Pelakon jelita, Datin Niena Baharun berkongsi sedikit nasihat buat para wanita di luar sana agar sentiasa berhati-hati dalam mencari pasangan hidup.
Ya, secara dasarnya cinta memang sangat indah namun kadang kala dalam perkahwinan tidak terjadi seperti yang diharapkan. Oleh itu, kaum Hawa perlulah berfikir masak-masak sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati.
Ads
“Nasihat buat semua perempuan di luar sana. Berhati-hatilah dalam mencari pasangan hidup. Kerana perempuan yang paling malang sekali adalah perempuan yang salah memilih lelaki untuk dijadikan suami.”
“Kerana kehidupan seorang perempuan selepas dia sudah bergelar isteri nanti adalah sepenuhnya bersama suami.”
Jelasnya lagi, pilihlah lelaki yang mempunyai ciri yang soleh agar dia dapat mendidik isterinya dengan penuh kelembutan dan hikmah.
Ads
Tak salah memilih rupa namun yang paling penting adalah keikhlasan hati seseorang jejaka itu untuk bersama kita hingga ke Jannah.
Ads
Datin Niena bersama keluarganya yang tercinta.
Benarlah apa yang dikongsikan oleh Datin Niena ini. Jangan hanya kerana cinta semata-mata membuatkan kita menjadi buta dengan perkara sekeliling. Selalu berdoa kepada Allah dan laksanakanlah istikarah agar kita dijauhkan daripada pilihan yang salah. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
“Baru setengah bulan, ada lebih kurang dua minggu lagi baru gaji, tapi duit dalam dompet dah tinggal cukup-cukup makan je..”
Mesti ramai diantara sis yang pernah alami situasi sama macam ni kan? Ini beberapa cara yang boleh sis praktikkan agar beroleh kelapangan rezeki yang tak putus-putus.
Dalam sesi ceramah berkenaan keberkatan rezeki, pendakwah bebas, Ustaz Haryyanto Rizal Rokman ada berkongsi tip-tip yang boleh diamalkan agar rezeki kita lebih terjamin.
“Dalam Islam keberkatan itu penting! Mencari rezeki bukan setakat mencari harta benda sahaja, tetapi keberkatan dalam pencarian rezeki itu juga. Jika hilang keberkatan ini, maka hadirlah kegelisahan, musibah, bencana dan sebagainya.
“Analoginya, rezeki seseorang sudah ditentukan sejak azali lagi dan apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha menjemput rezeki tersebut. Allah SWT menerusi surah Ali ‘Imran berfirman, “Dan apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah”.
Selain itu, perkongsian bermanfaat dari pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Izhar Ariff Mohd Kashim ini juga boleh diamalkan secara konsisten, agar rezeki yang datang sentiasa berkat dan cukup.
Jika anda pernah berhutang dengan sesiapa, disarankan agar anda bayar semula hutang piutang tu, tambahan lagi jika sudah terlanjur berjanji, kerana sekiranya sis mungkir janji, si pemberi hutang tu pasti marah dan menyumpah seranah.
Malah, waktu ni kalau si pemberi hutang tu mendoakan sesuatu, maka doanya dimakbulkan Allah, kerana tergolong dalam kategori mereka yang teraniaya!
Jumlah yang diberi bukanlah soal utama, tak kisah banyak atau sedikit pemberian anda kepada kedua ibu bapa, kerana ia merupakan jalan yang menuntun anda mendapat keberkatan rezeki. Ibu bapa yang gembira, akan sentiasa mendoakan anaknya agar dimurahkan rezeki.
Selain itu, cara ini paling mujarab sekali untuk memberi kelapangan rezeki, iaitu SEDEKAH. Islam amat menganjurkan umatnya untuk bersedekah kerana, jika kita ikhlas ‘berkongsi rezeki’ dengan mereka yang susah, pasti Allah akan melipatgandakan usaha itu dalam bentuk rezeki yang lebih baik.
Berbuat baiklah kepada haiwan, kerana mereka juga makhluk ciptaan ALLAH. Seperti yang kita tahu, haiwan-haiwan ini sentiasa berzikir dan bertahmid kepada Allah, jadi apabila kita melakukan kebaikan terhadap mereka, maka mereka akan mendoakan kesejahteraan buat kita.
Terdapat pelbagai solat sunat yang boleh dilakukan sebagai umat Islam, antara yang paling tepat untuk meminta kelapangan rezeki adalah dengan melakukan Solat Dhuha dua rakaat (minima) yang hanya memakan masa 10 hingga 15 minit je.
Lakukan solat ini secara konsisten dan yakinlah bahawa Allah itu maha pemberi rezeki, serta rahmatnya meliputi sekalian alam, termasuklah kita hambanya.
Dah tau cara lebatkan rezeki kan? Jangan lupa amalkan okay!
Pelakon daripada seberang, Marcell Darwin telah mendalami ilmu agama islam sejak dia memutuskan untuk memeluk Islam pada tahun 2019. Tidak hanya itu, dia juga berusaha mengajar agama Islam kepada anak tunggalnya, Benjamin Qeenan Darwin.
Marcell Darwin mula dikenali di Indonesia sejak berlakon dalam sinetron “Alisha”. Kemudian, namanya semakin mencuri perhatian sejak menjadi bintang filem “Lawang Sewu” pada tahun 2007. Terdahulu, dia memeluk agama Kristian dan memutuskan menjadi mualaf pada tahun 2019.
Aktor berdarah Makassar-Jerman ini akui bahawa sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang bapa untuk membimbing anaknya serta mengajar mengenai agama islam.
“Walaupun saya seorang mualaf, saya belajar sebanyak yang saya boleh, keranaanaksaya yang masih kecil,sayaperlumengajarnyajuga,” kata Marcel Darwin melalui satu temu bual.
Tambahan itu, dia turut bersyukur kerana sering dibantu sang isteri, Manila Faisal. Isterinya banyak membimbingnyadalammenjalankanibadahsesuaiajaranIslam.
“Alhamdulillah, isteri saya dapat membimbing saya dan anak-anak saya dalam mengerjakan solat serta membaca surah-surah pendek.
“Dan perkara yang paling penting ialah mungkin saya boleh belajar lebih cepat daripada anak-anak saya,” katanya.
Sudah tentu, sebagai ibu bapa, pelakon filem ‘Nikah Yuk’ ini sentiasa cuba menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anaknya. Dia turut mengakui terharu dan gembira melihat anaknya mula belajar solat.
“Sebab itu saya boleh mula mengajar anak saya perlahan-lahan, dan ketika anak saya mahu mendoakan saya…Alhamdulillah, ya, walaupun saya masih baru (masuk Islam), terasa macam kami belajar bersama.” , kata Marcell Darwin.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji telatah dan kecomelan anaknya, Qeenan ketika belajar solat serta turut mendoakan agar pelakon itu serta si comel terus istiqamah.
“Masyaalah tabarakallah… Semoga istiqamah di jalan Allah dan bahagia selalu dunia akhirat bersama keluarga. Aamiin…”
“Indahnya😍, semoga berkah selalu dunia akhirat kak sekeluarga aamiin”
“Bapaknya jadi teladan, anaknya sholeh. Masya Allah Tabarakallah…”
“MasyaAllah si soleh Qeenan ‘gemes’ bangat si kamu nakk”
Minggu lalu viral apabila bekas pemain bola sepak sensasi, David Beckham berknjung ke Pavillion Kuala Lumpur. Rata-rata ramai peminat bekas Kapten England ini tidak melepaskan peluang untuk bertentang mata dengan bapa kepada empat cahaya mata ini.
Biarpun usianya sudah menjangkau 42 tahun, namun kelibatnya di pusat beli belah terkemuka itu tetap menjadi buruan paparazi dan jeritan histeria daripada peminat yang cukup fanatik, terutma gadis yang menyambut kehadiranya. Maklumlah suami kepada Victoria Beckham ini masih lagi kacak, tampan dan bergaya.
Malah selebriti lain juga turut hadir ke majlis berkenaan. Antara Fazley Yaakob juga turut menyifatkan Beckham ini begitu merendah diri dan mesra dengan semua orang di sekelilingnya. Beliau dikatakan sentiasa melemparkan senyuman dan bersalam dengan semua yang ada di situ termasuk bodyguard, emcee dan juga organizer.
Dalam keghairahan untuk bertemu beliau, terdapat satu video pendek berdurasi 20 saat ini menjadi tular. Ini disebabkan penolakan seorang gadis Muslimah bertudung hijau yang memakai baju lengan panjang untuk bersalam dengan Beckham.
Gadis ini hanya menunduk hormat tika David Beckham menghulurkan tangan untuk bersalam. Nyata gadis ini cukup tegas dengan pendiriannya dan begitu menjaga auratnya dengan lelaki bukan muhrim. Walaupun di hadapannya adalah seorang lagenda bola sepak terkenal, namun dia tegas dengan pendiriannya.
Bekas bintang kelab Manchester United itu juga turut bersikap profesional dengan hanya mengangguk faham beserta senyuman tanda mengerti dan menghormati keputusan gadis itu. Biarpun hanya beberapa minit, tetapi video ini mendapat reaksi positif daripada netizen.
Ramai memuji tindakan gadis ini yang walaupun teruja bertentang mata dan satu pentas dengan Beckham, tetapi tetap menjaga pergaulannya sebagai gadis Muslimah beragama Islam. Rasanya kalau orang lain pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bersalaman dengan selebriti dari luar negara ini.
Seorang netizen berkata, “Walaupun dapat salam percuma dengan Beckham, dia tetap ingat batasannya sebagai perempuan.”
“Tak ada benda yang nak dimalukan pun sebenarnya kalau orang tak sambut salam kita atas sebab bukan mahram,” kata seorang lagi netizen.
“Berkat ajaran orang tuanya, hebat ibu bapanya mendidik adik tersebut,”kata netizen, malah dikatakan sebagai sesuai dijadikan calon isteri kerana menjaga tatatertib.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.