Tidak dinafikan macam-macam petua kecantikan yang dikongsi oleh pengguna laman sosial. Ada yang boleh diikuti dan salah satunya adalah perkongsian wanita ini yang membuat cara membuat liptint ala-ala Korea. Dengan hanya bajet tak sampai RM10, liptint ini boleh dipakai bila-bila masa sahaja dan tak payah risau jika tertelan.
Perkongsian yang dimuat turun ini juga telah menerima butang share lebih 6 ribu melalui dan rata-rata memberi komen positif.
Ayuh kita lihat cara membuatnya yang cukup mudah.
HARI NI KAMI NAK SHARE LIPTINT ALA2 KOREA NI BUAT SENDIRI KAT RUMAH SIAP BOLEH TELAN LAGI TAW
Ads
1-Sediakan bekas kosong yg kecik ataupun bekas lipstik yg dh xguna n dah habis.pastikan bekas tu ada berus kecik yaa.dlm pic ni kami guna bekas highbeam yg dh xpkai.
2-Sediakan sirap rose ni yg pekat punya tau.yg ni benda wajib
3-Lepastu hampa tuang ja sirap rose tu dlm bekas.terpulang hampa la nak bg penuh ka skit ka kn
Ads
4-Last skali hampa ambik berus tu sapu atau dot satu titik kat bawah bibir tu kemam dan SIAP!
Ads
JANGAN RISAU LIPTINT NI KALAU MINUM AIQ PUN TAHAN LAMA
TIPS NI UNTUK PEREMPUAN SAHAJA NA.SELAMAT MENCUBA TQ
Kredit: Suha Nasuha VIA Tips Wanita Cantik
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa tidak kenal dengan isteri kepada pengarah Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Puteri Sarah yang lantang menyuarakan isu kehadiran orang ketiga dalam rumahtangganya.
Baru-baru ini ketika menjadi tetamu jemputan bagi progrm MeleTOP, Sarah mendedahkan bahawa ‘kelantanganya’ itu bukan suka-suka dan mempunyai maksud tersendiri.
Menurut Sarah, dengan bersuara lantang mempertahankan rumah tangganya dari gangguan orang ketiga, dia bukan sahaja diberi kekuatan untuk menolong diri sendiri.
Malah, dalam masa sama membantu menyelamatkan rumah tangga orang lain yang dilanda masalah sama untuk terus bangkit dalam menghadapi masalah tersebut.
“Saya lantang sebab saya ada maksud. I rasa I ada kekuatan untuk bukan sahaja untuk tolong diri I, tetapi untuk tolong orang ramai dekat luar.
“So, bila I lantang makin ramai yang bangkit. Ramai yang memerlukan I untuk nasihat, untuk guide dan I rasa I happy untuk guide mereka-mereka ni yang tak tahu,” ujarnya.
Jelas Sarah lagi, asbab dari sikap lantang yang dipaparkan itu demi menyelamatkan masjid yang dibina, kini laporan mengenai isu rumah tangga melibatkan orang ketiga, telah meningkat sebanyak tiga kali ganda.
“And you know what, I dengar cerita yang sekarang ni dah 3 kali ganda laporan kejadian orang ketiga,” katanya.
Sehubungan itu, Sarah memanjatkan rasa syukur dengan penuh kegembiraan apabila perkongsiannya berkenaan ‘orang ketiga’ itu dapat membantu ramai orang.
Tambahnya lagi, dirinya percaya sekiranya dia membantu untuk memudahkan urusan orang lain, maka Allah akan mempermudahkan pula setiap urusanya.
“I am happy to do that. Bila tolong orang dengan memberitahu first step bukan susahpun. I rasa lega, pahala pun dapat.
“Bila kita mudahkan, Allah akan mudahkan kerja kita,” jelasnya.
Untuk rekod, pada 8 Mac 2014 Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Syamsul Yusof telah diijabkabulkan di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara.
Hasil perkahwinan selama lapan tahun itu, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan, Syaikhul Islam Mohd Syamsul dan Sumayyah Mohd Syamsul.
Walaupun menyembunyikannya, orang sekitar kita selalunya boleh mengenali apabila beberapa perubahan pada wajah yang paling ketara. Tanya sahaja orang di sekeliling anda yang boleh mengetahui sama ada anda bukan diri anda yang normal.
Ekspresi muka atau sifat yang berbeza menunjukkan penyakit yang berbeza. Memandangkan pengiktirafan simptom yang betul adalah asas untuk merawat penyakit ini boleh menjadi petunjuk penting.
Jika bibir anda sentiasa mengelupas, tidak kira apa cuaca mungkin menunjukkan keadaan kesihatan yang mendasari. Walaupun kulit dan bibir kering mungkin hanya menunjukkan dehidrasi, kadang-kadang ia juga mungkin membayangkan bahawa anda perlu periksa sekiranya mempunyai hipotiroidisme dan juga diabetes.
Jika anda perasan bahawa terdapat lebihan bulu muka pada dagu, bibir atas dan juga garis rahang, ia mungkin menandakan ketidakseimbangan hormon. Sindrom ovari polikistik adalah gangguan hormon yang menjejaskan wanita.
Bengkak dan kantung mata bukan sahaja masalah kecantikan tetapi ia juga boleh menandakan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan kesihatan anda secara keseluruhan. Ya! Jika mata anda kelihatan letih dan bengkak, anda mungkin mengalami alahan kronik.
Perhatikan jika terdapat sebarang perubahan pada kulit anda atau jika ia telah menjadi pucat. Kilauan kuning pada kulit anda boleh menjadi tanda anemia.
Ruam muka boleh menunjukkan beberapa gangguan termasuk masalah penghadaman. Contohnya, penyakit radang usus (IBD) yang menjejaskan usus besar, juga boleh menyebabkan kulit anda bergegar.
Walaupun tahi lalat biasanya bukan sebab untuk dikhuatiri, tahi lalat baru perlu diperiksa oleh doktor anda, untuk menolak sebarang kelainan. Juga, cari perubahan pada tahi lalat sedia ada, termasuk warna, saiz, pendarahan atau gatal-gatal.
Yang ini memang tak masuk akal. Walaupun keguguran rambut sentiasa menjadi kebimbangan, jika anda kehilangan rambut dari kening dan bulu mata, ini adalah satu amaran. Selain daripada tekanan yang melampau, mungkin gangguan autoimun. Alopecia areata adalah penyakit di mana folikel rambut rosak oleh sistem imun.
Asimetri muka boleh menjadi bendera merah untuk strok. Jika anda melihat di cermin dan muka anda berasa berbeza atau sebelah pihak berasa kebas, jangan abaikan tanda-tanda ini dan periksa diri anda dengan segera.
Ini sangat baik boleh menjadi petunjuk lesi yang dipenuhi kolesterol, dipanggil xanthelasmata, yang boleh menjadi petunjuk penyakit jantung. Seseorang yang mempunyai bintik kuning lembut, seperti ini pada kelopak mata mereka boleh mempunyai lebih daripada 50 peratus peluang untuk membina arteri yang mengeras.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selain jerawat, jeragat juga menjadi salah satu masalah biasa bagi kaum wanita. Jika dibiarkan sahaja akan menyebabkan wajah seseorang itu akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Sebenarnya masalah jeragat ini boleh diatasi dengan cara cucian penjagaan wajah yang betul. Ikuti perkongsian yang boleh membantu mengatasi masalah ini.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.