
Setiap orang berpotensi untuk mengalami masalah kulit wajah, tidak kira lelaki atau wanita. Dan antara masalah yang sering dihadapi adalah jerawat hingga boleh menyebabkan berlakunya breakout. Namun jika kena cara dan produk digunakan, masalah kulit wajah dialami boleh pulih sepenuhnya.
Perkongsian dari lelaki ini menggunakan akaun @Fazeeeeeem di laman twitter yang memberitahu dia juga pernah berdepan masalah kulit wajah hingga alami breakout. Namun akhirnya pulih setelah menggunakan produk bersesuaian hasil tip dari @MaisarahMahmud.
Muka tak pernah breakout sebelum ini, tapi sebab alami stress dan pakai chemical exfoliate menyebabkan kulit wajah jadi teruk.
Terima kasih pada keluarga dan kawan-kawan yang banyak beri sokongan sepanjang proses pemulihan. Rutin penjagaan wajah terbahagi kepada siang dan malam.