
Tahun ini pastinya memberi detik paling bermakna buat penyanyi dan pelakon, Nabila Razali apabila dapat meraikan Ramadan bersama suami dan anak tersayang.
Maka, suasana berbuka puasa semakin meriah dengan kehadiran ‘orang baru’. Sesibuk manapun, Nabila lebih selesa untuk berbuka puasa di rumah bersama keluarga.
“Semoga tahun ini kami sekeluarga berpeluang untuk berbuka puasa bersama.
“Antara juadah berbuka yang sentiasa saya nanti-nantikan setiap kali Ramadan ialah Murtabak Daging, Puding Karamel, Nasi Beriani Daging dan Kuih Lompang.”
BACA JUGA: “Kami Sangat Bersyukur Dengan Rezeki Ini” NABILA RAZALI Hamil Anak Sulung
Selain Datuk Chef Wan, Nabila turut menjadikan ibunya sebagai idola dalam dunia masakan. Bagi Nabila, ibunya bukan saja pandai memasak malah kreatif dalam mencipta menu-menu baru tanpa perlu merujuk buku.
“Salah satu menu kreatif ibu ialah Ikan Bilis Goreng Cili yang dicampur dengan anggur. Rasanya sangat sedap!
“Menu air tangan ibu yang lain yang turut menjadi kegemaran saya ialah Kari Baba Nyonya, Rendang Ayam dan Ayam Goreng Cili. Bagi saya keenakan rasanya sangat unik.”
Hijabista kongsikan resipi Puding Karamel yang menjadi juadah kegemaran Nabila setiap kali Ramadan.
Bahan-bahan:
4 biji trelur saiz A
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
170 ml air
Sedikit vanila esen
Cara Membuat: