Kulit kering adalah disebabkan kehilangan keupayaan kelenjar sebum untuk mengeluarkan minyak. Walau bagaimanapun, keadaan kulit kering juga boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor lain. Semasa anda berada di bilik bersuhu rendah, seperti bilik berhawa dingin, keadaan bilik akan sejuk secara beransur-ansur dan ia memberi kesan pada kulit kering.

Penggunaan pencuci muka dengan daya pengelupasan yang kuat juga menjadikan kulit wajah kering, terutama jika digunakan secara berlebihan dalam sehari. Pendedahan kepada unsur kimia seperti klorin ketika berenang juga mendorong kekeringan kulit. Selain itu, kebiasaan mandi terlalu lama dengan air suam juga boleh mengurangkan kandungan air dan minyak pada kulit wajah.

Pilih topeng muka yang bertindak dengan baik dalam melembapkan kulit wajah. Anda yang mempunyai atau tanpa kulit sensitif juga perlu memperhatikan bahan tambahan seperti alkohol, paraben, pewangi, asid hidroksi alfa (AHA) dan retinoid untuk mengelakkan kerengsaan (jerawat).

Berikut cadangan pilihan masker yang sesuai buat mereka yang memiliki kulit kering.

Freeman Hydrating Cactus + Cloudberry Water Gel Mask

Pilihan Masker Khas Buat Si Kulit Kering, Tiada Lagi Masalah Kulit Mengelupas & Kasar
Masker ‘water gel’ ini berperanan menghidrasi kulit wajah dengan berkesan. Kemasan tiubnya mempermudahkan anda setiap kali mengeluarkan ‘gel mask’. Kebaikan kandungan cactus flower extract dan cloudberry seed oil yang terkandung dalam produk ini berfungsi melembapkan kulit kering dengan lebih berkesan, serta menghasilkan tekstur kulit yang lembut dan tampak cerah berseri.

Ads

Kiehl’s Calendula & Aloe Soothing Hydration Masque

Pilihan Masker Khas Buat Si Kulit Kering, Tiada Lagi Masalah Kulit Mengelupas & Kasar
Face mask ini sangat sesuai buat mereka yang mengalami masalah kulit sensitif dan kering. Ekstrak calendula dan aloe vera yang terkandung dalam produk ini membantu melembapkan wajah, serta menenangkan kulit. Ia tidak menyebabkan iritasi dan bersifat lembut pada kulit wajah.

Etude House 0.2 Therapy Air Mask – Pearl

Pilihan Masker Khas Buat Si Kulit Kering, Tiada Lagi Masalah Kulit Mengelupas & KasarKandungan ekstrak mutiara berfungsi sebagai bahan pencerah wajah. Masker lembaran ini sangat sesuai mengatasi masalah kulit yang kusam dan tidak bermaya. Selepas memakai topeng muka ini, kulit wajah anda akan terhidrasi, lembut dan lembap. Masker ini bersifat hypoallergenic, menjadikannya selamat untuk kulit sensitif.

Ads

Laneige Water Sleeping Mask

Pilihan Masker Khas Buat Si Kulit Kering, Tiada Lagi Masalah Kulit Mengelupas & Kasar
Sangat sesuai untuk digunakan oleh anda yang kekurangan waktu untuk merawat wajah. Cukup disapukan sekata ke permukaan kulit wajah, seluruh kandungannya akan bekerja selama anda tertidur nyenyak.

Garnier Black Serum Mask Pure Charcoal Black Algae

Ads

Pilihan Masker Khas Buat Si Kulit Kering, Tiada Lagi Masalah Kulit Mengelupas & Kasar
Sheet mask rumusan Garnier ini mengandungi serum yang pekat. Kandungan charcoal akan menyerap kotoran dari pori-pori kulit wajah secara menyeluruh. Jika mahukan kesan yang lebih menyegarkan, simpan sebentar di dalam peti sejuk. Rasai kesegarannya ketika dipakai pada kulit wajah.

Innisfree My real squeeze mask – manuka honey

Pilihan Masker Khas Buat Si Kulit Kering, Tiada Lagi Masalah Kulit Mengelupas & Kasar
Topeng wajah ini memang sangat menarik kerana ia mengandungi madu manuka yang menjadikan kulit anda lembab dan anjal selepas penggunaannya. Selain itu, ia juga membantu merawat kulit kering dan membuang sel-sel kulit mati. Anda dapat merasai kesannya sendiri dengan hanya sekali penggunaan. Dengan pemakaian yang berterusan kulit anda akan lebih anjal, licin dan kekal lembap.

HIJABISTA: Mereka yang kulit kering perlu menghindari masker berbahan dasar abu vulkanik (clay). Ada tiga jenis masker yang ideal dipadankan dengan kulit kering, iaitu sheet mask, peel-off mask, dan wash-off mask.

Sumber kredit: ProductNation.co Top image: Canva

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI