
Pasti ramai di antara kita yang mempunyai masalah kulit kering. Mesti stress kan apabila kulit tak sihat, mekap pun jadi serba serbi tak kena.
Kalau nak kulit yang cantik dan sihat, ia mestilah bermula dengan asas penjagaan yang betul. Sebelum kita merawatnya, mari kita kenal simptom kulit kering itu melalui thread di twitter yang dikongsikan oleh @isitinadiah.
Kulit kering ini ada dua jenis tau, ada yang disebabkan kekurangan air dan kekurangan minyak semulajadi. Bila tubuh kita dihidrasi, tubuh kita kan menghasilkan lebih banyak minyak.
Jadi, ia perlulah ada keseimbangan minyak dan air dalam badan. Lebihan minyak akan menghasilkan lebih banyak jerawat.
Antara simptom yang menunjukkan kulit kita tidak cukup air (dihidrasi) dan kekurangan minyak (sangat kering).
Ini adalah faktor mengapa terjadinya kulit kering. Kena amalkan diet pemakanan yang betul juga tau kerana ianya turut mempengaruhi keadaan kulit kita.
Seiring dengan usia yang semakin bertambah, kulit kita akan kurang menghasilkan minyak. Cuaca yang sangat sejuk juga boleh menyebabkan badan kita menghasilkan minyak. Tidak ‘exfoliate’ dengan baik juga boleh menyebabkan pori tersumbat dan apa-apa sahaja produk kecantikan yang kita pakai tidak akan diserap dengan baik.
3 asas penting untuk kulit kering
Hidrasi- dapatkan mineral dan nutrisi yang betul untuk kulit
Melembapkan- gunakan produk yang betul mengikut kesesuaian jenis kuit
Kunci kelembapan- bagi memastikan kelembapan kulit terus kekal
Jika tidak tahu apa yang hendak digunakan, inilah produknya!
Lemon dan madu sangat bagus tau untuk kulit jenis kering.
Jangan kerap melakukan perkara ini jika kulit kekurangan air atau minyak.
TIdak kisahlah kulit kering jenis apa pun, mendapat tidur yang cukup itu adalah kuncinya untuk kulit sihat lebih-lebih lagi pada waktu yang tepat iaitu 11 malam hingga ke 2 pagi.
sumber: @isitinadiah
Hilang 15kg Dalam Masa 3 Bulan, Gadis Ini Kongsi Rahsianya Capai Berat Badan Yang Dimahukan

Setiap orang itu ada caranya yang tersendiri bagi menurunkan berat badan. Terpulanglah pada masing-masing bagaimana hendak melakukannya tapi yang pastinya haruslah selamat agar tidak memberi kesan buruk di kemudian hari.
Seperti yang dikongsikan oleh gadis bernama Hanis di Twitter, dia telah berjaya menurunkan beratnya dari 75kg kepada 60kg dan kini berusaha untuk menurunkan 5kg lagi.
Selain itu, dia juga tidak lokek berkongsi caranya bagi mendapatkan berat badan yang dimahukan.
Walaupun sebelum ini dia merupakan pencinta tegar kopi, kini dia menolak terus pengambilan gula demi mencapai misinya itu.
Makan buah sangat elok untuk mengelakkan rasa lapar. Cuma jangan pula cicah dengan kuah rojak atau asam, hilang pula zatnya nanti!
kredit: @haaaanishak
Kalau Nak Tidur Lena Waktu Malam, Bersenamlah Pada Waktu Pagi, Doktor Ini Kongsi Faktanya

Mungkin ramai yang mengalami masalah sukar untuk tidur pada waktu malam. Maka cara yang paling baik bagi mendapatkan tidur yang lena ialah dengan cara bersenam pada waktu pagi.
Banyak manfaat yang boleh diperolehi apabila kita bersenam. Tubuh jadi lebih segar dan minda kita juga jadi lebih sihat. Paling tidak pun hanya luangkan sekitar setengah jam untuk bersenam jika anda terlalu sibuk dengan tugas harian.
Berikut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad
BERSENAMLAH WAKTU PAGI AGAR MENDAPAT TIDUR YANG LEBIH LENA PADA WAKTU MALAM
Bagi mereka yang mengalami masalah tidur di waktu malam, cara terbaik ialah melakukan senaman pada waktu pagi. Bila kita bersenam, tubuh akan mengeluarkan hormon yang membantu tubuh untuk mudah tidur dan menjadi lebih sihat.
Senaman pagi secara tetap akan membantu kita memperbaiki kitaran tidur (sleep rhythms) dan akan merangsangkan tubuh kita akan mengeluarkan hormon melatonin pada sebelah petang bertujuan untuk kita mudah tidur di waktu malam.
Ini bagus untuk mendapatkan tidur yang lena, kata Dr Sofie Laage-Christiansen from Aarhus University, Denmark, menjalani kajian tidur dalam Ph.D nya. “Bersenam pada waktu pagi mendedahkan kita pada cahaya di siang hari, merangsangkan otak untuk mengeluarkan hormon melatonin di waktu petang (awal malam).”
Jadi bangunlah lebih awal untuk melakukan senaman yang ringan kerana ia merangsangkan tubuh mengeluarkan hormon adrenaline, yang menyebabkan tubuh akan berasa segar sepanjang hari.
Adrenaline adalah hormon yang akan dikeluarkan ketika kita berada dalam keadaan stres, menyebabkan deguan jantung bertambah laju dan meningkatkan tekanan darah. Ia akan dikeluarkan ketika sedang bersenam.
Sudah tentu ianya berbahaya jika kita berada dalam keadaan stress pada jangka masa yang panjang apatah lagi jika senaman dilakukan pada masa yang tidak sesuai seperti waktu malam. Sepatutnya pada lewat petang dan malam, tubuh kita mempunyai tahap hormon adrenaline yang rendah sebagai persediaan untuk tidur.
Adrenaline adalah salah satu hormon yang mempunyai kesan positif pada tubuh jika ia dikeluarkan pada waktu siang. Otak kita akan berasa segar dan ini tidak sesuai apabila kita mempunyai tahap hormon adrenaline yang tinggi pada waktu malam kesan hormon adrenaline berlangsung selama beberapa jam, menurut Dr Laage-Christiansen.
Selain noradrenaline, cortisol dan endorphins, juga bertindak seperti adrenaline ketika dalam stress. Satu lagi hormon adalah hormon serotonin, atau dikenali sebagai ‘hormon kegembiraan’ yang membantu saraf dan otak berfungsi dengan baik. Dopamine pula adalah sebatian natural dalam tubuh yang dikeluarkan apabila kita merasa pengalaman yang menarik dan indah. Jadi kedua-dua hormon ini sangat baik untuk merangsang permulaan tidur kita.
Tetapi kedua-dua serotonin dan dopamine tidak dikeluar semasa kita berada dalam stress dan apabila tahap hormon adrenalin berada dalam keadaan yang tinggi. Ini bermakna kita tidak dapat tahap serotonin dan dopamine yang diperlukan selama beberapa jam setelah noradrenaline dikeluarkan.
Jika kita menamatkan senaman kita pukul 11-12 malam, bermakna kita mungkin akan mengalami rasa sukar untuk tidur sehingga 2-3 pagi. Jadi cara yang terbaik adalah bersenam pada waktu pagi kerana ia mengekalkan jam biologi atau ‘biological clock’ sepanjang hari. Bila hormon ini dikeluarkan sepanjang hari pada waktu siang di masa kita bekerja, mental dan fizikal kita bersedia menghadapi cabaran.
Jam biologi kita telah menetapkan bahawa kita akan mengeluarkan hormon cortisol dan noradrenalin pada tahap tertinggi pada pukul 9.00 pagi dan menghentikan pengeluarannya apabila waktu malam. Keadaan ini bertukar iaitu tahap hormon crtisol dan noradrenalin berada di tahap tertinggi bila kita berada dalam keadaan stress dan melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam pda waktu malam.
Selain dari bersenam pada waktu pagi, cara yang terbaik adalah melakukan senaman di luar rumah yang terdedah pada cahaya matahari dan akhirnya merangsang pengeluaran melatonin di lewat petang. Bersenam di tempat yang tiada cahaya matahari terutama pada waktu malam tidak merangsangkan pengeluaran melatonin secukupnya.
Inilah cara untuk menjadikan seseorang yang mengalami sukar untuk tidur (kita istilahkan sebagai ‘a night owl’ ) kepada orang yang mudah bangun pagi (‘an early riser bird). Bersenam di awal pagi di bawah cahaya matahari yang tidak terik.
Tidak kira senaman yang kita lakukan, asalkan ia adalah aktiviti fizikal. Berjalan pun sudah memadai terutama bagi mereka yang sudah ada penyakit kronik. Begitu juga orang yang sudah berusia 45 tahun ke atas, kecuali mereka benar-benar fit.
Bersenam pada waktu pagi juga membantu merawat rasa kerunsingan (anxiety). Jika seorang yang mengalami masalah ini tidak sempat melakukan senaman pada waktu pagi, bolehkah mereka melakukannya pada waktu malam?
Menurut Dr Laage-Christiansen, lebih baik tidak melakukannya pada waktu malam dan menunggu pada waktu pagi pada hari yang lain. Ini kerana orang yang mengalami masalah kerunsingan selalunya lebih mudah akan mengalami masalah sukar tidur di waktu malam jika melakukan aktiviti fizikal pada waktu malam.
Melakukan senaman pada waktu malam ketika tubuh sedang bersiap untuk rehat adalah bertentangan dengan fitrah dan jam biologi kita. Hormon stres akan menyebabkan tubuh dalam keadaan mood aktif, padahal sepatutnya pada waktu itu tubuh berada dalam mood rehat. Ini akan menyebabkan kita menjadi lebih sukar untuk tidur. Terutama jika dilakukan oleh pesakit yang ada masalah anxiety.
Memang benar, bersenam lebih baik dari tidak bersenam. Tetapi bersenam pada waktu malam tidak bagus dilakukan berterusan dan dilakukan sebagai amalan setiap hari. Ini kerana menyebabkan tubuh berada dalam keadaan stres pada waktu bukan sepatutnya.
Tidak menjadi masalah bila melakukan sesekali melakukan aktiviti bersenam pada waktu malam sebagai salah satu aktiviti bersosial tetapi bukanlah amalan yang baik jika dilakukan pada setiap hari dalam jangka masa yang lama berjam-jam.
Seorang pakar dalam kajian tidur, Professor Poul Jennum dari Department of Clinical Medicine, di University of Copenhagen, Denmark, mengingatkan bahawa kita tidak seharusnya bersenam sebelum kita tidur atau selepas pukul 8.00 malam. Bersenam pada waktu ini akan menyebabkan kita kita berada dalam keadaan stres pada bukan waktunya dan ia mengganggu kitaran tidur kita.
Banyak kajian pada masa ini yang mengaitkan tubuh dan minda yang stress dengan masalah metabolik seperti penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan stroke. Penyakit-penyakit ini sudah tentu tidak berlaku pada jangka masa yang pendek, tetapi berada dalam keadaan stress pada jangka masa yang panjang akan menyebabkan masalah penyakit tersebut.
Jika tidak sempat bersenam di awal pagi, kita boleh bersenam selepas balik kerja di waktu petang. Bukan di waktu malam.
Sumber kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Jika Anda Peminat K-Pop, Anda Wajib Tahu 7 Rahsia Kecantikan Kulit Mereka Ini!

Oppa, saranghae!
Sebut sahaja mengenai K-pop atau apa sahaja berkaitan dengan hiburan dari Korea, pasti ramai yang sudah memiliki minat tersendiri daripada pelakon hinggalah penyanyi. Tidak bernokhtah di situ sahaja, pasti juga ramai yang ingin memiliki kulit cantik seperti selebriti Korea yang sentiasa mempunyai kulit yang putih, mulus dan berseri!

Kali ini team Hijabista kongsikan kepada anda rahsia kecantikan masyarakat Korea yang sememangnya menjadi idaman ramai. Bukan itu sahaja malah, rakyat dari negara Jepun juga turut sama memiliki kecantikan wajah yang luar biasa! Orang Korea terkenal dengan pembedahan plastik manakala orang Jepun terkenal dengan ciptaan teknologi terkini di dalam bidang kecantikan. Pada anda mungkin itu antara faktor utama mengapa mereka memiliki kulit yang cantik. Nampaknya anda silap. Mereka sememangnya ada rutin dan cara mereka yang tersendiri. Jom kita bongkar rahsia kecantikan kulit mereka.

1. Sumber teh hijau! Sebenarnya banyak kebaikan teh hijau untuk kecantikan kuit. Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.

2. Seterusnya untuk pencuci muka pula, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424. Apakah itu teknik 424? Ha! Teknik 424 ialah teknik di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.
3. Produk penyegar wajah juga menjadi fokus utama dalam rejim kecantikan mereka. Tidak ramai yang peduli tentang kebaikan produk ini, malahan produk penyegar muka mampu untuk menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Barulah muka bersih dengan betul! Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcohol, rubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.
4. Sama juga seperti penyegar muka, produk pelembap muka dipercayai memebri kelembapan yang penuh pada wajah dan akan menyebabkan wajah tidak akan kering. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.
5. Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.
6. Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.

7. Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea ini. Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask).
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe