Lambakan produk kecantikan di pasaran yang menjanjikan hasil yang tidak tercapai akal melalui promosi di pelbagai media, namun adakah betul keberkesanan yang dipamerkan terjamin untuk diguna dan pastikah tiada masalah di masa hadapan. Takut bukan?

Spetikal hijabi pada produk tempatan tak sama dengan produk antarabangsa, mereka lebih mengagungkan produk antarabangsa tanpa menyemak bahan kandungan dalam produk sama ada selamat ataupun tidak.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Yakin dengan produk kecantikan lokal

Namun bukan semu produk tempatan mengambil mudah dalam mengeluarkan produk tanpa pengawasan yang ketat. Melindungi organ terbesar manusia, penting bagi semua pengeluar produk menitikberatkan keselamatan bahan yang terkandung di dalam produk kecantikan.

Bagi memastikan pengguna terus yakin dengan keberkesanan, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas produk kecantikan Charms, Nur Bashirah Hussin mengambil inisiatif untuk menjalin kerjasama dengan Pusat Penyelidkan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) bagi menjalankan kajian analisa produk mengenai anti penuan, komposisi kimia serta validasi halal terhadap kesemua produk kecantikannya.

IKLAN

Menelan Perbelanjaan yang tinggi jamin selamat

Biarpun perbelanjaan kajian dan analisa produk yang menelan kos lebih RM50,000 itu akan mengambil masa selama enam bulan sejak November lalu sebelum keputusan ujian dikeluarkan, berbaloi demi keselamatan pengguna.

“Pihak UTHM juga akan mengambil masa 18 bulan bagi menerbitkan jurnal berkaitan serta memasuki pertandingan produk kosmetik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Keseluruhan kos yang berjumlah lebih RM50,000 akan digunakan dalam menjayakan keseluruhan projek ini.

IKLAN

“Kerjasama dua hala ini juga selaras dengan saranan kerajaan Malaysia dalam melahirkan tenaga mahir mencukupi yang sesuai dengan keperluan sektor dimana para pelajar UTHM akan menjadi pembantu penyelidik dalam kajian yang dijalankan seterusnya mereka bakal menimba pengalaman sebelum ke dunia sebenar.

Produk kecantikan diiktiraf

Jalinan kerjasama ini sentiasa berterusan dan menjadi titik permulaan kearah industri pengusaha produk yang lebih baik. Charms adalah produk kosmetik dan penjagaan wajah yang terbukti secara saintifik, selamat digunakan serta efektif. Produk Charms dihasilkan dari bahan-bahan selamat, bersih dan halal mengikut Syarak serta mendapat pengiktirafan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

IKLAN

Charms mula diperkenalkan sejak tahun 2012 dan kian mendapat sambutan hangat saban tahun bukan saja dari Malaysia, malah Singapura, Brunei, Arab dan negara lain.

Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI