Kulit yang sihat, gebu dan lembut memang menjadi idaman ramai. Tidak kira wanita mahupun lelaki, memang menginginkan kulit sebegitu. Rasa lebih yakin dengan penampilan kulit wajah yang lembut dan berseri.

Namun tidak semua orang memiliki kulit wajah yang bersih dan sihat. Masalah kulit seperti jerawat selalunya menjadi masalah kulit yang paling sering dialami oleh ramai orang terutama di peringkat usia remaja.

Dek kerana ramai yang menginginkan kulit yang cantik dan gebu, di media sosial, ada yang berkongsikan rutin penjagaan muka bagi merawat kulit muka berjerawat yang terbukti berkesan untuk mereka. Lazimnya ia akan jadi tular, dikongsi ribuan kali.

Periksa Kandungan Ubat Jerawat Sebelum Beli, Ada Bahan Terkawal Berisiko Kesan Sampingan
Photo by Mikhail Nilov from Pexels

Masalah timbul bila ada produk/ubat yang disyorkan itu mengandungi bahan terkawal yang mempunyai risiko kesan sampingan. Ia tidak sesuai untuk sesetengah pengguna, malah mendatangkan bahaya jika diambil tanpa pengetahuan dan pengawasan.

Mari kita lihat maklumat-maklumat penting yang tidak diberitahu tentang ubat-ubat jerawat yang biasa disyorkan oleh wargamaya.

EX: contoh produk
TX: rawatan
RX: preskripsi
SE: kesan sampingan

1. Benzoyl Peroxide 5-10%

Kandungan paling lazim dalam produk komersial. Ada dijual di kedai runcit, atas talian, dan farmasi.

*EX: Oxy10, Benzac, Neutrogena Rapid Clear.
*TX: jerawat tahap ringan dan sederhana.
*RX: tak perlu preskripsi doktor.
*SE: kulit merah, menggelupas dan alahan.

Ads

2. Clindamycin (sapuan)

Sejenis antibiotik topikal/kegunaan luar. Dijual di klinik dan farmasi sahaja. Boleh guna bersama tretinoin.

*EX: Dalacin T, T3 Mycin
*TX: jerawat tahap sederhana dan teruk
*RX: tak perlu preskripsi doktor
*SE: loya, muntah, cirit-birit, alahan.

Periksa Kandungan Ubat Jerawat Sebelum Beli, Ada Bahan Terkawal Berisiko Kesan Sampingan
Photo by Pavel Danilyuk from Pexels

3. Tretinoin / Adalapene (sapuan)

Ia adalah derivatif sebatian retinoid. Ada dijual di klinik dan farmasi sahaja. Disapu sekali sehari.

*EX: Retin-A, T3 Actin, Differin, T3 Ada Gel
*TX: jerawat tahap sederhana dan teruk.
*RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor
*SE: kecacatan janin, fotosensitiviti, alahan.

Ads

4. Antibiotik oral (kapsul/tablet)

Antibiotik makan juga boleh membantu. Dijual di klinik dan farmasi sahaja.

EX: Docycline, Tetracyclin,
TX: jerawat tahap sederhana dan teruk
RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor
SE: bergantung kepada antibiotik yang diberi.

Periksa Kandungan Ubat Jerawat Sebelum Beli, Ada Bahan Terkawal Berisiko Kesan Sampingan
Photo by Pavel Danilyuk from Pexels

5. Isotretinoin (kapsul)

Ia juga derivatif sebatian retinoid. Ada dijual di klinik dan farmasi sahaja. Di makan sekali sehari.

Ads

EX: Accutane, Roaccutane, Acnotin
TX: jerawat tahap teruk
RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor
SE: kecacatan janin, kering muka, kering mata, rekah bibir, fotosensitiviti, depression, alahan.

Jika dilihat senarai ubat untuk merawat jerawat ini, hanya Benzoyl Peroxide sahaja boleh dibenarkan dijual di mana-mana kedai, termasuk atas talian. Yang lain perlu dibeli di farmasi.

Ubat mengandungi retinoid ditegah pengambilannya oleh wanita hamil, menyusukan anak, atau wanita yang merancang untuk hamil. Retinoid hanya akan dimulakan setelah pemeriksaan kehamilan adalah negatif, dan setelah pengambilan bermula, pesakit perlu mencegah kehamilan.

Periksa Kandungan Ubat Jerawat Sebelum Beli, Ada Bahan Terkawal Berisiko Kesan Sampingan
Photo by Mikhail Nilov from Pexels

Wargamaya ditegah membeli ubat rawatan jerawat yang dikategorikan sebagai ubat terkawal dalam Akta Racun 1952, melalui jualan atas talian. Selain itu, disarankan juga agar pembeli berhati-hati dengan ubat alami tetapi tidak berdaftar. Bimbang dicampur bahan terkawal(eg: steroid, tretinoin).

Jika ada masalah jerawat yang teruk, dapatkan khidmat nasihat doktor dan farmasi. Kalian akan diberitahu semua maklumat ubat yang diberi kepada kalian. Perlu tahu sebelum ambil.

HIJABISTA: Jangan hanya terpengaruh dengan produk-produk yang viral di pasaran. Selidik sebelum beli dan pakai bagi mengelakkan kesan sampingan pada kulit wajah. 

Sumber kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Top image: Canva

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI