Pelbagai juadah buka puasa di hidangkan dan pasti ada yang menjadi kegemaran dan idaman untuk di bulan ramadan. Pemanis mulut antara makanan yang wajib ada ketika berbuka. Salah satunya yang paling digemari dan menjadi tumpuan di bazar ramadan ialah puding karamel.
Pemanis mulut yang cukup dikenali dengan bahan asasnya telur dan gula. Cukup segar selepas di masukkan di dalam peti sejuk. Resepi puding karamel kali ini berbeza, tanpa telur dan kukus sesuai di masak ketika tempoh PKP yang tiada bahan seperti telur dan kukus. Jangan bimbang anda masih boleh menikmati makanan kegemaran anda. Jom ikuti perkongsian hijabi ini Nordiana Ab Kadil!
(Sesuai untuk yang alergi telur dan sesuai yang tiada pengukus )
Pertama kali buat Alhamdulillah menjadi…
Ads
Bahan puding:
1 paket serbuk agar2 yang jernih (10gm)
4 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
3 sudu tepung kastard
Sedikit esen vanila
Karamel:
3 sudu Gula pasir
2 sudu air
Cara:
1.masukkan Gula pasir ke dalam kuali dengan api yang kecil gula di biarkan cair sehingga menjadi perang kemudian tutup api dan masukkan air.
Kemudian masukkan ke dalam loyang.
Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati kemudian panaskan di atas api yang besar masak puding sehingga betul2 mendidih dan pekat.
Biarkan puding suam sebentar kemudian masukkan ke dalam loyang Yang berisi karamel tadi.
Masukkan dalam peti sejuk sehingga 2-3jam.
Terbalikkan loyang tadi di atas pinggan kemudian potong
Sedia utk dihidang
Ads
Ads
Tips : pastikan puding dimasak sehingga betul2 mendidih dan kelihatan pekat
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pasti menginginkan momen manis itu dikenang seumur hidup. Maklumlah berkahwin hanya sekali dan rugi jika tidak menikmatinya dengan cara tersendiri.
Dalam dunia tanpa sempadan ini, pelbagai cara dilakukan dan ada antaranya menjadi viral. Misalnya baru-baru ini pasangan dari Terengganu berkahwin dengan menggayakan baju yang sangat simple hingga mendapat perhatian pengguna laman sosial.
Walau apa jua caranya, nawaitu tetap sama iaitu bagi memastikan majlis perkahwinan dikenang hingga ke akhir hayat.
Bagi selebriti, Anis Al-Idrus dan pasangannya, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim, majlis kahwin mereka juga tidak terkecuali mencetus viral. Ini adalah gara-gara mereka tampil hipster di majlis perkahwinan dengan menyarung sneakers hingga mendapat perhatian netizen.
A post shared by Mrs. Aiman Rafzan ???? (@anisalidrus) on
Dalam satu temu bual, Anis memberitahu memilih sneakers kerana mahukan keselesaan untuk bergerak ketika melayan tetamu di majlis dan bimbang tergelincir jika memakai tumit tinggi.
Sneakers yang digayakan Anis telah mencetus viral kerana jarang pengantin memilih kasut kanvas di hari bahagianya. Jika diteliti pembuatan sneakers ini juga cukup menarik dan lain daripada yang lain. Siapa agaknya orang yang mereka dan menghias kasut ini sebegitu cantik dan cukup kemas pembuatannya.
A post shared by Mrs. Aiman Rafzan ???? (@anisalidrus) on
Apa yang bermain di fikiran, berapa lama masa diperuntukkan untuk menyiapkan detailing sneakers berkenaan. Admin berjaya menemui pereka dan penghias sneakers ini yang sebelum itu dia juga tidak tahu siapa empunya kasut berkenaan.
Pemilik nama Kamaliza Kamaruddin ini, berusia 43 tahun dan berasal dari Kg Selekoh Bagan Datuk Perak. Beliau sudah 5 tahun menceburkan diri dalam bidang rekaan kasut terutama untuk majlis perkahwinan ataupun makan malam.
“Sebenarnya sejak kecil lagi saya sudah minat membuat DIY kraf untuk kelengkapan rumah juga hiasan manik pada baju. Oleh kerana minat mendalam saya mula menceburi benda baru dengan menghias kasut pula.
“Selalunya saya mendapat tempahan menghias kasut untuk majlis perkahwinan ataupun majlis makan malam. Bermula sebagai hobi dan kemudian menjadikannya sumber pendapatan,” jelas Kamaliza yang menggunakan nama Leeza Kamaruddin untuk bisnes ini.
Bercerita mengenai hiasan kasut kahwin Anis, Leeza memberitahu menerima tempahan daripada pihak produksi KASUT PENGANTIN (LADIES SHOES) tanpa banyak soal. Selalunya dia menerima tempahan untuk kasut jenis pumps dan wedges.
Tetapi kali ini cabarannya berbeza apabila diberikan sneakers yang tidak pernah dibuatnya sebelum ini.
[su_highlight background=”#fb99ff”]“Agak lama juga saya memikirkan apa hiasan untuk digarap pada sneakers ini. Hampir seminggu barulah idea itu datang dan saya mula mencari material sesuai. Untuk memberikan kelainan, saya menggandingkan material ‘Prada Lace, Glass Pearl dan juga Rhinestone’.[/su_highlight]
“Dalam masa membuat itu, saya terfikir juga siapalah empunya kaki yang akan menyarung sneakers ini nanti.
“Info yang saya dapat cuma memberitahu, pemiliknya gemarkan kelainan dan seorang yang sempoi. Dalam pada itu saya sebenarnya ‘on and off’ menyiapkan sneakers ini kerana turut memberi tumpuan pada tempahan manik dan lace untuk kasut pengantin lain,” ceritanya lagi yang menerima dugaan terbesar ketika sedang menyiapkan sneakers viral ini.
Sedang sibuk menyiapkan tempahan, Leeza dikejutkan dengan pemergian bonda tersayang, Allahyarhamah Kamsiah Ashaari yang meninggal dunia seminggu selepas Syawal lalu.
[su_highlight background=”#fb99ff”]“Kehilangan bonda memang buat kami cukup terkesan. Saya serta adik beradik lain memang rapat dengan bonda dan pemergiannya amat dirasai hingga kini.[/su_highlight]
“Namun, dalam masa sama saya perlu menyiapkan tempahan yang telah diterima termasuk kasut ini. Saya cuma ada 3 hari untuk menyiapkan ‘detailing’ sneakers berkenaan.
“Seperti karya sentuhan saya sebelum ini, saya memang akan fokus mengikut naluri dan memberikan yang terbaik agar semua pihak berpuas hati. Segala idea dan kreativiti saya curahkan pada penghasilan hiasan kasut ini.
“Saya tidak tahu empunya sebenar sneakers ini adalah seorang selebriti. Saya cuma tahu Anis yang akan memakainya untuk hari perkahwinannya pada pagi Sabtu melalui status dalam laman IGnya.
“Saya cukup berbesar hati jika dapat bersua dengan pemilik kasut yang pada saya cukup istimewa ini. Ada momen terindah di situ kerana ketika menyiapkannya saya masih lagi bersedih dengan kehilangan bonda tersayang,” jelas Leeza yang mengakui hanya bekerja di belakang tabir.
Admin cukup kagum dengan hasil kerja Leeza yang begitu prihatin menyiapkan detailing pada kasut ini. Kemasan pada kasut ini memberi gambaran kerja yang dihasilkan adalah melalui jiwa dan hasil kerja yang ikhlas.
Leeza juga mempunyai FB sendiri iaitu Kasut Pengantin Elza yang memuatkan gambar koleksi kasut yang pernah mendapat sentuhan tangannya. Menurut pereka yang tinggal di Petaling Jaya dia juga turut menerima tempahan hiasan kasut dari dalam dan luar negara.
Pelakon cantik berusia 24 tahun Sharifah Rose yang berketurunan Melayu, Pakistan dan Jawa ini memulakan karier awalnya sebagai model dan selebriti media sosial sekitar tahun 2016.
Tiga tahun kemudian, Sharifah Rose muncul dalam muzik video pertamanya berjudul “Vromm Vromm” nyanyian Nabila Razali.
Sharifah Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira kini terus mengorak jejaknya dalam dunia lakonan.
Antara drama yang telah melonjakkan namanya sebagai pelakon muda berbakat besar ialah Kekasih Hati Mr Bodyguard.
Selain itu, Sharifah Rose juga pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Telenovela Popular 2021 di Anugerah Telenovela awal tahun lalu.
‘NATURAL BEAUTY’
Sebagai seorang public figure, setiap perkara yang dilakukan Sharifah Rose pasti menjadi perhatian. Antaranya, rutin kecantikan hariannya.
Sharifah Rose sering berkongsi video-video penjagaan kulit wajah dan tutorial makeup di Instagram.
Sharifah Rose amat bertuah kerana memiliki kulit wajah yang segar, sihat dan bersih tanpa sebarang masalah. Memang terpegun melihat kulit wajahnya yang polos, natural beauty!
Di ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminatnya memuji kecantikan yang dimiliki Sharifah Rose.
Ibunya, Noraini Dahlan yang berketurunan Melayu-Jawa turut memiliki kencantikan tersendiri. Manakala bapanya Syed Mohd Mazfira Syed Mohd Bakar pula berketurunan Melayu-Arab.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan? Rata-rata anak kacukan memang cantik-cantik dan kacak.
USAHAWAN TUDUNG
Siapa sangka, dalam kesibukannya sebagai seorang model, influencer dan pelakon, Sharifah Rose turut memiliki koleksi tudung jenamanya sendiri iaitu Harirose.
Jenama tudungnya itu mula berada di pasaran pada awal 2022 sebagai urban modest scarf. Ia mensasarkan golongan yang sudah lama bertudung dan pertama kali mengenakan tudung.
Semoga Sharifah Rose terus sukses sebagai seorang pelakon yang ‘versatile’ seterusnya maju dalam bisnes.
Pelakon terkenal Saharul Ridzwan mendedahkan kisah menarik sebelum menikahi isterinya, Qaabila Deena Emir atau lebih mesra disapa Deena. Mengimbas kembali kisah empat tahun lalu, Saharul terus melamar isterinya itu selepas memberikan ucapan sempena hari kelahirannya melalui mesej di telefon bimbit.
.
12 Januari 2016 : Time tu pagi birthday dia, sy dengan nekadnya text dia nak wish bday, nervous sbb dah tak lama betul tak contact dia. Takut2 la dia block no sy kan. LEPAS sy wish “Selamat Hari Lahir Deena”, dia terus reply!
.
So saya terus call dia : “Awak dah kahwin?”
“Belum”
“Ada boyfriend?”
“Tak ada”
“Sy nak kahwin dengan awak”
.
Tapi ni lagi best. Lepas kahwin, dia baru cerita dekat saya, pada pagi yang sy call dia tu, dia dengan kawan2 dia, tengah celebrate, then kawan2 baik dia suruh dia doa something sebab birthday dia. Jadi doa dia adalah; “Ya Allah, tahun ni aku nak kahwin, temukanlah jodoh aku”. Lepas dia aminkan doa, sy yang call dia. Jodoh kan?
.
Selamat Hari Lahir sayang. Terima kasih sudi hidup dengan saya di dunia. InShaaAllah, kita sama2 usaha supaya kita sekeluarga sama2 jugak di akhirat nanti. Amin Ya Rabb. Semoga doa ini di makbulkan juga pada hari kelahiran awak. @deenaemir
Terdahulu, Saharul mendirikan rumah tangga bersama Deena pada 16 September 2016. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Luth Ali,3, dan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di