Minggu lalu kita baru sahaja dikejutkan dengan berita pemergian Abam Bocey. Hari ini dikejutkan pula dengan ‘kepulangan’ Ashraf Sinclair, 40 ke negara abadi. Aktor yang di lahirkan di London dan dibesarkan di Malaysia ini meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia. Selain berlakon, Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohd Sinclair merupakan seorang peragawan dan pengacara rancangan televisyen.
Menerusi portal berita Indonesia Kompas.com, berita pemergian suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL disahkan Doddy yang juga pengurus BCL.
“Betul (meninggal dunia). Serangan jantung. Pagi tadi,” kata Doddy menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita.
Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.00 pagi tadi. Ashraf lahirkan pada 18 September 1979. Adik kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.
Ashraf kemudian berkahwin dengan Bunga Citra Lestari (BCL) pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta. Pasangan ini dikurniakan seorang anak yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.
Ads
MENGIMBAS DETIK PERKENALAN
Mengimbas detik pertemuan antara Ashraf dan BCL, mereka bertemu dalam satu program di Malaysia. Yang paling diingati dari pertemuan itu, Ashraf salah tersebut nama BCL. Ashraf telah memanggil BCL dengan menyebut Bunga Cinta Lestari.
Ads
Pertemuan pertama BCL dan Ashraf terjadi di Kuala Lumpur, Malaysia, pada April 2007. Ashraf tidak tahu siapa itu BCL. Dalam talk show itu, sepatutnya rakan Ashraf yang mewawancara BCL. Akan tetapi dek kerana rakan Ashraf ada urusan yang tidak dapat dielakkan maka produser menggantikannya dengan Ashraf. Itu pun Ashraf terlewat sejam.
TERSALAH SEBUT NAMA
Ashraf tidak kenal BCL. Prosuder hanya memberi petunjuk, BCL adalah penyanyi merangkap model dari Indonesia. Ketika wawancara berlangsung, Ashraf tersalah sebut nama BCL. Sepatutnya Bunga Citra Lestari tetapi disebut Bunga Cinta Lestari.
Ads
Namun daripada pertemuan itu, Ashraf mengakui bahawa auranya kuat sehingga dia meninggalkan catatan istimewa buat BCL.
Catatan itu bunyinya begini, “First impression, kamu memiliki pesona. Itu yang saya lihat.”
Sejak itu mereka menjalinkan hubungan cinta jarak jauh selama dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk membina mahligai cinta. Ternyata cinta suci Ashraf kekal hingga ke akhir hayatnya.
Al-Fatihah….
Sumber kredit: Harian Metro dan tabloidbintang.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hilangkan Bau Kaki Dengan Cara Ini. Bau kaki adalah masalah yang sering dialami oleh setiap orang. Kaki ditutup terlalu lama selalunya meninggalkan bau yang tidak menyenangkan. Sudah tentu, bau kaki tidak boleh berterusan.
Untuk kelihatan cantik tanpa risau tentang bau kaki, berikut adalah beberapa cara untuk menghilangkan bau kaki. Jom, baca penjelasan di bawah ini!
Deodorant bukan sahaja sesuai untuk menghilangkan bau peluh di ketiak, malah mampu menghapuskan bakteria penyebab bau kaki busuk.
Kerana deodoran mengandungi bahan antibakteria yang menangkis bau yang kurang menyenangkan pada badan. Anda boleh menggunakan deodorant berlabel “All Day Protection” yang biasanya mengurangkan peluh sebanyak 20 peratus sahaja. Atau deodorant berlabel “Extra Stregth” mengurangkan peluh sebanyak 30 peratus.
Bau kaki boleh dihilangkan dengan menggunakan minyak lavender. Kandungan antioksidan dan antibakteria berkesan membunuh bakteria dan bau busuk.
Ia adalah mudah. Hanya tambahkan beberapa titis minyak lavender ke dalam air suam. Kemudian masukkan kaki anda ke dalam air dan biarkan ia berendam selama 10 minit.Bau wangi minyak lavender juga mengurangkan bau kaki. Ingin mencubanya?
Faedah teh hijau bukan hanya tentang penggunaan. Keasidan dalam teh juga boleh mengecilkan pori-pori di kaki anda, mengurangkan peluh.
Teh juga bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang boleh membunuh bakteria pada kaki anda. Merendam kaki anda dalam teh selama sekurang-kurangnya 30 minit boleh membantu mengurangkan bau kaki.
Basuh kaki anda dengan larutan air suam dan sabun. Adalah lebih baik untuk membasuhnya secara beransur-ansur di bawah air paip yang mengalir.
Kemudian keringkan diri anda dengan baik, terutamanya di antara jari kaki anda. Pastikan anda membersihkan jari kaki anda dengan sabun.
Langkah ini memastikan bahawa kotoran atau bakteria tidak lagi melekat pada jari kaki anda.Kotoran dan bakteria yang melekat hanya menyebabkan bau kaki. Oleh itu, cuba basuh kaki anda sehingga bersih sepenuhnya.
Elakkan memakai sarung kaki dalam cuaca lembap atau basah. Keadaan ini hanya akan menggalakkan lagi perkembangan bakteria pada kaki anda. Sebelum memakai stokin, pastikan ia benar-benar kering. Begitu juga dengan kaki anda. Jangan memakai stokin segera jika kaki anda basah.Jika anda tidak melawan mereka, mereka bukan sahaja berbau, tetapi juga terdedah kepada jangkitan kulat.
Ada beberapa cara untuk hilangkan kaki berbau yang boleh anda cuba kawan-kawan AVO. Anda tidak perlu melakukan semuanya dengan segera, cuma cuba beberapa petua dahulu dan lihat hasilnya
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan perkahwinan yang bahagia serta pasangan yang sihat sejahtera. Namun, siapa sangka Allah mahu menduga, menguji sejauh mana keimanan serta kekuatan hamba-Nya.
Inilah yang berlaku pada Sharul Nizam Ab Rahim. Diuji oleh Allah apabila isteri yang dikahwininya disahkan menghidap Paranoid Schizophrenia. Ia merupakan salah satu penyakit schizophrenia di mana penghidapnya mengalami delusi bahawa orang lain bersekongkol melawan dirinya atau anggota keluarganya.
Kebanyakan penghidap mengalami halusinasi suara di mana mereka mendengar suara-suara yang tidak nyata. Sharul Nizam Ab Rahim telah berkongsi kisah isterinya di Facebooknya dan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan berdoa agar beliau tabah dan sabar dengan dugaan Allah ini.
Malah, isterinya juga pernah beberapa kali membuat panggilan palsu hingga menyebabkan polis datang ke rumah. Semoga perkongsian Sharul Nizam Ab Rahim ini memberi manfaat kepada anda di luar sana.
Usia perkahwinan kami baru masuk 8 bulan. Asakan demi asakan yang saya terima. Sesuatu di luar kebiasaan. Saya masih menzahir kekuatan kerana mata hati yang hakiki.
Penggeledahan maklumat menunjukkan isteri mula mengambil Rawatan Psikiatri sejak 17 tahun lalu (8 Jun 2000).
Pada 30 November 2014, Doktor Pakar mengesahkan isteri saya mengidap Paranoid Schizophrenia. Ia satu serious mental disorder.
Penyakit ini tiada penawarnya. Yang ada cumalah, kawal. Ia mesti dikawal melalui pengambilan ubat. Lagi satu, penuhkan fikirannya melalui aktiviti yang dia suka.
Isteri saya suka melukis. Lagi satu, dia suka mengajar. Mutu lukisan dan mutu pengajarannya sangat baik. Malah lebih baik dan cemerlang dari sesetengah mereka yang tidak berpenyakit.
Sekiranya tidak mengambil ubat dan tiada aktiviti, isteri saya akan didatangi kepercayaan palsu (delusion) dan halusinasi (hallucination).
Semasa delusi, tanpa sedar dia akan berkata suaminya jahat. Ketika ini, dia mula mencari sokongan. Misinya, orang lain mesti percaya apa yang dia percaya. Seandainya kamu enggan percaya, siaplah kamu.
Dia akan kembali semula pada suaminya dan berkata, “Abang, itu orang jahat”. Tanpa mata hati, kita saling membenci, saling mengesyaki, saling menyakiti. Then, kita semua ke kancah pergaduhan.
Semasa halusinasi, tanpa sedar dia mula berfantasi. Dalam fantasi, muncul bisikan dan bisikan itu menyatakan suaminya seorang yang curang. Orang itu mencuri atau merosakkan barangnya. Dan satu keadaan, dia sedang dicederakan.
Ketika ini berlaku, tiba-tiba saja isteri akan lenyapkan diri. Kalau ternampak isteri saya seorang diri memandu pada jam 2.00 pagi hingga 3.00 pagi. Itulah orang rayau. Itu tak apa lagi. Tiada ancaman pada awam.
Seandai fantasinya dia sedang dicederakan atau barangnya dicuri atau dirosakkan, hati-hati. Kalau dia diam memendam tidak mengapa. Tapi kalau dia mula memaki hamun dan kamu membalas maki hamun dia, jaga-jaga.
Dia akan mencapai apa saja untuk dirinya membaling, memecahkan, menakutkan atau mempertahankan diri. Tanpa mata hati, mustahil kamu boleh bersabar. Natijahnya, samada kamu tercedera atau isteri kamu peroleh kecederaan.
Masyarakat kita terutama orang-orang Melayu suka benar menyisih, menyorok, menafi dan malu dengan pengidap Psikiatri. Tetapi masyarakat barat, mereka dedahkan.
Mereka berdepan dan mereka cari jalan mengindahkan. Cari Movie bertajuk A Beautiful Mind (2001). Watak Prof John Nash dan watak isteri saya, ada persamaan. Walau ia less complex, at least ada inspirasi.
Saya sorang-sorang tak mampu mengurus isteri. Saya hanya mampu mengurus melalui kepercayaan awam. Hanya kepercayaan awam sahaja mampu meneutralkan satu kefitnahan. Terima Kasih Doktor. Terima Kasih Nurse. Terima Kasih Polis. Terima Kasih Guru Besar. Dan Terima Kasih Security Guard.
Doctor ada bertanya. Encik baru berkahwin. Keadaan kesihatan isteri baru saja diketahui. Apakah Encik mahu meneruskan? Memelihara mereka yang Schizo menuntut pengorbanan. Bilangan tak sanggup itu mengatasi bilangan yang sanggup.
Saya tak ada kekayaan untuk ditunjuk-tunjuk. Tapi saya ada isteri yang amat sayangkan saya. Sebagai balasan, akan ku jaganya seumur hayat.
Tulisan saya berhubung turut mendapat perhatian dan komen daripada seorang peguam. Client dia sendiri mengadu dicekik suami. Di pengakhiran kes, dia sendiri tak boleh nak buktikan aksi cekik. Finally, jumpa benda lain.
Saya sendiri sudah berapa kali dah Polis Subang Jaya datang rumah akibat panggilan palsu oleh isteri. Polis siap buat spot check tubuh badan isteri kalau-kalau suaminya betul-betul abuse dia. Namun demikian, polis tak jumpa apa-apa.
Apabila Polis tak memihak kepada aduan isteri, dia kembali kepada saya dan bertanya “Abang rasuah polis berapa RM?”.
Oleh yang demikian, sampai ke sudah isteri tak percayakan polis. Sewaktu singgah makan Laksa di USJ 20, Subang Jaya. Kalau ada polis peronda turut makan situ, saya sorang-sorang je yang keluar makan. Isteri tak nak keluar kereta kerana dia tak nak tengok muka polis-polis yang saya dah “rasuah”.
Actually di rumah, nombor telefon Balai Polis Subang Jaya memang saya beri pada isteri. Seandainya tiba-tiba dia rasa terancam, memang saya ajar dia dapatkan polis. Tujuannya, dia boleh rasa secure dan peroleh perlindungan serta-merta.
Saya tak peduli berapa banyak isteri buat perkara negatif pada saya. Saya cekal. Saya hadap. Saya bertanggungjawab. Dan saya sayangkannya. Finally, saya akan rungkai satu demi satu.
Saya ulang. Ketiadaan mata hati, tiada siapa mampu menghadapi. Sama ada kamu tercedera atau isteri kamu peroleh kecederaan.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan saban tahun, kurma merupakan antara juadah wajib yang pertama sekali di jamah kerana kebanyakkan umat Islam mahu merebut pahala sunnah iaitu berbuka dengan sebiji kurma seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW.
Kurma yang juga dikenali sebagai Tamar merupakan antara makanan yang kaya dan penuh khasiat serta mampu membekalkan tenaga yang mencukupi dan diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalani ibadah puasa.
korang lepasni careful ya nak makan kurma. walaupun murah RM10 sekotak kena cuci betul-betul before makan.
kalau tak, jadilah macam aku ni. makan dah banyak biji baru perasan ada maggot eggs, macam dah jadi larva dah. no wonder la kurma ni lembut & manis rupanya…🤮 pic.twitter.com/IXin9AgZee
Baru-baru ini tular di laman sosial berkenaan buah kurma yang telah rosak, tidak segar sehingga mempunyai telur lalat di dalamnya sekaligus membuatkan kita merasa was-was untuk memakan tamar ketika buka puasa.
Justeru, Hijabista tertarik untuk berkongsikan beberapa tip pemilihan dan penyimpanan buah kurma agar kesegaran dan kualitinya kekal terjamin sekaligus mengelakkan hijabi dari membeli buah yang telah tercemar.
Hanya amalkan dua langkah ini je sis, sebelum beli buah kurma. Dan lakukan penyimpanan yang betul untuk menjamin kesegaran buah kurma di rumah!
Langkah 1: Pastikan Tekstur Buah Terlebih Dahulu
Kesegaran buah kurma dapat dinilai dengan melihat tekstur isinya. Buah kurma segar mempunyai isi yang kenyal dan kental walaupun kulitnya kering dan berkedut.
Malah, isi buah kurma yang padat dan kelihatan berkilat juga petanda bahawa buah itu masih lagi segar. Tetapi jika hijabi melihat kurma tersebut mempunyai permukaan kristal gula terbentuk pada permukaan kulit buah, itu petanda buah kurma itu tidak segar.
Langkah 2: Hidu Dan Pastikan Aroma Kurma
Langkah kedua untuk memastikam kesegaran buah kurma adalah bau terlebih dahulu buah kurma tersebut.
Ini kerana, buah kurma yanh tidak segar mengeluarkan bau masam dan kurang menyenangkan. Kurma yabg mempunyai bau tidak enak berkemungkinan telah disimpam terlalu lama serta kualiti buah tersebut pastinya merosot.
Jika anda membeli kurma dalam kuantiti yang banyak, cara penyimpanan buah tersebut juga perlu dititikberatkan untuk menjamin kesegaran dan kualitinya.
Salah satu cara adalah dengan memastikan kurma itu disimpan dalam peti sejuk, elakkan menyimpan kurma pada suhu bilik. Kerana cuaca panas dan lembap Malaysia membuatkan kurma mudah berkulat.
Menyimpan kurma di dalam peti sejuk tidak akan mengubah rasa mahupun teksturnya buah tersebut, malah kurma akan menjadi lebih segar jika disimpan dengan cara begini.
Anda hanya perlu menunggu sebentar selepas mengeluarkannya dari peti sejuk sebelum makan.
Cara 2: Simpan Kurma Dalam Bekas Kedap Udara
Jika anda mempunyai kurma kering, cara yang paling mudah untuk menyimpannya adalah dengan meletakkannya di dalam
bekas kedap udara.
Kurma kering boleh bertahan hingga tiga bulan jika disimpan dengan cara ini.
Skrub garam boleh membantu menanggalkan sel kulit mati dan menjadikan kulit badan terasa lebih halus, bersih serta mulus dengan cara penggunaan yang betul.