Ramai yang terkesan apabila kerajaan melaksanakan ‘total lockdown’ di seluruh negara. Namun begitu, ia adalah salah satu insiatif yang harus kita lihat dari sudut positif untuk mengurangkan peratusan kes Covid-19 di Malaysia. Baru-baru ini, kerajaan juga baru sahaja mengumumkan tentang tempoh PKP 3.0 dilanjutkan selama dua minggu lagi. Sudah tentu ia memberi kesan kepada masyarakat kita untuk menstabilkan status kewangan dan ekonomi kehidupan mereka.
Sebagai umat Islam, setiap apa yang berlaku itu pasti ada sudut kebaikannya yang harus kita cari dan hayati. Sudah pasti, Allah S.W.T menurunkan sesuatu dugaan kepada hamba-hamba-Nya untuk sebuah kebaikan. Maka, kita haruslah sentiasa bersabar dan berfikiran positif untuk terus memperjuangkan kehidupan kita.
Antara cara terbaik untuk terus kekal semangat ialah dengan sentiasa berfikiran postif dan setiap kali kita bangun pagi.
Ads
Diriwayatkan dari Sakhr Al-Ghamidi bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Ya Allah, berkatilah umatku di pagi hari mereka (iaitu, apa yang mereka lakukan pada awal pagi).” (Sunan Ibnu Majah)
Selain itu juga, kita juga harus sentiasa memikirkan tentang kehidupan akhirat kelak dah usah terlalu rakus mengejar harta dunia kerana sesungguhnya ia tidak kekal lama. Apabila kita mempunyai fikiran seperti itu, maka hati dan minda kita akan sentiasa tenang.
Ads
Allah berfirman dalam Al-Quran: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” [Surah Al-An’aam (6), ayat 32]
Ads
Untuk permulaan hari yang baik, adalah molek sekiranya kamu menunaikan solat tahajud sebelum menunaikan solat Subuh. Selepas itu, kamu juga boleh membaca Al-Quran sebelum memulakan aktiviti kerja kamu. Jadikan segala sunnah Rasulullah S.A.W itu sebagai amalan harian kita. Hal-hal ini sudah dinyatakan di dalam Al-Quran tentang kelebihannya.
Allah berfirman dalam Al-Quran: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” [Surah Al-Ahzaab (33), ayat 21]
Tidak susah sebenarnya untuk kekal positif. Namun apa yang menyukarkan adalah untuk kita tanamkan niat untuk berubah menjadi positif. Mohon doa kepada Allah S.W.T dan insyaAllah kita akan dipelihara. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pasti ramai yang terkesima melihat seorang wanita yang malu-malu ketika sarung cincin, hati pasti terdetik ‘waa momen yang memberi seribu debaran, pastinya si mempelai pandai menjaga batasan sebelum bernikah….’ Namun apa yang dibualkan ianya seperti trend dan menjadi ikut-ikutan.
Menerusi perkongsian di Facebook, Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh bagaimana berpandangan sebaliknya.
Saya rasa, macam semakin trending pula video ‘pengantin malu-malu’ untuk sesi pembatalan air wuduk dan kemudian diviralkan dengan caption yang menunjukkan ‘betapa muslimah’ dan ‘betapa sucinya’ pengantin perempuan yang menjadi bukti dia tak pernah disentuh mana-mana lelaki sebelum ini. Lagi advanced aksi gelabah malu yang ditunjukkan, lagi tinggi darjat dan kesucian wanita itu di mata orang.
Ada yang menggeletar waktu nak salam suami sambil tergelak-gelak meliuk lintuk badannya ke kiri dan ke kanan. Mula-mula tunjuk menggeletar, lepas tu main tarik-tarik tangan, cuit-sentuh sikit-tarik tangan macam kena renjatan elektrik, lepas tu gelak-gelak lagi, lepas tu main cuit tarik cuit tarik – sampai penonton semakin galak mengusik dan suasana pun menjadi riuh rendah.
Sesi sarung cincin yang ringkas dan sepatutnya berlangsung selama 10 saat dengan ucapan alhamdulillah selepas selamat menyarung cincin ke jari masing-masing, akhirnya menjadi satu sesi nakal yang kadangkala diselang seli dengan usikan lucah dan memalukan dari penonton dan memakan masa lebih lama, lantas meletakkan pengantin perempuan yang konon sedia malu itu dalam situasi memalukan yang jauh lebih panjang.
Saya teringat Syeikh saya di Syria dulu pernah berpesan,
“Real muslimah when they feel shy, it shows on their faces and not their inappropriate action. But people know. And people respect them out of knowing that. Just like the story of Musa with daughters of Nabi Syuib alaihissalam…”
Pesanan akhir beliau,
“…. If you really feel shy, you wont giggle out of your shyness. Shyness is an act that uplift a woman. Giggling out of shyness (gedik) just makes women a target for bad and unappropriate jokes..”
Ya, begitulah. Wanita muslimah yang benar-benar malu untuk acara sarung cincin, takkan tergedik tunjuk malu dan membiar diri menjadi bahan gelak dan usikan ramai orang. Yang betul-betul malu, akan kaku (tetapi tetap matang dan mampu memberi kerjasama) lantas menyegerakan proses sehingga tak mengundang apa-apa usikan dan imaginasi liar terhadap mempelai.
Kita ibu yang ada anak perempuan ni, nasihatkan anak-anak gadis kita yang bakal berumahtangga kelak. Jika benar-benar malu dan tak selesa, tangguhkan acara dan jadikan ianya sesi tertutup saja. Simple. Bukan meneruskan acara buat tatapan umum sehingga jadi satu sesi usikan yang menggores maruah wanita. Saya yang lihat, terasa jauh lagi malu. Percayalah, tak sweet pun begitu.
Wanita yang high class adalah wanita yang setiap gerak gerinya terpandu dan membuatkan dia mendapat lebih banyak penghormatan dari orang. Bukan jadi bahan usikan-usikan galak orang sekeliling.
Saya sayang kalian, adik-adik muda yang bakal berumahtangga. Kerana itu saya menulis. Supaya trend ini tak semakin galak dan kian diviralkan. Simpan malu-malu kalian di depan suami dalam saat peribadi kalian. Biar kalian saja yang menikmati saat-saat malu itu. Jangan pertontonkan kepada kami secara percuma. Ianya menggores kemuliaan kalian.
Gemuruh itu normal. Semua orang akan berasa gemuruh. Gemuruh yang akan membuatkan kita ‘alert’ dengan sesuatu. Sebab fikiran kita hanya tertumpu pada satu benda yang dirisau-risaukan. Gemuruh ini adalah ketika kita berasa risau dan takut dengan apa yang akan terjadi. Jadi ada banyak cara nak hilangkan perasaan gemuruh. Antaranya adalah doa.
Ya hayyu ya Qayyum, birahmatikas taghis
Maksudnya: Wahai Tuhan yang Maha Menghidupkan, yang berdiri sendiri tidak memerlukan sesuatu dengan rahmatMu, aku mohon pertolongan
Doa ini merupakan satu sabda Rasulullah daripada Anas Bin Malik. Sebelum apa-apa, kita mohon pertolongan daripada Allah terlebih dahulu untuk memudahkan kita supaya semuanya berjalan dengan lancar. Apa jua perkara yang kita nak hadapi selepas itu.
Allahumma la sahla illa ma ja ‘altahu sahla. Wa anta taj ‘alul hazna iza shikta sahla.
Maksudnya: Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau mudahkan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya
Ini merupakan hadis daripada Anas Bin Malik.
Selepas kita memohon pertolongan daripada Allah untuk keseluruhan proses membuat sesuatu yang kita takut-takutkan, maka kita mohon pula Allah permudahkan supaya semuanya tenang dihadapi oleh kita sendiri.
Nabi Musa pun berdoa: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku
Ini diambil daripada Surah Taha ayat 25-28.
Menurut tafsir, ayat ini menceritakan kisah Nabi Musa yang nak menghadapi Firaun, raja yang paling kejam dan tidak mengenali Tuhan selain dirinya sendiri. Nabi Musa sangat nervous untuk hadapi Firaun. Maka, dibacanya baginda ayat di atas.
La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazholimin
Maksudnya: Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim
Doa ini terdapat di dalam Surah Al-Anbiya ayat 87.
Banyak riwayat daripada At-Tirmidzi, An-Nasaie, Ahmad dan lain-lain menyampaikan yang Rasulullah pernah bersabda, barangsiapa membaca doa ini, maka Allah akan kabulkan permintaannya. Maka mintalah ketenangan jiwa dan kemudahan untuk melakukan apa yang ditumpukan.
Daripada Abu Hurairah RA, “Ketika Rasulullah risau tentang sesuatu, baginda akan pandang (dongak) ke langit dan berkata ‘subhanallahil azim’.
Ini adalah sunnah daripada baginda sendiri ketika risaukan sesuatu. Kalimat ini merupakan antara dua kalimat yang Rasulullah sebutkan ringan di mulut tetapi berat di timbangan amal, menurut hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Maka ucapkanlah kalimat ini dengan lazim.
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Kelapangan hati itu hanya dikurniakan oleh Allah. Maka, bila nak buat sesuatu dan hari pun tidak tenteram, maka kembalikanlah urusan itu kepada Allah. Surah ini mengingatkan kepada kita yang tatkala kesusahan pun adanya kesenangan. Berimanlah dengan ayat Al-Quran. Sedikit sebanyak dapat melegakan kerisauan yang sedia ada.
Sumber:Aku Islam
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berbaki tiga hari lagi, rakyat Malaysia akan menjalankan tanggungjawab masing-masing membuang undi bagi memilih pemimpin negara dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.
Keterujaan dikalangan para selebriti juga semakin memuncak, apabila ramai diantara mereka yang turut berkempen di platform masing-masing.
Namun, bagi pelakon yang sedang meningkat naik dan juga pempengaruh popular media sosial, Sharifah Rose menegaskan, dia hanya akan memberi undi kepada wakil rakyat yang bekerja untuk rakyat, tidak hanya bersandarkan manifesto semata-mata.
Tegas Rose lagi, pemilihan wakil rakyat perlu disusuli dengan kajian terperinci dengan mengkaji apa yang ditawarkan parti itu melalui manifesto mereka.
“ Sebelum undi, saya akan lihat apa yang calon wakil rakyat boleh tawarkan kepada anak muda.
“Bukan itu sahaja, kawasan saya pula selalu banjir, jadi saya cari wakil rakyat yang boleh membantu atasi masalah ini,” katanya.
Memetik laporan Getaran, PRU-15 ini merupakan kali pertama bagi bekas kekasih kepada Aazief Khalid itu membuang undi.
Mengungkap perasaan pertama kali menjalankan tanggungjawab terhadap negara, Rose akui dirinya teruja dan turut mempelawa belia seusianya agar bersama-sama keluar mengundi pada Sabtu nanti.
“Tahun ini pertama kali saya mengundi. Saya harap anak muda di luar sana akan jalankan tanggungjawab sebagai pengundi juga.
“Saya teruja dan gemuruh maklumlah ini pertama kali saya akan mengundi dan masih tak jelas lagi bagaimana prosesnya.
“Keputusan saya undi parti mana biarlah rahsia dan simpan kepada diri sendiri. Ia privasi. Saya lebih selesa begitu,” ujar Rose.
Hijabista mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh rakyat Malaysia, mengundi tanggungjawab bersama, hanya dengan satu undi mampu mengubah masa depan negara!
Berikutan hujan lebat berterusan pada musim tengkujuh kebelakangan ini, mengakibatkan beberapa negeri seperti Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka.
Sehubungan itu, pelbagai Pertubuhan Kerajaan mahupun Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang turun padang menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan musibah banjir itu.
Namun, disebalik misi menyelamat yang selalu kita dengar, kali ini sedikit berbeza apabila figura hebat yang tidak pernah jemu menghulurkan bantuan pada yang memerlukan, Ustaz Ebit Lew bukan sahaja menyantuni mangsa banjir, malah turut menyelamatkan haiwan ketika misi bencana berkenaan.
Perkara berkenaan menjadi sorotan ramai dan berjaya membuka mata masyarakat apabila sebuah video yang dimuatnaik di aplikasi TikTok itu tular.
Menerusi hantaran video berdurasi 58 saat itu memaparkan Ustaz Ebit, yang sedang menaiki bot bersama dua lelaki lain.
Hijabista difahamkan mereka sedang melakukan tinjauan banjir di sekitar Segamat pada ketika itu, sebelum terlihat seekor lembu yang hampir lemas dibawa arus deras banjir dan bertindak menyelamatkan haiwan malang itu dengan menggunakan tali, dan menarik lembu berkenaan ke kawasan yang lebih selamat
Hijabista sempat menjengah ke ruangan komen pada hantaran itu, untjluk melihat respon dan maklumbalas wargamaya sebaik sahaja melihat insiden menyayat hati.
Rata-rata netizen akui tersentuh dan terharu akan kemuliaan hati dan sifat Ustaz Ebit yang membantu setiap makhluk di muka bumi yang ditimpa kesusahan.
Malah, ada segelintir wargamaya yang menyifatkan haiwan berkenaan bakal menjadi saksi di akhirat terhadap perilaku Ustaz Ebit yang mulia itu dan menjadi asbab baginya untuk lebih mudah menggapai syurga Allah.
Sekadar info, daerah Segamat ketika ini merupakan daerah yang mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi di Johor dengan merekodkan seramai 12,258 mangsa daripada 3,511 keluarga.
Oleh itu, Hijabista berharap dan mendoakan semua mangsa banjir dapat diselamatkan dan mempunyai bantuan berupa keperluan makanan asas yang mencukupi untuk meneruskan keberlangsungan hidup sebelum ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) agar keselamatan lebih terjamin.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.