Siapa yang selalu menonton rancangan Motif Viral pasti kenal dengan nama Syafa atau nama sebenarnya Syafawati Khairunnisa. Baru-baru ini, pengacara yang terkenal dengan telatah lucunya itu telah selamat bernikah dengan cinta hatinya yang bernama Rezza.
Mengidamkan majlis yang sederhana, segalanya serba serbi indah mengenai perkahwinannya apabila dihadiri kaum keluarga dan teman rapat yang semestinya hadir menyerikan majlis. Mari kita lihat foto indah perkahwinan mereka.
Segala persiapan dilakukan sendiri (DIY) oleh keluarganya sendiri daripada pelamin hinggalah ke cenderahati buat tetamu.
Persoalan mengenai status hubungan aktres terkenal, Mira Filzah akhirnya terjawab apabila beliau mengakui statusnya yang sudah berpunya sewaktu ‘Facebook Live’ bersama Ustazah Asma Harun dalam segmen Bual Bicara Santai Pengorbanan.
Menerusi siaran atas talian tersebut, Ustazah Asma telah bertanyakan mengenai status Mira samada masih solo atau sudah berpunya.
Pelakon itu dengan jujurnya telah mengakui sudah berpunya dan kedua-dua belah pihak keluarga juga sudah bertemu bagi menbincangkan mengenai masa depan mereka bersama.
Terdahulu, Mira sebelum ini dikatakan sedang menjalin cinta bersama Wan Emir yang merupakan anak kepada seorang ahli politik.
Confirm ramai lelaki patah hati lepas dengar jawapan dari @mfmirafilzah ni. 😂😂 #sharERA #DudukRumah #Kekaltenang #hapusCOVID19 #Kamicare
Jelas Ustazah Asma, status Mira ini sebenarnya sudah dikira sebagai tunangan orang dalam Islam sekiranya kedua belah keluarga sudah bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan cuma secara adatnya sahaja belum berlangsung.
Dalam pada masa yang sama, pendakwah tersebut turut mendoakan kebahagiaan buat pelakon tersebut dan berharap ikatan perkahwinan di antara Mira dan pasangannya dipermudahkan jalannya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini tular satu video di Tiktok pengantin lelaki yang berasal dari Jepun telah melafazkan ijab kabul dengan menggunakan bahasa Jepun dan telah menarik perhatian ramai. Memang luar biasa!
Perkahwinan merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW yang dituntut dan digalakkan oleh Islam bagi mereka yang berkemampuan serta cukup memenuhi syarat. Dalam Islam, perkahwinan bukan hanya semata-mata sebagai penyatuan dua jiwa dan soal cinta, tetapi ia merupakan ibadah dan kepentingan untuk memikul tanggungjawab di antara suami dan isteri.
Antara syarat sah yang juga menjadi rukun nikah dalam Islam adalah lafaz akad nikah. Di Malaysia, lafaz tersebut kebiasaanya dilafazkan menggunakan bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu. Namun berbeza buat pasangan ini!
Video yang tular baru-baru ini telah dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @Ajwad Azizan, iaitu abang kepada pengantin perempuan tersebut. Video perkahwinan yang ‘luar biasa’ ini juga telah mendapat perhatian netizen serta meraih lebih 1.1 Juta tontonan dan 99.3K kesukaan.
Video yang dikongsikan mempamerkan momen ketika adik perempuannya sedang bernikah bersama dengan pasangannya yang berasal dari negara matahari terbit iaitu Jepun. Pasangan tersebut kelihatan begitu manis berpakaian putih sedondon.
Dalam video tersebut, kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Yoshiki sedang bersalaman dengan bapa pengantin perempuan sambil melafazkan akad dengan menggunakan Bahasa Jepun menandakan bahawa bermulanya kehidupan baru mereka sebagai suami isteri.
Disebabkan perbezaan bahasa, majlis perkahwinan itu menggunakan perkhidmatan ‘translator’ atau penterjemah bagi memastikan majlis itu berlangsung dengan lancar.
“Nikah dengan orang Jepun akad kena ada translator (penterjemah bahasa). Abang ipar dua orang pandai cakap jepun, sorang terjemah sorang lagi jadi saksi,” kata Ajwad.
Ajwad turut memaklumkan bahawa mas kahwin yang diterima oleh pengantin perempuan juga berbentuk duit Jepun (Yen). Tambahan itu,terdapat juga netizen yang gigih menukar semula nilai mata wang kepada Ringgit Malaysia.
Ketika ditanya mengenai momen perkenalan pasangan tersebut, Ajwab menyatakan bahawa pasangan tersebut bertemu buat kali pertama ketika adiknya bekerja di Jepun.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira dan teruja melihat penyatuan pasangan tersebut. Ramai yang mengatakan ia merupakan sesuatu yang “rare” serta sempat berseloroh menggunakan bahasa Jepun.
Netizen juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah dan turut mendoakan agar hubungan pasangan ini kekal ke Jannah.
“Seronok kahwin campur ni. boleh belajar budaya dan bahasa lain…”
Baru-baru ini, penyanyi pujaan negara, Dato Sri Siti Nurhaliza yang juga mesra disapa TokTi telah mengadakan sambutan hari jadinya bertemakan Barbie bagi memenuhi permintaan anak tersayang, Siti Aafiyah.
Begitu teruja menginap di bilik hotel yang bertemakan Barbie di The Grand Hyatt Kuala Lumpur, gelagat dan aksi Aafiyah mencuri tumpuan ramai hinggakan dia ‘speaking’ kerana terlalu seronok apabila mimpinya menjadi nyata.
Kebahagiaan seorang ibu bila melihat anak gembira .. Staycation sempena ulangtahun kelahiran saya di @grandhyattkualalumpur memang kenangan yang sangat manis bila mana pihak hotel membuat promosi penginapan bertemakan ‘Barbie’ , Saya terus ambil keputusan untuk bermalam di sini.. Aafiyah orang paling excited & happy bila saya bagitau nak staycation di bilik Barbie .
Sebelum check in, setiap hari dia ingatkan saya bila ibu kita nak stay kat bilik Barbie..😅 Alhamdullillah, hari check in ke bilik Barbie , Aafiyah betui betui teruja !! Tengoklah gelagat dia… Saya pun tak sangka ayat ayat yang keluar dari mulut dia .. hahahaha.. Nak tengok sepenuhnya , boleh ke Youtube saya ye.. Tq @grandhyattkualalumpur kerana merealisasikan impian Aafiyah dan banyak pengalaman menarik akan saya kongsikan lagi nanti..
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.