Pilih Konsep Sederhana, Syafa Motif Viral Selamat Bergelar Isteri Kepada Jejaka Pilihan

Share

Siapa yang selalu menonton rancangan Motif Viral pasti kenal dengan nama Syafa atau nama sebenarnya Syafawati Khairunnisa. Baru-baru ini, pengacara yang terkenal dengan telatah lucunya itu telah selamat bernikah dengan cinta hatinya yang bernama Rezza.

Mengidamkan majlis yang sederhana, segalanya serba serbi indah mengenai perkahwinannya apabila dihadiri kaum keluarga dan teman rapat yang semestinya hadir menyerikan majlis. Mari kita lihat foto indah perkahwinan mereka.

Segala persiapan dilakukan sendiri (DIY) oleh keluarganya sendiri daripada pelamin hinggalah ke cenderahati buat tetamu.

Rakan-rakan sekerja yang juga teman rapat turut menangis terharu menyaksikan akad nikah Syapa.

Seri wajah dan senyuman bahagia seorang pengantin. Cantik sangat!

Tahniah buat Syapa dan suami. Hijabista mendoakan semoga perkahwinan ini sentiasa diberkati Tuhan dan berkekalan selama-lamanya hingga ke Jannah.

 

IKLAN