Siapa kata wanita yang berhijab tak perlu bersusah payah jaga rambut? Sebenarnya penjagaan mahkota yang satu ini lagi rumit kerana perlu keringkan betul-betul kalau ianya basah sebelum diserlum dengan anak tudung.
Kalau tak dijaga dengan betul rambut akan berbau hapak dan mengundang rasa tak selesa rakan sebelah. Jangan tak tahu bau hapak ini boleh juga dihidu walaupun kita berhijab.
Tetapi ada juga hijabi yang memang suka lakukan tabiat hingga merosakkan rambut. Ini dia admin senaraikan 6 tabiat yang mereka suka lakukan hingga boleh merosakkan rambut. Awas ye, lepas ni sila ubah tabiat buruk ini.
1. Ikat rambut terlalu ketat
Ikat rambut terlalu ketat akan rosakkan akar rambut. Pilih getah rambut yang longgar agar rambut ada ruang untuk bernafas.
2. Rambut basah terus pakai tudung
Ads
Ini mungkin ramai yang sangat biasa dilakukan. Apabila rambut masih basah dan terus nak pakai tudung akan menyebabkan ia berbau masam dan kepam. Ini juga menyebabkan rambut naik kelemumur.
3. Tak nak sikat rambut
Memang la pakai tudung tapi tak semestinya anda tak perlu sikat rambut. Sikat rambut untuk elakkan hujung rambut bercabang dan berselirat.
4. Tidur pun ikat rambut
Ads
Kesiannya rambut kalau masa tidur pun masih nak diikat! Elakkan masalah keguguran rambut dengan lepaskan sahaja rambut korang tu.
5. Tak nak tukar anak tudung
Aduhai, gelinya kalau anak tudung sampai seminggu tak tukar. Kalau boleh tukar lah setiap hari. Kalau boleh beli tudung mahal, takkan lah tak boleh beli anak tudung kan ?
Ads
6. Mengunakan tudung yang sama berulangkali
“Kali pertama pakai rasanya tak perlu basuh boleh pakai lagi sekali ni”. Kebanyakkan hijabi kerap lakukan ini supaya tudung tidak rosak sekiranya dibasuh berkali-kali. Untuk mengelakkan tudung cepat rosak tidak perlu gosok menggunakan berus hanya gunakan tangan sahaja.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seiring dengan perkembangan fesyen, tren hijab juga ikut berkembang. Pelbagai jenama, warna, bahan, hingga gaya penggunaannya pun turut menjadi pilihan bagi para hijabi.
Selain corak dan bahan, salah satu perkara yang biasanya dipertimbangkan hijabi ketika memilih gaya hijab adalah kesesuaiannya dengan bentuk wajah. Jika tidak sesuai, hijab boleh membuat wajah anda kelihatan tidak proporsional. Contohnya memiliki wajah bulat akan terlihat semakin chubby jika tidak memilih gaya hijab yang tepat.
Oleh itu, panduan ringkas ini untuk hijabi yang baru berjinak-jinak memakai hijab tak perlu runsing dan kalut. Pastikan anda ikuti tip ini di mana panduan khas memilih gaya hijab mengikut bentuk wajah anda.
Bentuk wajah oval yang paling mudah untuk memilih gaya hijab. Sebenarnya hijabi boleh menggunakan hijab dengan pelbagai macam gaya. Namun salah satu yang paling sesuai adalah gaya hijab shawl panjang.
Gaya hijab menggunakan shawl panjang yang sedang tren ketika ini adalah menggunakannya tanpa dililit ke atas kepala. Tetapi tinggal diberi peniti di bahagian leher lalu sisi kanan dan kiri yang menjuntai disilangkan ke leher.
Bagi yang memiliki dahi lebar, hijabi boleh memanfaatkan ruang dahi dengan penggunaan inner yang betul sebelum memakai pashmina untuk memberikan ilusi sehingga dahi nampak lebih kecil.
Printed hijab dari DefinitelyHANA, rekaan rona lembut bermotifkan floral menyerlahkan keayuan si pemakai. Untuk memberi representasi keanggunan dan gaya elegan, setiap pemilihan warna pastel dan paduan ilustrasi bunga sesuai untuk hijabi tidak kira golongan umur kerana DefinitelyHANA menawarkan harga mampu milik. Menariknya anda yang mempunyai bentuk wajah ini sesuai mengayakan hijab yang bercorak mahupun polos.
Memiliki wajah bulat bererti sisi wajah anda di bagian atas dan bawah atau dahi dan dagu memiliki bentuk yang hampir sama.
Gaya yang paling sesuai untuk wajah bulat adalah hijab digayakan dengan sedikit longgar. Trik yang satu ini akan membingkai wajah anda dengan sempurna. Hijabi boleh melipat sedikit hijab di bagian dagu untuk menonjolkan tulang pipi.
Jika tak ingin mengenakan shawl, Anda juga boleh menggunakan hijab segi empat atau bawal dan melakukan lipatan yang sama pada bagian tulang pipi di kanan dan kiri. Supaya wajah tak kelihatan chubby, yang perlu anda hindari penggunaan inner yang terlalu ke depan hingga menutupi dahi dan cukup kenakan hingga batas garis rambut.
CADANGAN HIJAB:
Bentuk wajah bulat anda harus perhatikan jenis fabrik yang digunakan. Elakkan fabrik lycra yang melekap di pipi. Jenis kain ini akan menampakkan bentuk muka anda kelihatan cubby. Sebaiknya anda pilih fabrik yang mudah dibentuk seperti pleated scarve. Koleksi SLPLEATS dari jenama sheralee.my ini memang sesuai denan pemula, hijab yang tak perlu gosok dan mempunyai himpunan warna yang menarik dan selamat untuk digayakan. Jadi anda tak perlu risau muka nampak cubby lagi
Wajah petak memiliki bentuk rahang yang tajam dan simetri. Ketika mengenakan hijab, anda harus membuat tampilan rahang menjadi sedikit lebih halus.
Hampir sama dengan bentuk wajah oval, Anda juga boleh mengenakan hijab dengan pelbagai gaya dan model. Anda mengenakan shawl ataupun bawal. Cara mengenakannya cukup mudah, letakkan hijab di atas kepala dengan satu sisi pashmina lebih panjang. Sisipkan peniti di bawah dagu, kemudian bawa sisi yang panjang ke atas kepala dan sematkan jarum peniti agar lebih rapi.
Anda cukup bertuah mengayakan apa juga bentuk hijab, tambahkan seri lagi dengan memilih hijab yang bercorak seperti jenama caramelfashionscarves yang mewah dengan koleksi bercorak. Gayakan dengan berani dengan ikatan gaya tudung bawal mahupun shawl.
Wajah berbentuk hati umumnya memiliki bentuk lebar di bagian tulang pipi lalu meruncing di bagian dagu seperti bentuk diamond. Wajah anda memiliki banyak struktur, usahakan untuk mengenakan hijab yang tidak menutupi seluruh wajah. Gaya hijab yang paling sesuai untuk bentuk wajah ini adalah segera pakai (instant).
CADANGAN HIJAB:
Edisi terhad JIMMYSCARVES’ Love Jimmy 3.0 3.0 adalah koleksi khas yang dilancarkan oleh jenama homegrown yang menampilkan cetakan bunga dalam enam warna berbeza. Diperbuat daripada fabrik premium seperti Sakura Chiffon dan Korean Chiffon, selendangnya ringan dan mengalir tetapi cukup legap untuk memastikan pemakainya ditutup dengan betul.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Trend tudung terbaru sentiasa menghangatkan industri fesyen hijab tempatan. Walaupun mungkin tak lama, tapi ia cukup membuatkan kebanyakan hijabi teruja untuk mengikutinya ataupun mencubanya sekali.
Terkini, trend hijab terbaru adalah dengan menggunakan klip rambut di tudung. Gaya ini sebenarnya pernah menjadi tular tidak lama dahulu dan kini ianya kembali popular. Klip rambut yang biasa kita gunakan bagi merapikan rambut kini disepit di tudung pula. On tak on sis?
Selain baju, pilihan hijab yang sesuai juga penting bagi memastikan kesempurnaan penampilan seseorang. Namun ada kalanya hijab digayakan macam serba tak kena dan tak terletak cantik di atas kepala.
Sebenarnya untuk memastikan hijab yang digayakan terletak cantik di atas kepala, ada aturan tertentu yang perlu diikuti.
Siapa yang tak nak nampak cantik sepanjang hari kan. Apatah lagi hijabi yang mementingkan penampilan diri sepanjang hari.
Hijabista senaraikan beberapa tip ini yang menjadikan penampilan seseorang itu tampil cantik, menarik dan kemas walaupun sibuk dengan rutin sepanjang hari. Bukan itu sahaja, malah sedap mata memandang.
Pilihlah tudung berwarna polos seperti putih, kuning cair, lavender, hijau muda dan juga peach. Warna pastel ini begitu kena sekali dengan mereka yang berkulit cerah ataupun tidak. Jadi bagi yang memiliki kulit cerah tidak ada masalah untuk menggayakan tudung warna cerah atau gelap kerana tiada perbezaan ketara. Cuma jika mempunyai kulit gelap elakkan pakai tudung yang berona gelap juga.
Cukup sekadar gaya lilitan yang ringkas. Tidak perlu gaya keterlaluan kerana yang ringkas itu sudah memadai. Tidak sukar mencari gaya bersesuaian, google saja laman youtube ataupun Instagram yang menjual produk hijab. Pasti akan diselitkan tutorial ringkas tudung yang digayakan.
Jangan lupa untuk bersolek ringkas kerana dapat menambah keayuan dirimu. Hanya calitan di bahagian tertentu seperti bibir dengan memilih gincu bibir warna pastel, sedikit pemerah pipi dan juga perapian di bahagian mata. Tak perlu cukur kening, ikut je cara selebriti Elfira Loy yang tetap kekalkan keaslian keningnya untuk tampil menawan.
Kalau boleh pilihlah busana yang bersesuaian dengan aktiviti harian. Elakkan pakai baju yang boleh mengundang umpatan, lebih-lebih lagi tika berjumpa dengan orang ramai. Pilih yang senang untuk anda bergerak ke sana ke mari sambil lincah membuat kerja. Rasanya lebih senang memilih fabrik cotton daripada busana renda yang boleh membuat anda rasa panas pula nanti.
Lagi satu yang menjadikan hijab digayakan anda terletak cantik adalah disebabkan pemakaian kerongsang yang betul. Memilih satu kerongsang besar yang diselit di tepi bahu cukup menyuntik elemen seri pada penampilan seseorang. Malah tudung digayakan juga kekal cantik dan tidak senget. Terutama hijab satin yang memang sukar sekali untuk digayakan jika tak kena caranya.
Ini paling penting dalam mengharungi pelbagai bebanan kerja seharian. Pastikan senyuman manis sentiasa dibibir anda kerana senyuman itu juga satu sedekah. Seorang hijabi itu lebih terserlah ayunya jika sentiasa mengukir senyuman di bibir walau dalam apa jua situasi.
Puasa Nabi Daud menjadi pilihan ramai yang mahu rutin lebih stabil, seimbang dan kurang menekan berbanding intermittent fasting untuk kesihatan tubuh dan emosi.