Perut Rasa Tidak Selesa, Sukar Untuk Bernafas & Tidur Malam, Ziana Zain Disahkan Alami Penyakit Gastrik

Share

Penyanyi dan pelakon kesayangan ramai, Ziana Zain berkongsi tentang masalah gastrik yang dihadapinya semenjak tahun 2018 di laman sosialnya.

Menerusi akaun Instagram milik pelantun lagu Puncak Kasih ini, Ziana Zain memuat naik sebuah gambar bersama Dr. Mustafa Mohammed yang menggalas tanggungjawab untuk membuat pemeriksaan lanjut terhadap penyakit gastrik yang dihidapinya sejak sekian lama.

Tambahnya lagi, sejak tahun 2018 lagi, perutnya rasa tidak selesa, rasa angin dalam badan membuatkannya sukar untuk bernafas, kesukaran untuk tidur malam sehingga terpaksa melakukan pememeriksaan jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Hal ini menganggu urusan harian kerjanya sendiri.

Setelah melakukan pemeriksaan dengan terperinci bersama Dr. Mustafa Mohammed, pelakon yang pernah popular dengan filem Maria Mariana ini disahkan menghidapi masalah gastrik.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai terutamanya para peminatnya yang mendoakan agar Ziana Zain mendapat kesembuhan dengan segera.

Team Hijabista juga turut mendoakan agar Ziana Zain diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan oleh-Nya.

Sumber gambar: Instagram Ziana Zain

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini:

Shoppe 

IKLAN