Mempunyai wajah yang kelihatan awet muda sememangnya menjadi impian ramai. Tidak dapat dinafikan, wajah yang kelihatan awet muda juga dipengaruhi oleh genetik. Walau bagaimanapun itu bukan bermakna ia sesuatu yang mustahil untuk anda ‘miliki.’

Tahukah anda dengan penjagaan wajah yang konsisten, pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang sihat, anda mampu kelihatan awet muda, mungkin 10 tahun lebih muda usia sebenar anda.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Berikut adalah beberapa petua kecantikan untuk kulit wajah agar kelihatan muda selain mudah dilakukan:

PAKAI SUNBLOCK/SUNSCREEN

Melindungi kulit wajah daripada sinaran cahaya matahari sangat penting untuk merawat kulit wajah agar kelihatan lebih muda. Ia dapat mencegah munculnya kedutan yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran ultraviolet.

Photo by Anna Tarazevish for Pexels

Harus diingatkan bahawa meskipun berada di dalam rumah, anda tetap perlu menggunakan sunblock/sunscreen dengan kerap. Sinaran ultraviolet diketahui melalui kaca dan menimbulkan risiko yang sama.

Banyak produk sunblock/sunscreen yang dijual di pasaran. Pastikan anda membeli sunblock/sunscreen yang sesuai dengan jenis kulit anda. Pilih sunblock/sunscreen dengan SPF 30 atau lebih seperti yang disyorkan oleh pakar dermatologi.

IKLAN

MAKAN BUAH-BUAHAN YANG MENGANDUNGI AGEN ANTI PENUAAN 

Petua kecantikan yang paling mudah dilakukan adalah dengan mengambil perhatian tentang soal diet. Ada pelbagai bahan makanan semula jadi di sekitar kita yang dapat melambatkan penuaan, seperti buah-buahan.

Photo by alleksana from Pexels

Buah betik misalnya, mengandung vitamin A, B, E, K, magnesium dan kalium yang berfungsi mengekalkan keanjalan kulit. Selain buah betik, avokado juga mampu meningkatkan pengeluaran kolagen dalam tubuh. Ia menyumbang untuk mengurangkan kedutan dan menjadikan kulit lebih halus. Makan buah-buahan ini secara terus tanpa memasak agar tubuh mendapat pengambilan vitamin yang lengkap.

DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

Tidur yang cukup dapat menjadikan wajah anda kelihatan segar. Kurang tidur akan menyebabkan terjadi lingkaran gelap di bawah mata dan menjadikan wajah anda kelihatan letih sehingga anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

IKLAN

Tubuh memerlukan waktu tidur antara 7 hingga 8 jam sehari untuk memulihkan dan menyegarkan tisu tubuh. Menurut pakar dermatologi, sel kulit baru tumbuh lebih cepat ketika manusia tidur. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum tidur dengan produk yang dapat membantu meremajakan kulit wajah.

RAJIN-RAJINLAH BERSENAM

Menurut penyelidikan di Universiti McMaster, aktiviti sukan seperti berlari, berenang dan berbasikal dapat membantu melambatkan penuaan. Ini kerana senaman dipercayai dapat melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel kulit.

IKLAN
Photo by Elly Fairytale from Pexels

Ini dibuktikan dengan penyelidikan beberapa sukarelawan berusia sekitar 65 tahun. Mereka diminta untuk bersenam dua kali seminggu selama tiga bulan. Hasilnya mereka mempunyai kulit yang kelihatan seperti individu yang berusia 20-40 tahun.

Terbukti, senaman secara teratur cukup signifikan untuk menjadikan wajah kelihatan awet muda. Berdasarkan penyelidikan Universiti Brigham Young, setiap orang disyorkan untuk bersenam antara 30 hingga 40 minit sehari, sekurang-kurangnya lima hari seminggu.

HIJABISTA: Tidak semestinya anda hanya perlu memakai kosmetik mahal. Berbekalkan sedikit usaha dan kerajinan, anda boleh terus mengekalkan wajah awet muda dengan memanfaatkan bahan semula jadi yang ada di sekitar anda. 

Sumber kredit: Top image: Instagram Rozita Che Wan