
Ada pelbagai cara untuk menguruskan badan setelah berat berlebihan. Lain orang lain cara dietnya. Ada yang menggunakan pil, makan suplemen dan mengamalkan diet untuk kurus.
Namun semua itu bergantung pada usaha dan kesungguhan, barulah akan nampak hasil diidamkan.
Perkongsian wanita ini Irni Safran yang memberitahu petua kurus ekspress tapi dengan bajet murah dan sangat mudah diamalkannya.
Menurutnya kesan detox ini adalah 7 kali ganda berkesan dari detox biasa. Malah efeknya memang terbukti berkesan dalam sejarah detox. Bukan sahaja akan kurus, badan juga akan rasa sangat ringan.
Bukan itu sahaja, detox ini juga berfungsi sebagai toksin dan kerak-kerak usus jadi cair. Ini akan menyebabkan perut kempis dengan cepat.
Petua Kurus Express Bajet Murah
Tersangat mudah.
Saya nak kongsi rahsia detox 7 kali ganda berkesan daripada detox biasa. Detox ini paling berkesan dalam sejarah detox dan comfirm kaw
Petua ni menakjubkan. Bukan sahaja kurus, dalam seminggu sahaja rasa sangat ringan badan. Toksin dan kerak-keraj usus pun cair. Seminggu. Perut dah kempis.
Bahan-bahan Diperlukan
Sebiji epal
Sebiji lemon – dipotong
Sedikit Halia
Cara membuat:
Rebus semua bahan dan ambil airnya. Biarkan suam dan boleh diminum mengikut kesesuaian. Untuk sedap boleh disejukkan dalam peti sejuk dan kemudian diminum.
Cara Memilih Kanta Lengkap Dan Cadangan Jenama Terbaik Untuk Newbies

Bagi yang memiliki permasalahan rabun, pasti sudah penat menggunakan kacamata. Walaupun lebih praktikal memakai kacamata terkadang membuat sebahagian daripada anda ternganggu , apalagi jika harus menghadiri acara penting dan ingin tampil cantik. Jadi, kalau sudah begitu, cuba ganti kacamata anda dengan kanta mata lengkap.
Selain membantu penglihatan menjadi lebih baik, kanta mata lengkap juga membuat mata menjadi lebih indah. Berikut cara memilih kanta lengkap yang terbaik untuk newbies dan cadangan kanta mata lengkap yang terbaik, selamat dan selesa untuk anda.
Cara Memilih Kanta Lengkap Untuk Newbies
1. Sesuaikan dengan keadaan mata
Kanta lengkap dipakai di mata , tentu sekali perkara pertama adalah sesuaikan dengan keadaan mata.
- Jika mata anda rabun, pilihlah kanta lengkap dengan angka kerabunan yang betul dan yang sama dengan kacamata kamu.
- Sebaliknya, jika mata kamu normal, kanta lengkap akan sangat berguna untuk menambahkan gaya pada wajah.
Selain itu, kanta lengkap memiliki kadar air yang berbeza-beza. Kadar air ini berfungsi untuk menjaga kelembapan mata. Normalnya, kanta lengkap memiliki kadar air sebanyak 48%. Di bawah peratus ini, akan membuat mata lebih cepat kering.
Ukuran diamater kanta lengkap pun bervariasi, tetapi kanta lengkap dengan diamater sekitar 14 mm akan sangat selesa digunakan kerana sesuai dengan ukuran bola mata manusia.
2. Kanta Lengkap Lut Sinar, Berwarna, Atau Bercorak?
Pertanyaan ini seringkali membuat pemula buntu untuk memilih kanta lengkap yang tepat. Walhal, pemilihan warna kanta lengkap bersifat subjektif.
- Pemilihan kanta lengkap boleh dilihat dari fungsi atau penggunaan anda.
Kalau anda hanya ingin menggunakan kanta lengkap sebagai pengganti kacamata, kanta lengkap lut sinar adalah pilihan terbaik. Tetapi, kanta lengkap berwarna atau bercorak akan terlihat sesuai ketika dipakai untuk sessi fotografi atau menghadiri majlis-majlis tertentu.
- Pemilihan kanta lengkap juga boleh dipadankan dengan warna kulit.
Kulit putih umumnya lebih bebas memilih warna apa pun, sedangkan kulit kuning langsat dan sawo matang akan terlihat natural dengan warna gelap dan coklat.
3. Semak Kualiti dan Penjagaan Kanta Lengkap
Selain semak kadar air serta diameternya, anda juga harus menjaga kanta lengkap dengan berhati-hati agar tidak mudah koyak. Perhatikan juga berapa lama tamat tempoh kanta lengkap sebelum membeli.
Walaupun boleh dipakai hingga setahun, kanta lengkap yang jarang dibersihkan dan tidak terawat pun akan lebih cepat kotor sehingga akhirnya tidak boleh dipakai lagi. Faktor lain seperti harga penting.
Jangan sampai asal boleh memilih kanta lengkap hanya kerana harganya murah dan sebaliknya, kanta lengkap mahal pun belum tentu memiliki kualiti yang baik dan sesuai dengan keadaan mata anda.
BACA JUGA ARTIKEL INI:
Senarai Cadangan Kanta Lengkap Yang Terbaik Di Pasaran
1. Freshlook Colorblends
Selamat dengan variasi warna yang sesuai untuk mata sepet
Pilihan warna dari Freshlook Colorblends cukup bervariasi sehingga boleh dijadikan sebagai koleksi. Dengan kadar air yang cukup tinggi, dijamin mata anda tidak akan cepat kering. Bahkan, kanta lengkap ini juga tersedia untuk mata minus hingga -8. Namun, tempoh pemakaian kanta lengkap ini hanya sah selama sebulan.
2. Acuvue 2 Johnson & Johnson
Kanta lengkap lut sinar dengan diameter kecil untuk mata kecil
Kalau kamu lebih menyukai softlens lut sinar, Acuvue 2 Johnson & Johnson adalah produk yang tepat untuk digunakan seharian. Selain mengandung kadar air cukup tinggi, kanta lengkap ini juga memiliki UV Protection untuk menjaga kelembapan mata sekaligus melindungi dari radiasi sinar matahari. Anda akan mendapatkan 3 pasang lensa kontak dalam 1 kemasan. Tetapi, penggunaan tiap lensa relatif singkat, iaitu per-dua minggu.
3. FreshKon Mosaic
Softlens selesa dengan natural look
Mahu pakai kanta lengkap bermotif tetapi masih ingin terlihat natural? FreshKon Mosaic ini, khususnya warna Charming Brown dan Urban Grey seperti yang juga dipakai oleh Cheryl Raissa sesuai dengan anda yang inginkan sentuhan glamour dan efek mata bundar. Tidak hanya terlihat cantik, kanta lengkap ini juga selamat digunakan kerana terbuat dari bahan Hydrophilic.
4. Bausch & Lomb
Terbaik untuk mata silinder atau astigmatisme dengan 8.5 base curve
Siapa kata mata berbentuk silinder hanya boleh menggunakan kacamata? Tidak, kamu masih boleh tampil bergaya dengan menggunakan softlens dari Bausch & Lomb. Kandungan Alphafilcon A dan Lo-Turque dalam produk ini akan memberikan kestabilan dan ketajaman penglihatan untuk mata silinder. Ukuran diameternya dan base curve pun hampir mirip dengan ukuran bola mata manusia. Memiliki kadar air yang tinggi dan tidak membuat mata iritasi.
5. Bausch & Lomb Lacelle Jewel Color Contact Lens
Murah dan sesuai untuk newbies dan guna semasa wedding
Kanta lengkap dari jenama Bausch & Lomb ini adalah kanta lekap dengan pigmen warna yang tertanam di dalam kanta untuk mengelakkan cahaya berwarna yang terbias bersentuhan dengan mata. Kanta lengkap ini datang dengan corak permata yang unik memberikan mata tampak lebih dalam dan berkilau. Bahan kanta telah diuji dan terbukti mengurangkan penghidratan kanta untuk keselesaan pada anak mata dengan baik. Reka bentuk kanta lekap ini adalah nipis dan tirus memberikan keselesaan kepada si pemakai.
6. BLINCON BB Color Contact Lens
Sesuai buat anda mata sepet – fungsi untuk membesarkan mata
Contact lens ini sesuai bagi mereka yang bermata sepet kerana ia mampu memberikan efek agar mata tampak lebih besar. Dijual dengan 10 warna pilihan yang hebat dari siri BB ini, akan membuat mata anda tampil lebih besar dan ekspresif. Kanta lengkap ini mampu bertahan untuk jangka masa sebulan. Tidak perlu lagi bimbang untuk mencari kanta lengkap yang lain. Blincon BB dapat memenuhi kehendak anda dengan sempurna.
7. Cooper Vision Clariti Elite Contact Lens
Sesuai untuk mata juling – multifungsi buat anda yang mempunyai masalah rabun jauh atau dekat
Kanta lengkap ini memberikan fokus kepada keseimbangan serta keselesaan dan kesihatan Kornea. Lensa elit dari CooperVision ini menggabungkan keseimbangan oksigen, kelembapan tinggi, modulus rendah dan kandungan air yang tinggi untuk menghasilkan lensa yang memberikan keselesaan optimum semasa anda memakainya, jaminan kelembapan sepanjang masa. Kandungan air 56% yang tinggi dalam lensa ini dengan gabungan teknologi AquaGen, sesuai untuk mereka yang rabun jauh, dekat dan juling kerana ia mempunyai kuasa kanta di pelbagai tahap dan ciri-ciri kanta lekap yang paling baik.
8. Air Optox Hydraglyde
Sesuai untuk anda yang mempunyai masalah power tinggi dan mata selalu kering
AIR OPTIX ditambah dengan kanta sentuh HydraGlyde yang menggabungkan dua teknologi canggih direka untuk memberikan kelembapan pada permukaan kanta lekap agar tahan lama serta memberikan perlindungan pada mata. Ia mengandungi Smart Shield Technology untuk membantu melindungi kanta lekap dan mata daripada radikal bebas atau pencemaran udara. Hydraglyde dapat mengekalkan kelembapan permukaan pada kanta sepanjang hari. Kanta lekap ini mempunyai kuasa untuk rabun pelbagai tahap, termasuk yang mempunyai power tinggi.
9. Korean Ringcon Soft Contact Lens
Kanta lengkap dari Korea – untuk penampilan lebih natural
Kanta lekap yang diimport khas dari Korea, tidak mengeringkan mata kerana mempunyai kandungan air yang agak baik sebanyak 38%. Kanta lekap ini boleh digunapakai selama 1 tahun jika kena dengan cara penjagaan dan penyimpanannya agar lens itu tidak tercemar dari bahan yang akan mengakibatkan iritasi pada anak mata. Jika anda penonton setia drama Korea atau peminat selebriti dari negara itu, perhatikan anak matanya. Kebanyakan daripada mereka gemar menggunakan warna yang natural agar tidak tampil terlalu ketara.
Keliru Nak Beli Cleanser Foam Atau Gel? Wanita Ini Kongsi Tipnya, Barulah Kulit Tak Breakout

Bunyi macam sama sebab kegunaannya untuk cuci muka, tapi tahukah anda kalau kita tidak pakai jenis yang betul untuk kulit kita, ia boleh menyebabkan kita tidak mendapat 100% result CANTIK yang kita mahu. Menggunakan cleanser yang salah juga boleh menyebabkan kulit muka kita menjadi lebih kering dan kasar.
APA BEZA GEL CLEANSER, FOAM CLEANSER DAN SABUN CUCI MUKA YANG BIASA?
JOM kita baca apa beza ketiga-tiga jenis cleanser ini.
SABUN CUCI MUKA
Biasanya mengandungi asid atau alkali dimana untuk menambah buihnya dan boleh merosakkan sel-sel kulit muka kita. Ini adalah tindak balas kimia pada kulit muka kita. Ia hanya menukar sel-sel kulit mati tetapi tidak menggantikan dengan sel-sel kulit yang baru. Tindak balas kimia ini akan memutihkan kulit muka kita dengan cepat tetapi dalam masa yang sama, kulit muka akan kelihatan kering atau kekurangan air( tidak lembab). Sesetengah sabun akan menyebabkan kulit muka gatal dan merah-merah. Ia tidak sesuai digunakan sebagai sabun pembersih muka. Apabila digunakan dengan berterusan, ia akan menyebabkan kulit muka kita semakin nipis. Sebab itu kalau anda perasan, sabun cuci muka biasanya agak murah berbanding gel atau foam cleanser
FOAM CLEANSER
Foam cleanser selalunya di gunakan untuk “deep cleansing” terutama untuk kulit yang berminyak, senang berjerawat atau anda yang sering terdedah dengan persekitaran yang kotor. Tetapi, foam cleanser juga mudah memberikan keradangan kepada kulit terutama bagi yang mengandungi SODIUM LAURYL SULFATE (SLS) yang selalunya merupakan bahan utama dalam foam cleanser. Foam cleanser sangat tidak sesuai untuk kulit yang normal dan kering kerana ia akan menghilangkan terus lapisan minyak yang di perlukan di permukaaan kulit muka bagi mengekalkan kelembapan kulit anda
GEL CLEANSER
Gel cleanser lebih “mild” dan kurang berbuih berbanding dua di atas. Walaupun ia agak “mild” tidak semestinya ia tidak efektif. Gel cleanser sangat sesuai untuk kulit normal, kering, sedikit berminyak dan jenis kulit kombinasi. Ianya kerana, tekstur nya yang lebih lembut tidak merosakkan permukaan kulit dan memastikan kulit anda sentiasa lembab dan kering
Berikut perkongsian Dieyaa Molek
Ramai yang tanya dan dm dieya macam mana nak dapatkan cleanser yang betul-betul ikut kulit muka kita ni. Bila dah sampai watson atau guardian dah krik krik tak tahu nak pilih cleanser yang mana sebab banyak sangat jenis cleanser kat sini.
Hahahah semuanya kena belajar awak dieya dulu pun macam korang sampai watson je krik krik tak tahu nak pilih yg mana sudahnya kulit breakout dah lepas tu. Bila dah belajar dan faham betul-betul baru tahu cleanser ni dia buat banyak jenis bukan saje-saje taw semuanya ada maksud ikut jenis kulit kita ye!
Okay jom kita jadi rajin sikit slide baca dan fahamkan satu-satu then pilih cleanser korang ikut jenis kulit yang betul. Jangan belajar sorang ajak member sekali taw! Barulah sesama dapat info yang mahal ni.
Jadi sekarang anda sudah tahu beza ke semua jenis cleanser. Selepas ini carilah cleanser yang sesuai untuk kulit anda ya sistur!
Sumber kredit: Dieyamolek dan Makayla_my
Isteri Kesayangan Bos Jakel, Datin Farah Haryani Amalkan Pilates Untuk Kekal Sihat, Cergas & Cantik

Siapa yang biasa dengan hijab jenama Ariani pasti akan mengenali pemilik wajah jelita ini. Datin Farah Haryani Muhammad Philip yang juga merupakan Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufaturing (M) Sdn Bhd ini memang seorang yang begitu murah dengan senyuman. Malah kelembutan suara dengan kejelitaan wajahnya membuatkan mata tidak puas memandang. Ketika ditanya rahsia atau petua menjaga kecantikan, beliau tersenyum memberitahu hasil amalan pilates yang dilakukannya.
Menurut Datin Farah kerjanya yang memerlukan dia sentiasa berdiri dan bergerak ke sana ke mari menyebabkan beliau perlu sentiasa cergas dan aktif. Bukan itu sahaja, malah fizikal juga penting dalam memastikan perjalanan kerja berjalan lancar. Jadi beliau lebih senang memilih amalan pilates yang sudah diamalkan lima tahun lalu.
“Saya sudah amalkan lima tahun lalu untuk memastikan kekal sihat dan bertenaga. Saya akan peruntukan selama 1 jam dengan memanggil guru bertauliah datang ke rumah. Selain itu saya juga turut menjaga pemakanan,” ujar Datin Farah ketika ditemui sempena Majlis Pertunjukan Fesyen Ariani Luminous Lebaran 2018 di ibu kota baru-baru ini.
Beritahu Datin Farah, beliau juga pernah mengalami pertambahan berat badan sebelum ini. Salah satu tanda kenaikan berat badan adalah jika melihat pada bahagian perut.
“Jika rasa badan dah naik biasanya saya akan kurangkan pengambilan makanan. Saya akan skip makan malam tetapi tidak untuk sarapan pagi. Saya memang gemarkan sarapan nasi lemak atau roti canai.
“Cuma kalau rasa badan dah naik saya akan kurangkan kuantiti pengambilannnya. Kita memang perlu makan untuk mendapat energi dalam menghadapi rutin seharian yang sibuk,” tambah Datin Farah yang mempunyai empat orang cahaya mata berumur antara 4 tahun hingga 14 tahun.
A post shared by GALERI ARIANI (@galeriariani) on
Menurutnya juga untuk penjagaan wajah pula, beliau lebih senang membuat rawatan di rumah sahaja berbanding pergi ke pusat spa.
“Saya rajin buat skrub untuk penjagaan wajah. Dan satu lagi bagi memastikan mental dan fizikal terjaga adalah dengan memastikan mendapat tidur yang secukupnya. Saya memang akan tidur tepat pada masanya agar bila bangun pagi keesokan harinya kekal segar dan bertenaga.
“Dan satu lagi saya juga kalau stress saya suka buat kek. Rasa lebih tenang dapat melihat hasil kek yang dibuat dari air tangan kita,” katanya lagi yang juga seorang guru Bahasa Inggeris selama 5 tahun sebelum berhenti untuk membantu menguruskan perniagaan suami, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel.
Untuk majlis pertunjukan fesyen petang itu juga Datin Farah cukup teruja memperkenalkan 200 rekaan terbaru Ariani bagi menyambut lebaran kali ini.
Menurut Datin Farah, Aidilfitri adalah detik terindah untuk kita semua mengeratkan silaturrahim. Inilah masanya berkumpul sesame ahli keluarga membantu melakukan persiapan meraikan hari raya dengan penuh kesyukuran.
A post shared by GALERI ARIANI (@galeriariani) on
Kesemua koleksi Ariani Lebaran 2018 yang dipersembahkan bukan sahaja cantik dipandang, tapi cukup praktikal untuk digayakan sepanjang lebaran ini.
Turut melengkapi pertunjukan fesyen petang itu, majlis juga tertumpu pada koleksi ARIANI READY-TO-WEAR (rtw) dengn mengetengahkan ketrjasama dengan dua selebriti popular iaitu Ayda Jebat serta Mira Filzah. Sementara tidak ketinggalan Duta Ariani, Bella Dally turut mempersembahkan koleksi Glam lebaran By Ariani dengan iringan persembahan muzikal Bollywood.
A post shared by GALERI ARIANI (@galeriariani) on
Koleksi Ariani Luminious Lebaran untuk hijab bermula pada harga RM69. Manakala untuk koleksi Ready To Wear pula dijual pada harga bermula RM199.
A post shared by ARIANI READY-TO-WEAR (@arianirtw) on
KREDIT FOTO: INSTAGRAM GALERI ARIANI & ARIANI RTW