Memiliki perut yang kempis dan tubuh yang langsing memang menjadi idaman ramai wanita. Bulan Ramadan ini ramailah yang mengambil kesempatan untuk menurunkan berat badan. Pendek kata berpuasa bukan sahaja kita dapat pahala tetapi dalam masa yang sama dapat menurunkan berat badan.

Ikuti rahsia air kurus ini sepanjang berpuasa. Berat boleh turun 5 kg sehingga 10 kg dalam masa menunggu raya menjelma. Yang penting kita fokus dan berusaha. Di bulan puasa, jamah sedikit buah atau kuih dan boleh terus minum air kurus ini.

Sepanjang berpuasa elakkan air manis. Manisan yang kita ambil hanya buah atau sedikit kuih. Amalkan setiap kali berbuka puasa selama 1 bulan. Anda perlu pastikan, sebelum tidur wajib membuang sisa-sisa makanan juadah berbuka tadi.

Setiap pagi (bersahur) boleh minum air detoks ini secara suam-suam. Jika waktu petang (berbuka) boleh letak ais batu untuk sebagai pembasah tekak. Rasanya sedap dan boleh minum setiap hari.

LEMON + HALIA
½ biji lemon
1 halia bentong (saiz sudu)

IKLAN

NENAS+LEMON+HALIA
150 gm nenas
½ biji lemon
1 halia bentong (saiz sudu)

IKLAN

Untuk turutan selalunya boleh minum selang sehari. Contoh: hari ini minum LEMON + HALIA, esoknya pula minum NENAS+LEMON+HALIA.

Konsisten dengan mengawal jumlah makanan yang diambil dan membuang seawal pagi dan sebelum tidur.

IKLAN


Untuk mencapai objektif kurangkan berat sebelum raya, boleh guna bengkung setiap hari untuk membantu usus sentiasa kecil atau tidak mengembang dengan angin. Halia bentong sangat membantu. Dalam tutorial seperti di bawah ini, Norafiza Mahmud menggunakan halia bentong.

HIJABISTA: Tubuh yang sihat dan langsing bukan hanya untuk menambah keyakinan diri sahaja tetapi dalam masa yang sama dapat ia memudahkan kita melakukan amal ibadah. Apabila tubuh sihat, mudahlah kita untuk memperbanyakkan amalan ibadah terutama dalam bulan yang mulia ini. 

Sumber kredit: Norafiza Mahmud

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI