Ramai individu yang kerap melakukan ‘tidur siang’ atau ‘napping’ tetapi sayangnya disebabkan tidak ada pengetahuan dan keperihatinan, tujuan sebenar perlakuan tersebut semakin diabaikan. Di dalam Islam, tidur sekejap di waktu siang, dinamakan ‘Qailullah’ atau ‘Qoilulah’ iaitu tidur singkat (sebentar) di pertengahan hari yang disertai dengan niat.
Tidur ini adalah suatu sunnah dan nikmat dari Allah SWT. Sekiranya tidur siang dilakukan tidak mengikut spesifikasi dan sunnah iaitu tidur melampau dan tanpa berniat untuk bangun malam (berqiamullail), maka tidaklah mendapat sebarang pahala pada ‘Qailullah’ tersebut.
“Dan di antara tanda-tanda KemurahanNya dan Kasih SayangNya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari, dan usahamu mencari sebahagian dari KurniaNya. Sesungguhnya pada hal yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mahu mendengar(nasihat pengajaran).”
(Surah Ar-Ruum : Ayat 23)
Nabi Muhammad SAW telah menjadikan amalan Qailullah sejak usia muda sebagai memudahkan Baginda untuk bangun melakukan ibadah di tengah malam (Qiamullail).
Sabda Rasulullah SAW:
“Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan Qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk Qiamullail.” (Hadis Riwayat Ibnu Abbas).
Waktu Qailullah
Waktu Qailullah (tidur siang) adalah selama beberapa minit sebelum masuk waktu solat Zuhur atau selepas makan tengahari hingga awal Asar iaitu dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit sahaja . Waktu paling afdhalnya ialah dalam tempoh setengah jam sebelum masuk waktu solat Zuhur.
Ads
Imam Muslim menyatakan bahawa “Yang dimaksudkan dengan ‘Qailullah’ adalah tidur di pertengahan hari.”
Manakala al-Hafizh Ibnu Hajar pula berkata, “Qailullah adalah tidur di tengah siang, iaitu ketika matahari tergelincir ke barat, dan beberapa waktu sebelum atau sesudahnya.” (Fath al-Bari [11/79]).
Niat Qailullah
Setiap kehidupan itu bermula dengan niat. Sebelum melakukan Qailullah, berniatlah agar tidur itu bagi memudahkan terjaga di malam hari dan dapat bangun melakukan solat-solat sunat malam dan berzikir untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Khaliq. Sekiranya tidur tanpa berniat untuk bangun malam, maka tidaklah mendapat sebarang pahala pada Qailullah tersebut.
Cara Niat Qailullah
Niat kena betul dan ia adalah lintasan hati untuk tidur dan bangun beribadah di malam hari nanti seperti contoh berikut:
“Daku tidur sebentar kerana hendak bangun beribadah tengah malam ini, kerana Allah Ta’Ala.”
Atau: “Daku tidur sebentar dan mohon terbangun tengah malam ini kerana rasa imanku terhadap-Mu (Allah) dan untuk mendekatkan diri denganMu.”
Amalan Solehin
Qailullah adalah menjadi budaya masyarakat Arab dan kebiasaan orang Islam terdahulu, terutama pada musim panas dan bulan Ramadhan. Para solehin dan ulama terdahulu menjadikan tujuan tidur seketika siang hari sebagai persediaan supaya boleh bangun mendirikan solat tahajjud pada malam harinya.
Ads
1. Imam Al Ghazali, di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’, menyatakan: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zuhur.”
2. Dalam sebuah riwayat, Imam Abu Hanifah selama 40 tahun tidak pernah tidur malam kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam. Beliau tidur hanya sebentar pada siang hari.
3. Tidur siang merupakan kebiasaan para salaf. Sebagaimana yang dikatakan oleh Sahl bin Sa’ad radhiyalahu’anhu, “Dahulu kami sering tidur siang, sebelum waktu Zuhur dan baru menikmati makan tengah hari selepas solat Jumaat.”(HR. Bukhari).
Bermalas-Malasan
Islam menganggapnya tidur tengahari sebagai suatu sunnah dan kebaikan sebagai asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Tidur siang bukanlah sebagai satu yang keji atau tanda kemalasan kerana tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.
Dalam kitab ‘Mishkatul Masabih’ disebutkan: “Tidur sekejap pada waktu tengah hari (Qailullah) bukanlah perbuatan keji kerana Rasulullah SAW ada melakukannya.”
Banyak keterangan lain yang menganjurkan tidur seketika terutama bagi orang berpuasa. Amalan ini semakin dilupakan dan tidak diambil perhatian, jika pun dibuat, ia tidak mengikut spesifikasi sunnah.
Sebahagian orang terutama ketika berpuasa, mereka menggunakan tidur siang sebagai alasan untuk melayan rasa malas dan letih mereka. Jika memang berniat untuk membolehkan bangun malam untuk beribadat, tentulah ini mengikut sunnah Rasulullah. Tetapi nilai sunnah daripada tidur siang ini akan hilang begitu sahaja jika untuk bermalas-malasan dan malam harinya tidak didirikan Solat Tahajjud, berzikir, solat-solat sunat lain dan atau bertarawih di bulan Ramadhan.
Seimbang
Seharusnya setiap orang muslim pandai dan dapat mengimbangi dalam menggunakan waktu tidur siang yang hanya seketika dan bukannya sepanjang hari walaupun sewaktu berpuasa.
Ads
Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.”
(Surah az-Zariyat; Ayat 15-18 )
.
Firman Allah SWT:
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat malam” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’ (17); Ayat : 79)
“Rabb (Tuhan) kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman:
“Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Daku akan mengabulkannya; Sesiapa yang meminta kepada-Ku, nescaya Daku akan memberinya; Sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku, nescaya Daku akan mengampuninya.”
(Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1145).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Rezeki itu datangnya dari Tuhan. Begitu juga dengan urusan jodoh dan ajal maut. Dalam zaman teknologi yang hanya mengejar kemajuan ini, pelbagai cara boleh diusahakan untuk mencari rezeki. Dan salah satunya adalah dengan berniaga online khususnya bagi yang masih belum berpeluang makan gaji ataupun surirumah tangga. Seperti yang diceritakan oleh seorang wanita yang menggunakan nama di media sosial ‘Datin Nurr Hidayah Hassan’. Dia bekerja keras berniaga secara online demi kelangsungan hidup memandangkan suaminya tidak bekerja.
Suaminya tidak lagi bekerja dan kini OKU.
Bukan kerana suaminya malas atau mengharapkan pendapatan isteri semata-mata, tetapi kerana alergik ubat menyebabkan suaminya hilang penglihatan dan punca pendapatan. Oleh sebab itu, dia terpaksa bekerja dalam caranya tersendiri bagi menampung kehidupan mereka berdua.
Akibat alergik ubat.
Admin tertarik cari wanita ini menarik perhatian pelanggan melalui laman sosial. Dengan gayanya berkaca mata besar, solekan serta penampilan tak ubah seperti seorang ‘Datin’. Ditambah dengan sikap peramahnya, sedikit lucu dan usikan nakal pada follower menjadikan bisnes diusahkan ‘LAKU KERAS’.
Kaca mata pelengkap gaya.
Dia yang menjual produk kecantikan dan makanan tidak menyangka rezekinya makin mencurah dan bertambah. Dalam satu posting, dia terkejut apabila bangun pagi melihat friend request yang banyak dan barulah sedar gara-gara gambar yang dimuat naik ketika bersama suaminya yang sakit. Kisahnya tiba-tiba sahaja menjadi viral kerana postingnya itu menzahirkan rasa simpati netizen.
Ketika masih sihat.
Namun menurutnya, tujuan posting itu bukanlah untuk menarik simpati, tetapi sekadar luahan pengalamannya menjaga suami yang sedang bertarung melawan sakit. Bagai tidak menyangka perwatakan dirinya yang seperti happy go lucky ini rupa-rupanya terselit sifat kasih sayang dan cinta tak berbelah bagi pada suaminya.
Tak akan berubah kasih.
Betapa wanita yang cantik berhijab ini begitu setia menjaga suaminya yang kelihatan tidak sempurna. Dia yang sebelum ini jika upload gambar suaminya menutup muka sehingga menimbulkan persoalan orang ramai. Bukan sengaja dia berbuat demikian, tetapi disebabkan tidak mahu orang mengutuk melihat keadaan suaminya yang kurang sempurna itu.
Gambar terbaru.
Menurut Hidayah, suaminya bukan diserang sakit kulit tetapi berpunca dari sakit mata dan alergik dengan ubat menyebabkan terbakar satu badan. Alergik ini dipanggil (‘Steven Syndrome Johnson’), sakit ini jarang berlaku dan terkena orang lain. Bukan itu sahaja penyakit ini juga susah untuk dirawat.
Walaupun diduga begitu, namun tidak terdetik di lubuk hatinya, untuk meninggalkan IMAMNYA ini. Allah memberi hambanya dugaan sakit dan Allah jua yang menjadi penawar kepada sakit dalam dunia ini.
Hanya Tuhan yang tahu.
Namu dia juga seperti insan lain. Walaupun aksinya kelihatan sentiasa ceria tetapi jauh di sudut hati dalam kegigihan mencari rezeki, dia tetap mendoakan agar suaminya ketika ini cepat sembuh.
Tetap stailo ketika berniaga.
Biarpun hatinya sedih melihat suaminya yang dulu sempurna fizikal kini hidup menjadi insan kurang upaya. Walau seburuk mana, dia berjanji tidak akan tinggalkan dan akan menjaga suaminya hingga akhir hayat.
Akan tetap setia hingga ke jannah.
Menurut Hidayah perjalanan masih jauh dan dia akan terus berdoa agar mata suaminya dapat melihat seperti dulu. Dia tidak akan sesekali mengeluh kerana bersyukur dan redha dengan apa yang berlaku. Kalau boleh, dia mahu suaminya dapat melihat seperti dulu walaupun hanya sebelah mata.
I LOVE U.
Lebih mulia lagi hati wanita ini yang tidak kisah jika suaminya tidak bekerja asalkan dapat melihat isterinya yang comel ini. Katanya lagi, duit boleh dicari tetapi kasih sayang sampai mati.
Setiap hari anda akan menggunakan berus gigi untuk menjaga kesihatan mulut dan gosok gigi. Kalau berbau nanti kan malu. Kalau sakit lagi susahkan. Tahukah anda, terdapat beberapa fakta yang anda perlu tahu mengenai berus gigi yang anda perlu ambil tahu! Betul ke kalau pakai bekas penutup plastik berus gigi tu bersih?
Sumber gambar Google
Rupanya terdapat jutaan bakteria yang berada di dalam mulut kita. Cuma anda mungkin tidak menyedarinya. Menurut HelloDoktor, bakteria yang berada di dalam mulut manusia adalah sekurang-kurangnya 100 hingga 200 spesis bakteria. Ianya berada pada bila-bila masa. Jadi, keadaan mulut yang tidak digosok akan menjadi sangat kotor.
Sumber gambar Google
Jangan fikir kalau mulut rasa bersih tu tak perlu untuk anda gosok. Tidak! Jika gigi kita tidak digosok, ia dianggap kotor seperti lantai bilik mandi. Jadi anda bayangkan jika anda berkongsikan apa-apa dengan orang yang tidak menggosok gigi. Geli bukan? Tahukah anda, berus gigi juga terdapat bakteria, iaitu lebih daripada 100 juta bakteria termasuklah dengan bakteria staphylococci dan E.Coli.
Pasti anda akan memikirkan jika anda memakai penutup plastik pada berus gigi itu sudah menghalang berus gigi daripada kotoran. Akan tetapi hakikatnya menutup berus gigi anda daripada kotoran itu lebih cepat mendorong kepada pembiakan bakteria. Selain itu, jika anda meletak berus gigi bersama juga akan membuatkan bakteria boleh tersebar antara satu sama lain.
Tidak disarankan untuk meletak berus gigi berhampiran dengan kawasan pam atau aliran air.
Sumber gambar Google
Kebanyakan bilik mandi di Malaysia mempunyai ruang yang kecil. Jadi selalunya ia akan menyebabkan anda meletakkan berus gigi berdekatan dengan sinki atau tandas. Apabila anda mengepam tandas, ketahui la bakteria yang berada di tandas akan terperangkap dalam udara dan mendarat pada berus gigi anda. Ini sama seperti jika anda mencuci tanga. Bakteria yang ada pada tanfan akan tersebar terus kepada berus gigi anda. Jadi, jangan sesekali meletakkan berus gigi anda berdekatan dengan tempat mengepam atau aliran air kumbah.
Dilarang berkongsi berus gigi
Gambar Google
Pasti anda tidak tahu bahawa bakteria boleh hidup selama tiga ke lima hari pada berus gigi kita. Menurut Hellodoktor jika anda sakit dan menggunakan berus gigi, virus yang terdapat dalam berus itu akan hidup selama lima hari. Akan tetapi, ini bukan bermaksud anda akan berasa sakit semula sekiranya menggunakan berus tersebut. Sebaliknya jika anda jenis berkongsi ia akan menyebabkan virus dari berus gigi anda merebak kepada orang yang menggunakannya dan mereka akan jatuh sakit. Jadi, tak perlu nak berkongsi pun daripada awal!
Pada dasarnya, berus gigi anda perlu ditukar selepas tiga atau empat bulan selepas penggunaannya. Akan tetapi, ramai yang tidak menyedari waktu mereka membeli berus gigi baru. Seeloknya, sebulan atau dua bulan pun sudah memadai. Lebih selamat dan korang tak perlu risau! Malah, berus gigi yang sudah haus juga tidak boleh bantu untuk melindungi kesihatan mulut anda.
Sumber: Hellodoktor!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dengan mengalu-alukan jemaah haji, kita digalakkan untuk mendoakan jemaah haji selepas mereka pulang dari ibadah di Tanah Suci. Berikut adalah doa salam kepada jemaah haji yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Qabballallâhu hajjaka, wa ghafara dzanbaka, wa akhlafa nafaqataka.
Maksudnya: “Semoga Allah menerima hajimu, mengampuni dosamu dan membayar balik perbelanjaanmu.”
Doa tersebut terdapat dalam kitab Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi. Doa ini dibacakan oleh Rasulullah SAW ketika baginda mendoakan seorang pemuda sebelum baginda meninggalkan haji dan pulang.
Doa Menyambut Jemaah Haji Berikutnya
Allâhummaghfir lil hâjj, wa li man istaghfara lahul hâjj.
Artinya: “Ya Allah, ampunilah dosa haji ini dan dosa orang yang diampuni oleh haji ini.”
Riwayat termasuk doa Imam An-Nawawi disebutkan dalam kitab Al-Azkar, yang dipetik dari Sunan Al-Baihaqi. Menurut Imam Al-Hakim, hadis ini sahih mengikut syarat hadis Muslim. Tuhan memberkati awak.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Begitu juga dengan usahawan muda dan influencer Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Baba. Kejayaannya kini tak datang bergolek, namun...