digunakan oleh semua jenis rambut terutamanya yang mengalami masalah rambut dan kulit kepala berminyak.
Jika anda mengalami keguguran rambut yang menyebabkan rambut menjadi nipis, cuba produk yang mengandungi keratin.Ianya dapat mengembalikan kekuatan rambut supaya tiada lagi masalah keguguran dan putus. Serum rambut ini mengandungi kekuatan keratin untuk memulihkan kerosakan rambut anda. Formulanya yang berdasarkan Quinine-Caffeine, Vitamin B dan keratin, produk ini membantu menghalang keguguran dan merangsang pertumbuhan rambut yang lebih kuat.
Panas dari sinar matahari, alat styling rambut, serta proses penataan rambut membuat rambut menjadi rosak dan mudah gugur. Makarizo mengandung argan oil untuk mengembalikan kekuatan rambut anda. Produk dari Makarizo ini dilengkapi dengan vitamin A, C, E, serta pro vitamin B5 untuk menutrisi kulit kepala hingga setiap helai rambut. Tidak ketinggalan, silk protein memperkuat dan merevitalisasi setiap helai rambut anda.
Rambut gugur yang tidak diatasi dengan segera akan menyebabkan kebotakan. Atasi masalah keguguran rambut anda dengan segera dengan memberi nutrisi yang betul pada kulit kepala. Produk yang betul disertai dengan penggunaan yang betul akan menjadikan kesannya lebih berkesan. Seterusnya, ingat bahawa pemakanan bukan hanya dari luar, tetapi juga dari dalam. Makan makanan yang sihat untuk mengembalikan pertumbuhan rambut anda.
SUMBER: MYBEST
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setelah menunggu sekian lama, akhirnya hari ini menyaksikan rakyat Malaysia keluar mengundi bagi menunaikan hak dan tanggungjawab mereka. Bukan sahaja rakyat biasa, malah golongan selebriti juga turut keluar membuang undi hari ini. Salah seorang selebriti adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza yang baru sahaja selesai menjalani tempoh berpantang.
Siti yang ditemani pengurusnya Rozi keluar membuang undi di SK Alam Damai Cheras dan penampilan beliau ini juga turut menarik perhatian.
Dengan hanya bertudung simple serta blaus rona sedondon dan seluar panjang, penampilan Siti kelihatan lebih langsing, menarik dan menutup aurat. Malah sekali pandang seperti budak sekolah dengan pemakaian kaca mata.
Rasanya inilah penampilan pertama Siti secara terbuka di khalayak ramai setelah habis tempoh berpantang. Walaupun baru habis berpantang, beliau tetap bersemangat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi.
Malah netizen juga turut memuji pakaian Siti yan sopan dan menutup aurat.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.