Selain menjadikan ibunya, sebagai sumber inspirasi untuk memacu kejayaan, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) yang juga Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut melihat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai idolanya. Bukan penampilan penyanyi berhijab ini sahaja yang beliau gemar lihat, tetapi juga turut mengagumi personaliti Datin Norjuma dan juga Neelofa.
“Bagi saya mereka ini sangat powerful dalam bidang masing-masing. Saya tidak menolak jika jodoh dengan wanita berhijab satu hari nanti, tetapi saya tidak mahu melihat hanya kerana paras rupa sahaja.
“Saya melihat secara holistik dan paling penting adalah inti pati dan jati dirinya. Bagi saya sikap itu jauh lebih penting dan itu adalah kriteria utama jika bertemu jodoh satu hari nanti.
“Saya tidak mahu melihat hanya berdasarkan gaya pemakaian seseorng itu sahaja. Contohnya ibu saya dulu juga adalah seorang wanita yang tidak berhijab, tetapi jati diri dan sikapnya sangat baik. Dan apabila ibu sudah berhijab, sikapnya itu tetap berkekalan.
“Jadi bagi saya, saya melihat bukan hanya kerana pemakaiannya pada masa tersebut tetapi lebih kepada sikap dan jati dirinya ketika itu,” ujar YB Syed Saddiq ketika ditanya pandangannya mengenai wanita berhijab.
Ads
Datuk Seri Siti Nurhaliza
Datin Norjuma
Neelofa
Namun menurutnya, walau pun suka pada wanita berhijab tetapi bukanlah bermaksud beliau mengkritik mereka yang tidak berhijab.
Bagi beliau, wanita itu merupakan tulang belakang negara dan kejayaan lelaki itu juga terletak pada wanita yang bersama dengannya.
Sejak menang dalam pilihan raya yang lalu, populariti juara debat asia ini semakin menjadi trending. Setiap hari ada sahaja berita mengenai beliau disiarkan di medium laman sosial.
Ads
Malah gambarnya bersama seorang wanita berhijab yang dikenali sebagai Salmah Jones baru-baru ini juga menjadi viral kerana dikatakan itu adalah teman wanitanya dan dikatakan mahu berkahwin.
Susulan itu, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ini muncul memberi kenyataan berkaitan isu foto tersebut menerusi akaun media sosialnya miliknya, awal pagi Isnin lalu.
“Kenapa ada berita mengatakan bahawa saya ada teman wanita dan bakal berkahwin?
“Mak cakap memandangkan kita dalam semangat demokrasi telus, kena ada sistem tender terbuka di mana mak saya akan menjadi penentunya. Mak masih lucu!,” tulisnya.
Ads
VIDEO PENUH DI SINI
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SYED SADDIQ, CTDK, AIDIJUMA & NEELOFA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semakin ramai selebriti yang mengambil kesempatan megunjungi rumah Allah dan terbaru adalah juara Akademi Fantasia Musim ke 5, Mila Jirin. Dia yang pergi mengerjakan umrah bersama suaminya, Isz Mustapha dan juga anak mereka, Mohd Arif Zikri, berusia 2 tahun dua minggu lepas. Cabaran paling besar dihadapi sepanjang berada di tanah suci apabila ketika mendaki Jabal Nur dengan mengendong anaknya yang seberat 9 kilogram.
Mila yang memuat turut pengalamannya itu di laman sosialnya memberitahu ia adalah satu cabaran besar buatnya kerana dia yang bertubuh kecil dengan hanya berat 42 kilogram.
Menurut Mila proses pendakian amat sukar kerana walaupun ada tangga tetapi tidak sekata. Ada yang tinggi dan ada yang rendah. Makin ke atas pendakian,makin curam.
Walaupun ketika dipetengahan jalan Mila hampir berputus asa tetapi tetap berusaha untuk sampai ke puncak kerana itu merupakan ziarah terakhir sebelum Jabal Nur ditutup untuk lawatan oleh kerajaan Arab Saudi.
Sepanjang pendakian itu, Mila tidak putus beselawat dan berfikir bagaimana Rasulullah boleh sampai ke puncak tanpa tangga dan kudrat isteri baginda yang menghantar makanan setiap hari ketika bersendiriian di Gua Hira.
Bagi Mila juga proses untuk turun mendaki lebih mencabar berbanding ketika mendaki. Malah Mila terasa bergoyang dan bergetar lututnya ketika proses menurun.
Dia akhirnya sampai ke puncak pada aras ketinggian 642m dengan membawa anaknya yang dikendong sepanjang mendaki. Dia tidak membenarkan suaminya membawa anak mereka kerana berselipar Jepun dan agak bahaya untuk pendakian.
Setelah sampai, perasaannya berada di atas menurut Mila tidak tergambar di fikiran kerana pemandangannya sungguh indah.
Namun penyanyi ini tida berpeluang ke Gua Hira kerana laluannya agak mencabar dan bahaya untuk dirinya yang mendukung anak. Dia dan suami hanya melihat dari atas sahaja pemandangan di Gua Hira berkenaan.
Sepanjang berada di sana juga Mila turutn menceritakan pengalamannya membawa anaknya itu solat. Dia sebelum berangkat ada membaca dan belajar cara solat sambil mendukung baby dan juga solat secara duduk.
Mila juga turut membawa ‘baby wrap’ bagi memudahkan untuknya bersolat dan dia hanya solat secara duduk sahaja terutama bila anaknya tidur. Dan alhamdulillah segala urusannya ketika mengerjakan ibadah di rumah Allah itu dipermudahkan walaupun membawa anak kecil.
Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan setelah mendapt pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V . Seluruh ahli keluarga termasuk isteri dan anak-anak merayakan kemenangan ini bersama-sama. Turut hadir memberikan sokongan kepada ayah mereka yang telah terpisah lama sebelum ini. Turut menarik perhatian netizen adalah penampilan keluarga ini yang dilihat tampil cukup sederhana, santun dan juga menutup aurat.
Anwar yang mempunyai 6 orang anak dan lima daripadanya adalah perempuan. Masing-masing begitu menjaga aurat mereka dan lebih gemar bergaya sederhana sesuai dengan penampilan masing-masing.
Selain, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang setia mengenakan hijab kelepet lekap di dahi dengan baju kurung untuk memudahkan pergerakannya. Gaya bekas doktor ini juga tetap sama dari dulu hingga sekarang.
Seperti ibunya, YB Nurul Izzah juga turut menggemari tudung bawal. Malah Ahli Parlimen Permatang Pauh ini juga sudah lebih 20 tahun setiap menggayakan bawal.
Begitu juga gaya adik-adiknya Nurul Nuha, Nurul Ilham, Nurul Iman dan juga Nurul Hana. Masing-masing jika dilihat lebih senang tampil sederhana dengan baju kurung dan juga tudung bawal yang dililit secara ringkas.
Nama instafamous atau influencer ini menjadi viral kerana aksi dalam video dimuat turut mempromosikan produk makanan yang agak keterlaluan sehingga mengudang kemarahan setengah netizen. Walaupun tidak kisah dikecam, tetapi Atireah Zulfatie yang menggunakan nama @Beby_toratora tidak kisah asalkan dapat mencari rezeki untuk keluarga. Dia juga sebenarnya turut pernah dihina kerana saiz badannya yang ketika itu bersaiz 4 XL. Menceritakan pengalaman di laman sosial, dia tidak akan melupakan saat berdepan saat sukar itu.
ok nak crita ni hampa oii.dulu kan aku pakai baju saiz 4xl tau no joke mmg knyataan beb.tapi skrang saiz xl tau wey
bayangkan susahnya nak ubah smpai mcmni skali .kdang2 kan pkiq juga knapa la orang cakap tak pkiq perasaan kita kan?knapa la mlot orang ni jahat sangat .orang mcm kita ni mmg tak layak nak bahagia ka mcmna.buat apapun smua ada ja orang nak mngata itu ini
tak brdosa pun kan jadi orang gemuk ni mentaliti orang skarang sapa yg gemuk ni bnyak penyakit tapi tu laa.apapun aku brsyukur.kerana mlot jahat sstengah manusia yang mnjadikan aku yng skrang..mereka yg merasakan diri mereka trlalu sempurna untuk mencaci orang lain
trima kasih smua.kerana awak smua ,aku bljar bnyak benda belajar apa itu sabar dan brsyukur aku tak kata gemuk tu tak cantik.tapi aku nak sihat sbenaqnya .biaq la apapun orng nak kata aku ja tau diri aku mcmna .ok lpasni nak tukaq dari saiz xl ke saiz m atau l pulak yee .doakan laa yee
btw bangga dngn perubahan diri sndiri!maybe orang rasa mcm snang kot.tapi bagi aku untuk turun berpuluh kg mmg mmerlukan ksabaran yg tinggi.ditambah pulak dngn mlot jahat orng skeliling kita.smoga atierah zulfatie trus tabah dlam menjalankan misinya
yap kena reject,kena hina,kena mngata adalah satu prasaan yg tak bole diluah dngn kata2 ?kdang2 bole nangis sndiri beb and kita sndiri tak prcaya diri kita dan tak yakin dngn diri sndiri ..orng skrang ckap mana pkiq hati dan prasaan orng lain ?mereka dilahirkan untuk mengkritik manusia lain !jadi kita la yg kena jadi kuat ..jangn ubah diri kita untuk orng lain tapi ubah untuk diri sndiri guys
yg dok mngata kita masih di tempat yg sama tapi kita yg kena kritik ni dh makin lompat ke tahap yg lebih tinggi siapa sangka kita dh brapa di tahap ni?siapa sangka tirah dh turun 20kg yap alhamdulillah tira dh brubah bnyak dari dlu eh biaq la apa oqng nak kata!depa bagi kita duit ka?dak kan?so knapa perlu kisah dngn mulut orng.cantikkan diri,kejaq masa depan ,sbb apa tau?kejayaan sdang menanti kita di hadapan..yaa impian tira nak kurus tahun 2019 pasti trlaksana eh orng lain boleh,awat kita takboleh kan??prcaya diri sndiri tu penting guys!! Alhamdulillah ..nak tips boleh tngok highlight story tira yaa
Dia yang mempunyai follower seramai 338 pengikut ini turut berkongsi tip dia menurunkan berat badannya sehingga 20 kilogram walaupun Beby Toratora ini sering membuat review produk makanan.
Sebenarnya semangat wanita ini cukup dikagumi. Walaupun menyedari diri sedikit kekurangan, tetapi dia seorang yang kuat bekerja demi menyara keluarga terutama ibunya yang juga seorang ibu tunggal.
Melalui paid review makanan yang dibuat di laman instagramnya, pendapatan BebyToratora dikatakan mencecah 10 ribu sebulan. Dia sering memuat turut video dengan aksi menyelerakan ketika sedang menjamu selera.
Menggunakan loghat utara lagi membuatkan video yang dimuat turut sering mendapat view tinggi kerana sikapnya yang bersahaja dan tidak control cun hingga digelar ‘queen of food’.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.