Kecantikan

Nak Kulit Menawan Seperti Saidatina Aisyah r.a? Rugi Tak Amalkan Petua Cantik Dr Fatma El Zahra

Share

Cantik bagi seorang wanita begitu subjektif, mengekalkan kecantikan bukannya mudah apatah lagi apabila usia meningkat dewasa. Namun jika cantik itu disulamkan dengan amalan insyallah, kecantikan seorang wanita islam itu akan terserlah dari dalam.

Petua cantik ini dikongsi oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Anda boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan satu cara sahaja, asalkan anda istiqamah mengamalkannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Untuk Naikkan Seri Wajah & Supaya Orang Sayang, Lepas Solat Elok Baca 2 Doa Ini. Insya-Allah Berkesan!

Cara 1:

Dilakukan selepas solat Isyak

  • ambil segelas air kosong
  • baca al-Fatihah sekali
  • Ayatul Qursi sekali
  • Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri & untuk kebahagiaan rumahtangga.

Cara 2:

Zikir di bawah dibaca untuk anda sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut:

  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 kali
  • Baca ” Ya Nur ” 1 kali
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 kali
  • Baca ” Ya Allah ” 3 kali

Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka anda. Lakukan setiap hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau Nak Muka Cantik Macam Selebriti Ini, Cuba Amal Doa Nabi Yusuf. Confirm Berseri-Seri!

Cara 3:

Amalkan membaca ayat-ayat seperti berikut :

  • Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada setiap hari selepas solat subuh.
  • Selepas baca kedua-dua ayat ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
  • Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN