Pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz disahkan positif wabak Covid-19 selepas mengalami demam panas sejak tiga hari lalu.
PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkata, perkara itu disahkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), hari ini.
“Saya demam sejak tiga hari lalu. Jadi, semalam saya pergi buat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi, hasil ujian saya positif Covid-19.
“Saya reda dengan berita ini. Saya anggap ia adalah ujian Allah SWT. Kalau kita menjaga kesihatan sekali pun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak.
“Apa pun, saya mengharapkan doa daripada semua semoga cepat sembuh dan bebas daripada wabak ini,” katanya.
Ads
Menurut PU Riz, ambulans dari PPUM akan datang ke rumahnya dan dia ditempatkan di sana untuk rawatan lanjut.
PU Riz yang juga pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan berkongsi, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dia hanya duduk di rumah.
Ads
“Sepanjang PKP, kalau keluar rumah pun pergi barang keperluan saja.
“Cuma, rumah saya betul-betul berada di hadapan Masjid Jamek Seri Petaling. Saya juga kerap sembahyang di situ sebelum masjid itu ditutup akibat wabak ini,” katanya.
Ads
Hujung bulan Mac yang lalu PU Riz ada berkongsi tentang bapa saudaranya yang positif Covid-19 dan sedang dirawat. Dalam postingnya juga, PU Riz mendoakan bapa saudaranya.
help ! Please Semua yg melihat posting ni saya harap dapat doakan Bapa saudara saya, sedang dirawat positive COVID 19.
Siapa tidak kenal dengan penyanyi berwajah ‘cute’, Iman Troye yang sering melatari muzik video lagu nyanyiannya berkonsepkan k-pop hingga menjadi kegilaan anak-anak muda masa kini.
Bantu Membantu membantu golongan gelandangan dengan memberikan makanan di sekitar ibu kota.
Pada hantaran sama, Iman menyatakan keinginanya untuk meneruskan kegiatan murni ini dengan bercadang mahu membantu lebih ramai gelandangan dan fakir miskin di tempat-tempat lain.
Justeru, pada ruangan kapsyen Iman meminta buah fikiran para pengikutnya untuk mencadangkan tempat-tempat yang menjadi tumpuan golongan susah seperti ini, selain di Ibu Kota.
“Alhamdulilah syukur. Insyallah Iman dan team akan cuba kerap kan lagi aktiviti CSR. Korang boleh tolong komen dan bagi idea dekat kita siapa dan di mana lagi yang memerlukan?,” Tulisnya pada ruangan kapsyen di hantaran tersebut.
Hasil penelitian, HIJABISTA mendapati ruangan komen pada hantaran tersebut telah dibanjiri dengan doa-doa yang baik buat Iman.
Malah, tidak kurang juga yang meluahkan sokongan dan melemparkan kata-kata positif serta semangat agar Iman kekal istiqamah dalam melakukan amal kebaikan yang bersifat fadhu kifayah seperti ini.
“Alhamdulillah Iman berkongsi rezeki, semoga dimurahkan rezeki iman,” kata seorang warganet.
“Semoga Iman sentiasa dimurahkan rezeki,” ujar seorang lagi netizen.
Untuk rekod, nama Iman Troye pernah dihimpit dengan kontroversi satu ketika dahulu, kerana sukar memberikan kerjasama dengan rakan media. Selain leceh dihubungi sebaik sahaja namanya popular dan dikenali umum.
Jika kita lihat pada tahun 2019, golongan millennial, yang merujuk kepada golongan muda berumur 25 hingga 44 tahun, di negara ini mencatat peningkatan membimbangkan dalam jumlah individu yang diisytihar muflis. Manakala 60% daripada keseluruhan individu muflis adalah dari golongan muda.
Kebanyakan pinjaman yang dibuat dibelanjakan untuk barangan kehendak, bukan untuk keperluan. Jadi adalah penting untuk memberi kesedaran bahawa untuk membantu golongan-golongan ini bagi mendapat semula kawalan kredit mereka.
Ramai hijabi mementingkan penampilan dengan menunjukkan kemewahan tapi sebaliknya ramai yang tidak tahu mereka ini terjerat dengan kepuasan sendiri. Jalan penyelesaiannya pinjaman dilakukan tanpa mengira akibat di kemudian hari. Bagi individu ini, jika tidak mengawal kewangan mereka berpotensi akan disenarai hitam oleh institusi kewangan.
Malang tak berbau jika individu terjerat dengan dengan pinjaman alternatif yang tidak selamat, apatah lagi jika mereka ini tiada simpanan kecemasan dan diistiharkan muflis. Terdesak! Ya mereka akan lakukan apa sahaja jalan pintas yang akan melemahkan aliran tunai dalam Negara dan berlakunya peningkatan kadar jenayah kerana rakyat terdesak.
Setelah bertahun-tahun menguruskan pelbagai kes yang melibatkan masalah kredit dan hutang seperti individu yang mempunyai rekod kurang baik pada CCRIS dan CTOS, biasanya bank tidak dapat menawarkan apa-apa fasiliti kredit dan pembiayaan kepada mereka ini. Akhirnya, mereka terpaksa mendapatkan pinjaman alternatif untuk kelangsungan hidup. Tetapi dalam jangka masa panjang, pinjaman ini akan menjerat mereka ke dalam masalah hutang yang jauh lebih buruk. Jenayah, family bergaduh, bercerai, banyak isu yang melibatkan isu kewangan dan hutang.
Sehubungan itu, Lulus.my merupakan satu pusat sehenti komprehensif yang membantu rakyat Malaysia khususnya penjawat Awam, kakitangan GLC dan bank terpilih untuk menyelesaikan masalah kewangan dan hutang. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah penyatuan hutang, pembiayaan semula rumah dan pembaikan kredit seperti membersihkan rekod senarai hitam CCRIS dan CTOS, saman serta isu berkaitan kebankrapan. Mudah bukan!
Pendidikan adalah satu benda yang sangat penting kerana ia dapat menentukan perjalanan seseorang sihat dari sudut kewangan ataupun tidak. Dengan mendidik orang ramai tentang strategi pengurusan hutang yang efektif, serta kepentingan simpanan, bagi membantu lebih ramai individu daripada terperangkap dalam kemelut hutang, tetapi dapat juga membantu anda untuk mencapai kestabilan serta kebebasan kewangan.
Fokus utama Lulus.my bukan sahaja membantu untuk memberi jalan penyelesaian yang holistik, tapi dalam pada masa yang sama, juga memberi pendidikan pengurusan kewangan yang efektif kepada rakyat Malaysia melalui konsep Edutainment dengan adanya Ryan Deedat sebagai Duta Rasmi.
Adalah sangat penting pendidikan kewangan kerana ia dapat menentukan perjalanan seseorang itu, sihat dari sudut kewangan ataupun tidak. Dengan mendidik orang ramai tentang strategi pengurusan hutang yang efektif, serta kepentingan simpanan, bukan sahaja dapat membantu lebih ramai individu daripada terperangkap dalam kemelut hutang, tetapi dapat juga membantu mereka untuk mencapai kestabilan serta kebebasan kewangan.
Dengan bakat, kreativiti dan pengalaman Ryan Deedat sebagai penyanyi, penulis lagu dan penghibur, Lulus.my dapat membantu untuk menyampaikan mesej dan konten yang menarik yang bukan sahaja menghiburkan.
“Mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan pengurusan kewangan dan pengurusan hutang dengan lebih baik, kerana beliau sendiri juga merupakan seorang student MBA.”
“Bila saya offer dekat Ryan, bagitau niat kami untuk mendidik orang ramai melalui Edutainment, dia sangat happy, sebab dulu waktu dia menjaga arwah ibunya, dia banyak share tentang life dia dengan ibunya, macam mana dia jaga, sampai nama ubat, medical terms semua dia boleh cerita dengan saya,” kongsi Mohd Hasrul Syafiq bin Mohd Ismail
Pengarah Urusan.
Ryan bersama-sama dengan Lulus.my dapat membantu dalam usaha untuk mendidik dan membantu lebih ramai individu di luar sana, khususnya fans, community, dan seluruh rakyat Malaysia yang terkesan dengan cabaran kewangan serta hutang ini.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
10 barangan ini paling dekat dengan hijabis, malahan menjadi barangan peribadi yang wajib ada. Namun hijabis harus lebih berhati-hati dengan 10 barang ini ada kesan negatif yang mungkin kita tidak sedar.
Dalam satu kajian 2008 University of Florida pemain bola sepak, mereka yang berkongsi sabun lebih cenderung mempunyai jangkitan berulang Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA), pelindungan antibiotik untuk jangkitan Staph. Ia mungkin kerana sabun jenis ini biasanya tidak kering sepanjang penggunaan, terutamanya pada bahagian bawah, yang membawa kepada pengumpulan bakteria, kulat dan yis yang boleh dipindahkan dari seorang ke seorang.
Deodaran dicipta untuk mencegah bau badan yang berpunca daripada bakteria. Ini bermakna ia mengandungi ciri-ciri antimikrob. Deodoran anda hanya berfungsi untuk memperlahankan penghasilan peluh dan bukannya membunuh bakteria, jadi bakteria tersebut masih berkemungkinan akan melekat pada roll atau stick deodoran. Pertama, berkongsi deodoran boleh memindahkan bakteria kepada orang lain dan kalaupun anda terlepas daripada perkara tersebut, sisa bulu bawah lengan dan sel kulit anda masih melekat di situ. Bukankah sangat menggelikan?
Selain berisiko untuk mendapat jangkitan kutu, kuman yang terlekat pada rambut ketika anda baring di bantal atau kusyen juga boleh berpindah.
Kes kajian terdahulu menunjukkan pisau cukur berpotensi untuk memindahkan jangkitan hepatitis B, C, malah HIV, dan tentunya juga jangkitan bakteria dan kulat.
Berkongsi tuala kotor boleh menyebarkan jangkitan penyakit mata (pink eye) kepada gonorea terutama tuala yang basah atau lembap.
Tahukah anda, ketika anda memberus gigi, tahap bakteria dalam darah anda akan meningkat untuk sementara waktu. Tambahan pula, ia boleh menyebarkan jangkitan darah yang terlekat pada berus gigi termasuklah jangkitan HIV.
Jangkitan kulat kuku, bakteria, yis ,virus dan Hepatitis C juga boleh berpunca daripda perkongsian alatan ini.
Kalau tak nak bibir anda dijangkiti penyakit seperti virus herpes simplex yang menyebabkan kulit bibir kering dan berpecah-pecah serta selsema, elakkan dari berkongsi gincu bibir. Boleh kata ramai juga wanita yang tak kisah berkongsi lipstik dengan sahabat karib sedangkan banyak bakteria yang terkumpul pada bibir.
Bayangkan bakteria yang terkumpul di dalam berus solekan, tak akan anda mahu kongsi? Senang kata, kalau sahabat anda mempunyai masalah kulit berjerawat, kebarangkalian anda akan mempunyai masalah yang sama juga tinggi.
Penggunaan earphone terlampau lama juga boleh mengumpul dan menyimpan bakteria di situ. Jadi hati-hati dan fikir semula untuk meminjam earphone orang lain jika tidak mahu terkena jangkitan pada telinga. Menggunakan headphone terlalu lama mungkin akan menyebabkan blackhead dalam telinga.
Blackhead boleh terhasil kesan daripada penghasilan minyak daripada kelenjar sebaceous yang juga ada dalam telinga.
Headphone yang kotor dan tidak bersih boleh menjadi punca kepada penghasilan blackhead ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.