
Masalah jerawat yang tumbuh di wajah memang boleh membuatkan kita hilang mood. Bukan itu sahaja, ia juga menyebabkan kita tiada keyakinan diri untuk berdepan orang luar.
Lebih-lebih lagi jika jerawat ini tumbuh seketul besar di tengah pipi atau hidung ataupun tumbuh secara ‘berjemaah’ di kiri atau kanan pipi. Memang mengambil masa untuk memulihkannya. Jika kita tidak berbuat sesuatu ia akan kekal begitu dan meninggalkan parut.
Pelbagai cara dilakukan sama ada rawatan secara moden atau tradisional. Bercerita bab tradisional, sis nak kongsi cara mengatasi kulit kusam akibat jerawat ini dengan menggunakan kulit pisang sahaja, caranya cukup mudah dan memang menjimatkan.

Pisang bukan sahaja enak dimakan dan sesuai utntuk atasi masalah penghadaman, ia juga mempunyai khasiat luar biasa untuk kecantikan kulit wajah.
Dipetik daripada Style Craze, kulit pisang dikatakan mampu mengatasi masalah kulit terutama yang berjerawat dan hasilnya pasti tidak mengecewakan. Jika kerap diamalkan, masalah kulit utama wanita ini pasti dapat diatasi.
Caranya adalah seperti berikut:
1. Gosokkan kulit pisang pada wajah sehingga warna kulit menjadi hitam.
2. Lakukan proses ini selama 10 minit
3. Biarkan sisa-sisa kulit pisang tersebut melekat pada wajah untuk satu malam.
4. Ulang setiap malam sebelum tidur.
Buat Hijabi Kulit Berminyak Ini Senarai Skrub Yang Tidak Merengsakan Kulit Wajah

Sel dalam badan sentiasa diperbaharui dan sel mati akan terkumpul pada permukaan kulit. Jadi, penting bagi kita menggunakan skrub wajah untuk menghilangkan sel mati pada kulit wajah. Untuk kulit wajah dengan iritasi, pilihlah skrub wajah yang kurang kasar bagi mengelakkan luka pada kulit wajah menjadi lebih lebih teruk.
Bagi anda yang memiliki kulit berminyak, skrub wajah amat penting bagi memastikan kulit wajah sentiasa bersih dari kotoran. Mungkin anda masih tercari-cari skrub wajah yang sesuai untuk digunakan. Berikut dikongsikan list produk skrub yang sesuai digunakan oleh mereka yang memiliki kulit berminyak.
.
GARNIER PURE ACTIVE ANTI-ACNE WHITE ACNE & OIL CLEARING SCRUB
Skrub ini diperkaya dengan bahan seperti herba pembaik pulih dan asid salisilik. Skrub 6 dalam 1 ini bukan hanya mencegah muka anda daripada berminyak malah ia juga membantu bagi mengurangkan jerawat, bintik hitam, liang tersumbat, kemerahan dan juga parut. Amalkan penggunaan 2 kali seminggu bagi mendapatkan kesan yang menakjubkan dan jangan risau kerana ia skrub yang halal.
.
NANO WHITE FRESH ANTI DULLNESS SCRUB
Skrub ini mempunyai bahan yang diperbuat daripada minyak pokok teh, alga dan vitamin C. Ia dirumus khas untuk kulit berminyak dan kusam bagi mengembalikan seri kecantikan kepada wajah. Malah, ia juga dapat membuang sel-sel kulit mati di wajah anda agar wajah kekal bersih dan berseri.
.
EUCERIN PRO ACNE SOLUTION SCRUB
Eucerin Pro ACNE Solution Scrub membantu kulit anda bebas minyak dan juga menghilangkan kotoran tanpa mengeringkan kulit. Ia bertindak membersih dengan perlahan tanpa mengelupaskan kulit. Ia turut berfungsi membuang sel-sel kulit mati yang menyebabkan kemunculan bintik hitam. Skrub ini dirumus khas untuk kulit berminyak dan boleh digunakan semasa kehamilan.
.
DERMALOGICA BLACKHEAD CLEARING PORE CONTROL SCRUB
Hanya perlu gosok dan kulit wajah anda bebas dari masalah. Skrub ini diformulasikan dengan Teh Pokok, Menthol dan Meadowsweet yang terkenal dalam menenangkan dan menyejukkan kulit. Kandungan microbeads pula turut membantu membuang sel kulit mati dan membersihkan pori tersumbat. Amalkan penggunaan 2 kali seminggu bagi mendapatkan kulit yang bersih dan sihat.
.
GARDEN OF EDEN GENTLE EXFOLIATING FACIAL SCRUB
Rasai kebaikan skrub muka ini sendiri kerana ia membantu mencerahkan kulit, mengelakkan pengelupasan, membuang sel kulit mati dan mengekalkan hidrasi kulit wajah anda. Ia skrub yang dirumus dari bahan yang baik untuk kulit anda seperti minyak zaitun, jojoba, ekstrak delima dan ekstrak akar licorice. Selepas penggunaan anda akan merasakan kulit yang bersih dan bebas minyak. Jangan risau kerana skrub ini bebas dari bahan pewangi dan paraben.
.
CLINELLE SKIN SMOOTHING SCRUB WITH MARINE BEADS
Skrub ini datang dengan gabungan ekstrak dan vitamin yang memiliki sifat menenangkan bagi mengekalkan keanjalan. Ia juga berfungsi untuk meminimumkan garisan halus dan minyak yang berlebihan pada wajah. Lidah buaya yang terkandung dalam produk ini juga baik untuk memberi ketenangan bagi kulit yang sensitif dan juga merawat kulit wajah anda.
.
MELVITA NECTAR PUR ORGANIC MASK & SCRUB
Skrub wajah 2 dalam 1 ini dapat membantu menghilangkan sebum yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit dan membersihkan kulit wajah dengan lembut. Yang lebih menarik tentang skrub ini, ia boleh dijadikan mask dan dalam masa yang sama skrub untuk wajah. Dengan bahan seperti peppermint, dapat membantu mengimbangi minyak pada kulit wajah.
.
Dengan pemilihan skrub wajah yang tepat, tidaklah terjadinya masalah alahan pada kulit. Skrub wajah selalunya dipakai dua kali seminggu. Jadikannya sebagai rutin setiap minggu bagi mendapatkan hasil yang berkesan.
Sumber kredit: productnation.co
Juara Paralimpik Beatrice Vio Menjadi Wajah Baharu L’Oréal, Tampilkan Kecantikan Dan Keunikann Dirinya

“Bebe” Vio telah diperkenalkan kepada dunia seni pedang sejak awal lagi pada usia 5 tahun dan serta-merta jatuh cinta dengan sukan elegan ini. Jadi keputusan untuk membawa kemahirannya ke peringkat Olimpik menjadi mudah.
Penyakit mengejut menyebabkan Vio tidak menggunakan keempat-empat anggota badannya, tetapi dia tidak berputus asa dengan impiannya untuk mendapatkan pingat emas. Sebaliknya, dia telah mencapai matlamatnya dan memberi inspirasi kepada beribu-ribu orang dengan ketabahan dan keyakinannya.
Terselamat daripada penyakit yang membawa maut
Kini, juara Paralimpik yang terkenal di dunia, Beatrice “Bebe” Vio menjalani kehidupan sebagai seorang remaja biasa. Dia seorang pemain pedang, artis dan pengakap. Pada umur 11, dunianya terbalik kerana Vio dijangkiti meningitis.
ARTIKEL BERKAITAN: Duta Piala Dunia 2022 Digelar Budak Ajaib Qatar, Latar Belakang Ghanim Al-Muftah Luar Biasa
Penyakit itu datang secara tiba-tiba dan berkembang secara akut dalam masa tiga hari sahaja. Doktor terpaksa memotong lengan Beatrice di bawah siku dan kaki di bawah lutut. Ini meletakkan atlet muda itu dalam 4% orang yang dapat kembali ke kehidupan harian mereka. Vio telah keluar dari hospital selepas 3.5 bulan, selepas beberapa siri pembedahan plastik untuk cantuman kulit.
Bebe Vio mengakui bahawa selepas kehilangan anggota badannya, dia dibelenggu oleh keraguan dan persoalan. “Kebimbangan terbesar saya kerana tidak mempunyai tangan ialah bagaimana saya boleh bersukan dan melukis?” Ibunya, Beatrice berkongsi kebijaksanaannya, sukan lawan pedang dan seni bukan datang dari tangan, tetapi dari fikiran.
Bebe terus melakukan apa yang dia suka dan menjadi sangat berjaya melakukannya. Tetapi lucu untuk mengetahui bahawa dia tiba di kelas lawan pedang secara tidak sengaja, kerana disalah anggap sebagai kelab bola tampar. Seperti yang dikatakan oleh juara itu sendiri, anda tidak tahu bila dan di mana anda akan jatuh cinta dengan sukan yang anda mainkan.
Juara Paralimpik dua kali
Sepanjang tahun selepas pembedahannya, Beatrice bekerja keras untuk memulihkannya. Dia terpaksa mempelajari semula cara berjalan, memegang objek di tangan prostetiknya dan sudah tentu, sukan lawan pedang. Pada 2012, Vio memenangi pingat emas di Kejohanan Itali dan perak di Kejohanan Dunia, kemudian melayakkan diri ke Paralimpik di Rio de Janeiro pada 2016. Dari Brazil, Bebe membawa pulang emas terhormat. Empat tahun kemudian, Vio mengulangi kejayaannya di Paralimpik di Tokyo.
Pada 2017, Vio dinobatkan sebagai Ahli Sukan Terbaik Dunia Laureus Orang Kurang Upaya. Sejak itu, dia bukan sahaja terus bersaing dengan cemerlang, tetapi juga membantu golongan muda yang kurang upaya. Bersama ibu bapanya, Vio mengendalikan badan amal yang dipanggil Art4sport: “Saya dan ibu bapa saya memutuskan untuk menubuhkan persatuan untuk membantu kanak-kanak yang diamputasi menikmati keindahan kehidupan melalui sukan.”
Hasilkan buku autobiografi
Bebe bercakap tentang kehidupannya yang mengagumkan bukan sahaja di media sosial dan dalam pelbagai temu bual, tetapi juga dalam autobiografinya, I Have a Dream. Membaca buku ini, seseorang menyedari betapa lengkapnya pengalaman manusia dengan penerimaan diri:
“Dear World! Saya seorang wanita yang bertuah! Saya berbaik-baik sahaja dengan empat pasang kaki saya, tangan Robocop saya dan kesan pada muka saya yang berparut. Saya tidak akan mengiktiraf diri saya lagi tanpa mereka.”
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Musim Panas Di Jepun 2020, Sediakan Masjid Begerak Memudahkan Umat Islam Jalani Kewajipan
Dia menjadi wajah L’Oréal
Atlet muda itu menunjukkan contoh yang memberi inspirasi kepada seluruh dunia. “Tiada mimpi terlalu besar dan anda tidak seharusnya takut untuk bermimpi. Walau bagaimanapun, anda mesti bekerja dengan gigih dan dengan keyakinan.” Bakatnya untuk memberi inspirasi kepada orang lain tidak disedari. Pada 2022, Bebe Vio menjadi wajah antarabangsa gergasi kosmetik L’Oréal Paris.
Vio ialah salah seorang ahli termuda kempen pengiklanan. Dia merancang untuk menggunakan platform itu untuk memberi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia dan sudah tentu, meningkatkan kesedaran tentang kekuatan orang kurang upaya. Impian Bebe adalah untuk setiap wanita akhirnya menyedari kecantikan, kepentingan dan keunikannya sendiri.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Kulit Jadi Teruk Sebab Nyamuk Gigit. Ini Tumbuhan Yang Boleh Bantu Halau Nyamuk Dekat Rumah!

Siapa dekat sini perasan nyamuk selalu gigit korang? Mesti rasa geram bila kena gigit. Terutama sekali bila ia meninggalkan kesan. Tahukah anda anda cara semula jadi yang anda boleh gunakan iaitu menanam pokok halau nyamuk?

Nyamuk merupakan binatang yang mudah tertarik kepada persekitaran, terutama sekali benda yang hidup dan ini termasuklah tumbuhan tertentu. Walaupun nyamuk menggigit manusia akan tetapi nyamuk tidak hidup bergantung dengan darah yang dihisapnya. Akan tetapi hanya nyamuk betina sahaja yang menggigit dan menjadikan ia makanan untuk telurnya.
Ada ke tumbuhan yang boleh menghalau nyamuk? jawapannya adalah Ya! Ada beberapa tumbuhan yang boleh jadi penghalau nyamuk di rumah anda. Terdapat beberapa tumbuhan yang mempunyai bau yang kuat sehingga ia boleh menutup bau diri anda atau mengelirukan nyamuk tersebut.

Bagi anda yang inginkan jalan penyelesaian yang semula jadi seperti tidak mahu menggunakan spray dan ingin mengelak dari alahan, jangan risau kerana sudah pasti ada tumbuhan penghalau nyamuk adalah yang terbaik untuk anda.
Pokok menghalau nyamuk luar dan dalam rumah!
1. Serai wangi atau Citronella

Ia adalah bahan popular untuk menghalau serangga dan nyamuk secara semula jadi. Serai ini boleh ditanam di halaman rumah anda. Tumbuhan serai wangi ini dapat bertahan sebagai pelindung nyamuh untuk tempoh 2 jam. Ianya kerana minyak akan menyejatnya dengan cepat.
Sewajarnya untuk anda menanam serai wangi ini di kawasan yang boleh memebesar sehingga 6 kaki tinggi dan 6 kaki lebar. Jangan tersalah serai ya! Serai yang biasa digunakan dalam masakan berbeza dengan serai wangi ya! Ia boleh menghalau nyamuk juga tapi tidak sehebat serai wangi ini.
Artikel Berkaitan: Wangian Bombshell Victoria Secret Bukan Sekadar Wangi Tapi Boleh Halau Nyamuk
2. Pudina menghalau nyamuk di dalam.

Mentha x piperita, tumbuhan ini akan membiak dengan banyak jika dibiarkan. Akan tetapi ianya tidak invasif seperti tumbuhan lain dalam keluarga pudina. Minyak dari pudina ini bagus untuk menghalau nyamuk dan juga membantu melegakan ketidakselesaan akibat digigit nyamuk yang gatal.
Daun pudina mempunyai aroma yang sangat kuat, menyegarkan dan akan menenangkan manusia tetapi tidak untuk serangga ini. Jadi tanam di dalam rumah.
3. Tanaman pokok Lavender

Pokok Lavender ini bukan sahaja cantik malah membantu untuk menghalang nyamuk. Menurut kajian, pokok lavender ini dapat menangkis spesies nyamuk untuk tempoh 6 hingga 8 jam. Menanam tumbuhan wangi ini di sekitar rumah juga boleh menarik perhatian pendebunga bagi membantu memperbanyakkan limpahan bunga ungu.
tip untuk menanam Lavender, pastikan jarak antara tanaman kira-kira 2 hingga ke 3 kaki agar ia tumbuh dan membiak dengan baik di bawah sinaran matahari.
4. Pokok Bunga tahi ayam
Walaupun namanya tidak seberapa tetapi pokok bunga ini cantik dan mempunyai warna yang sangat menyerlah. Lantana Camara ini tidak disukai oleh nyamuk kerana bau yang sangat busuk. Tambahan pula apabila ia dihancurkan sehingga lumat.

Anda juga boleh meletakkan pokok bunga tahi ayam yang kecil di dalam rumah. Akan tetapi jika baunya agak mengganggu, letaklah di luar rumah berdekatan dengan bekas takungan air, pasu atau baldi mahupun saluran longkang.
Artikel Berkaitan: Mula Gatal-gatal Lepas Maghrib Bukan Sebab Kena ‘Ludah’ Dengan Jin, Doktor Ini Kongsi Faktanya
Akhir kata, anda juga perlu menitikberatkan kebersihan kawasan persekitaran rumah untuk mengawal kawalan nyamuk terbaik. Anda perlu pastikan tiada air yang bertakung atau terbiar di kawasan rumah kerana nyamuk suka membiak di situ. Nyamuk juga merbahaya kerana ia boleh menjangkiti seperti malaria, demam denggi, ensefalitis atau virus Zika. Ingatlah, mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat. Elakkan selagi boleh!
Sumber: Hellodoktor!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.