Masih belum terlambat untuk Hijabista titipkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat selebriti hebat ini.
Pada usia 36 tahun, Neelofa dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang sangat comel iaitu Muhammad Bilal yang kini berusia tiga tahun dan Abdullah Abbas, setahun.
Suri hati kepada pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz ini kini tenang menguruskan bahtera rumahtangga yang dibina sejak 2021 di samping menguruskan beberapa rangkaian bisnes milik mereka.
Biarpun tidak lagi aktif dalam industri seni, selebriti Indonesia yang terkenal dengan gaya hidup mewahnya Syahrini baru-baru in membua kejutan apabila dia menghadiri Festival Filem Cannes ke-78.
Kehadiran Syahrini menjadi tumpuan, baik di karpet merah mahupun di majlis makan malam.
Ketika menghadiri acara berprestij itu, Syahrini mengenakan beberapa persalinan glamor.
Dia berbesar hati memperagakan hasil kerja pereka fesyen tanah airnya, Indonesia.
Syahrini yang sinonim dengan koleksi handbag berjenama mewah, Hermes, kali ini dia memilih daripada jenama tempatan Indonesia.
Syahrini menyarungkan sekurang-kurangnyai empat persalinan glamor di Festival Filem Cannes.
Pada 15 Mei 2025, Syahrini menghadiri tayangan filem Dossier 137 di Palais des Festivals. Dia memakai gaun labuh rona silver rekaan pereka Indonesia, Danny Satriadi.
Gaun labuh yang mempunyai perincian blink blink ini menjadikan penampilan Syahrini semakin mewah apabila dipadankan dengan jubah brokat yang meleret berserta hiasan kepala berbentuk tiara silver.
Gaun rekaan Hian Tjen ini juga mempunyai aksen layah yang meleret ke lantai.
Perincian motif mawar emas pada bahagian atas gaun turut memberikan aksen menawan dan glamor.
Dipadankan pula dengan hijab rona senada mewujudkan keharmonian warna yang elegan. Ia juga lambing kepada identitinya sebagai seorang yang berhijab.
Syahrini kembali menghadiri Festival Filem Cannes 2025 pada hari berikutnya. Kali ini, isteri tercinta Reino Barack ini tampil dengan busana yang sangat berbeza.
Sambil melambai-lambai tangannya di tangga karpet merah, Syahrini menyarungkan gaun bodycon hitam labuh yang dipadankan dengan outer model cape rekaan Tex Saverio.
Penampilan Syahrini semakin mencuri perhatian apabila penampilannya itu lengkap dengan penutup kepala yang memukau persis seorang pengantin.
Pada acara makan malam gala, Syahrini sekali lagi menyarungkan busana rekaan pereka Tex Saverio. Kali ini Syahrini memakai inner dress berwarna hitam senada dengan tudungnya.
Inner dipadankan dengan outer labuh hitam yang dihiasi taburan manik merah menyerlahkan gayanya yang semakin glamor
Wajahnya pula dilitupi solekan natural dengan olesan gincu nude. Malam itu, Syahrini bertemu Angelina Jolie dan Halle Berry.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak dinafikan memang wujud manusia yang seiras walaupun tidak mempunyai pertalian darah. Kata orang, dalam dunia ini ada tujuh orang yang mempunyai wajah yang sama atau seiras dengan kita.
Seperti yang tular baru-baru ini di laman TikTok, apabila ada seorang gadis yang dikatakan mirip dengan pelakon Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal.
Menurut gadis yang bernama Nurfazira Azhar Azaruddin ini, dia sudah biasa menerima komen dan digelar “kembar” Nad Zainal atau Nanad sejak di bangku sekolah lagi dan semakin kerap menerima teguran sedemikian setelah meningkat dewasa terutamanya apabila Nanad sudah mula berhijab.
“Masa belajar di universiti, kawan saya dekat sana pun mula perasan wajah sama macam Nad.
“Kawan-kawan sekarang pun ada juga yang cakap macam tu. Tapi apabila saya tengok balik muka sendiri tak sama pun,” ujarnya ketika ditemu bual oleh satu portal hiburan.
Ujar gadis yang menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Muamalat dari Universiti Malaya ini; dia sendiri terkejut apabila bukan sahaja rupa parasnya dikatakan sama dengan Nad Zainal malah gaya pertuturan juga pernah ditegur persis dgn pelakon Cinta Buta itu.
“Selain ditegur fasal kening, mulut, hidung, gigi… cara bercakap pun mereka kata sama. Saya terkedu juga apabila mereka cakap betul-betul sama tu,” tambahnnya lagi.
Persamaan tersebut bukan hanya diperkatakan oleh rakannya, malah dia pernah ditegur oleh netizen. Ada juga yang sampai “tag” Instagram Nad Zainal!
“Pernah sekali, saya ke sebuah restoran makanan segera dan seorang individu datang beritahu wajah saya seperti Nad Zainal.
“Selain itu, saya pernah menunaikan solat Tarawih di sebuah masjid dan direnung seorang jemaah, namun tak fikir apa, mungkin ada yang tak kena dengan wajah saya ketika itu.
“Ada juga yang ‘tag’ saya di Instagram (IG) Nad Zainal, namun setakat itu saja kerana bukan semua akui persamaan wajah saya dan Nad, ada juga mengatakan tidak sama.” ujarnya kepada Harian Metro.
Gadis yang mesra dipanggil Fazira ini membuat duit sampingan dengan menggunakan platform TikTok. Dia turut memanjatkan rasa syukur dan mengakui perkara tersebut sedikit sebanyak membantunya yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan.
Namun, dia akui tidak mengambil kesempatan atas ‘populariti’ yang diraih serta ia bukanlah niat asal gadis yang menetap di Ipoh, Perak ini.
“Dekat TikTok tu saya ada juga buat duit sampingan dengan jadi dropship. Memang semata-mata nak join program affiliate dan tak ada niat lain pun.
“Sambutan agak baik. Alhamdulillah ada juga yang membeli,” ujarnya lagi.
Dia juga berkongsi yang dia merupakan diantara peminat Nad Zainal malah pernah juga terserempak dengannya di sebuah pusat beli-belah, namun tidak sempat bergambar bersama.
“Secara peribadi, saya minat Nad Zainal malah kagum dengan lakonannya yang mantap. Pernah juga terserempak dengannya di sebuah pusat beli-belah, namun tak sempat bergambar bersama.
“Cuma, saya tidak berapa gemar bila orang samakan kami kerana bimbang Nad Zainal tidak selesa dengan perkara itu,” akuinya.
Menjengah ke ruangan komen hantaran TikTok tersebut, rata-rata netizen terkejut dan tidak menyangkal kemiripan wajahnya dengan Nad Zainal. Video tersebut kini meraih lebih 961K jumlah tontonan serta 52.8K kesukaan.
“Memang ‘sebijik’ sangat ni…”
“Tak tengok nama tiktok, mmg ingat Nanad tadi…”
“Laaaa ingtkan Nad Zainal tadi..terus baca komen rupanya seirass”
Untuk rekod, terdahulu Hijabista melaporkan Nad Zainal dimasukkan ke ICU Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan kini pelakon itu dilihat semakin pulih.
Juara Big Stage musim ketiga, Azzam Sham telah selamat bertunang dengan cinta hatinya yang juga seorang penyanyi iaitu Sheryl Shazwanie.
Berlangsung di kediaman keluarga Sheryl di Petaling Jaya malam tadi, majlis tersebut diadakan secara serba ringkas bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
Sama cantik sama padan, pasangan ini kelihatan manis sekali apabila sedondon menggayakan busana berwarna turqoise.
Jelas Azzam, mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan.
“Kami sebenarnya sudah kenal sebagai kawan sejak tahun 2015 lagi. Kebetulan perjalanan seni kami sama. Kami pernah menyertai sebuah syarikat rakaman musik yang sama sebelum bertukar ke MVM Production dan Rusa Music.
“Cuma sejak dua tahun yang lalu, ikatan itu bertukar menjadi lebih istimewa. Harapnya perancangan kami untuk mendirikan rumah tangga awal tahun hadapan dipermudahkan,” ujar pelantun lagu Cinta Jangan Pergi ini.
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Moga dipermudahkan urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga tahun hadapan. Buat anda semua, jangan lupa untuk menempah segera majalah Hijabista yang terkini dalam tulisan jawi!
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.