Memasuki taman syurga Raudhah menjadi impian setiap muslim yang berkunjung ke Masjid Nabawi di Madinah. Setiap daripada kita pastinya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjejakkan kaki ke situ walaupun terpaksa berebut dengan mereka yang lain.
Dahulunya Raudhah terletak di luar halaman Masjid Nabawi, iaitu di antara rumah Rasulullah SAW dan mighrab atau mimbar di Masjid Nabawi. Kini setelah masjid tersebut diperluaskan, lokasinya terletak di dalam masjid dengan ukuran 22 x 15 meter. Lokasi itulah yang menjadi taman syurga yang tidak sepi dikunjung oleh muslimin dan muslimat.
Berpeluang berkunjung ke sana, Datin Seri Umie Aida berkongsi tip di laman instagramnya mengenai cara memasuki Raudhah dengan mudah. Buat mereka yang bakal ke sana, bolehlah mengikuti panduan yang dikongsi olehnya ini. InsyaAllah.
Assalammualaikum… me nak kongsi sikit cara masuk raudah dengan mudah.. InsyaAllah..
Ads
1) lepas isyak kena tido.. untuk kumpul energy malam nanti. 2) 12.30 malam pergi masjid utk last group masuk ke raudah. Masa ni masih lagi ramai orang. 3) bila last group dibenarkan masuk.. jangan berebut2 dan berlari2 … tenang2 je. Take ur own sweet time.
Ads
4) banyakkan berzikir selawat keatas nabi. 5) tiba di raudah.. masih ramai org kan.. jadi biarkan mereka solat.. you all bole mengaji , zikir & solat tahajud dulu di luar raudah. Dan rasanya dalam pukul 1.20 pintu akan ditutup. Masa itulah.. keadaan raudah sangat tenang dan InsyaAllah.. dapat buat beberapa solat yang you all mahukan. Segalanya dengan izinNYA… percaya pada rezeki dari Allah. Saya mendoakan kita semua sentiasa didalam rahmatNYA dan diberkatiNYA & menjadi tetamu Allah… Aamiin… Semoga tips ini dapat membantu jemaah semua. InsyaAllah.. ❤️ #salamjumaat#raudah#madinah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bertuahnya dapat rezeki jaga ibu sendiri, Betty Rahmad kini bahagia jaga Che Semah dan kerap buat kelas usrah di rumah.
Menerusi perkongsian di media sosial Betty, jelas terserlah keakraban ibu dan anak ini apabila mereka sering memasak bersama-sama.
Rupanya air tangan ratu hati kesayangan Betty yang mesra disapa Che Semah ni memang terbukti sedap, dan lebih beruntung lagi apabila Betty mewarisi bakat memasak ibunya serta dikembangkan menjadi bisnes makanan.
Setiap kali Che Semah masak, pasti adik kepada Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida ini merakamkan momen bahagia tersebut. Terhibur tengok telatah Che Semah dan Betty bila di dapur.
Berusia 43 tahun, hijabi anak satu bernama Norsha Rahmad itu menyifatkan ibunya seorang yang rajin mencari rezeki. Jom tonton video ini…
“Mak saya ni seorang yang sangat rajin. Dia boleh masak dari pagi sampai ke malam. Dia tak kisah. Dia seorang yang sangat cekal walaupun umurnya dah cecah 77 tahun.
Setiap kali Hari Raya, dia akan berkeras nak masak. Masak pula bukan sikit-sikit. Ayam 15 ekor, sayur, kari, berjenis-jenis lauk. Mak saya ni memang jenis kuat semangat, rajin cari duit dan tak ada pilih kasih,” luah Betty tentang perangai Che Semah.
Bertuahnya dapat rezeki jaga ibu sendiri, Betty Rahmad kini bahagia jaga Che Semah dan kerap buat kelas usrah di rumah.
Selain diberi nikmat seorang ibu yang penyayang, Betty Rahmad juga bertuah dikurniakan seorang anak lelaki sebagai penyejuk hati. Ardy Wira yang kini berusia lima tahun seorang anak bijak dan memiliki akhlak yang baik.
Hijabi bergelar usahawan makanan Betty’s ini juga kerap menganjurkan kelas usrah di rumah. Ramai rakan selebriti turut mengikuti pengajian di sana, antaranya Nora Danish. Kesempatan dakwah ini turut menarik minat syarikat korporat seperti Karya Bestari untuk berkolaborasi dengan Betty, menganjurkan majlis ilmu ‘Indahnya Hijab, Hebatnya Ramadan’ di Shah Alam, baru-baru ini.
Betty Rahmad mendirikan rumah tangga bersama Ardy Damis pada Februari 2018. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Ardy Wira yang lahir pada 19 Januari 2019.
Betty kini ligat mengusahakan bisnes makanan Betty’s berupa aneka perisa sambal yang dijual di pasar raya besar terpilih.
Pelakon yang popular menerusi filem Tentang Bulan, Fatin Nur Afifah Shamsudin atau lebih mesra disapa dengan panggilan Fatin Afeefa mendedahkan bahawa dia pernah menghadapi fasa kemurungan sejurus pulang dari mengerjakan umrah di Tanah Suci, ekoran kesemua pakaian yang dimilikinya seksi dan tidak menutup aurat.
Bagaimanapun, jelasnya. Suaminya, Aliff Awang atau Opai begitu memahami dan banyak membantu dirinya mengatasi masalah tersebut. Menurut Fatin Afeefa, niatnya untuk berhijrah adalah atas dasar mahu menjadi seseorang yang lebih baik berbanding sebelumnya!
“Masa pertama kali saya balik umrah, saya kemurungan sampai taknak jumpa siapa-siapa. Sebab semua baju yang saya ada semua seksi sampai rasa tak mahu keluar.
Tapi suami saya cakap, tak apa lah jom kita shopping online. Jadi dia memberi galakkan dan sokongan hingga membuatkan saya rasa tersentuh,” katanya.
Tambahnya lagi, dia kini sedang berjinak-jinak untuk mengenakan hijab dan menutup aurat meskipun belum sepenuhnya. Namun, tegasnya penghijrahan yang dilakukanya adalah atas dasar mahu menjadi seseorang yang lebih baik berbanding sebelumnya.
“Kita mencuba sebenarnya, saya tak akan kata yang saya dah berhijab sepenuhnya. Tapi saya akui saya sedang cuba untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari dalaman atau dari luaran.
“Jadi, kita cuba perlahan-lahan lah. Tak berani nak cakap sebab iman sesorang turun naik. Sebab tu saya tak berani nak cakap yang saya dah sepenuhnya berhijab. Lagi pun nak gapai istiqamah itu tak mudah.
“Jadi bila saya dah keluarkan kenyataan yang saya dah berhijrah kerana perkara ini atau perkara itu. Orang dah expect yang saya kena jadi ustazah terus dan saya tak suka macam tu. Jadi saya nak penghijrahan saya ini adalah kerana nak menjadi individu yang lebih baik,” ujarnya.
Ketika disoal apakah reaksi pertama suami, ketika dia mengutarakan hasrat murninya untuk mengenakan hijab. Ini respon yang diberikan Opai kepada Fatin Afeefa.
“Suami saya sangat-sangat gembira bila tau saya nak pakai tudung. Dia orang yang paling bahagia sekali. Sebab dia tak pernah paksa saya atau cakap “eh pakailah tudung, tak sayang laki ke,” takde.
“Tapi dia sangat menyokong la. Masa saya cuba pakai tudung tu, suami cakap “baby nak beli jubah ke? Belilah..” dia memberi galakkan dalam masa tidak menyakitkan hati,” jelasnya.
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Fatin ketika ditemubual oleh Media Hiburan, sewaktu menghadiri majlis resepsi perkahwinan rakan baiknya, Intan Najuwa pada 18 Ogos lalu.
Fatin Afeefa merupakan antara gadis dulang yang membawa hantaran bagi hari persejarah buat Intan Najuwa yang akhirnya membina mahligai cinta bersama jejaka pilihan hatinya, Datuk Ahmad Asraf.
Bila kita berniat untuk berkahwin, maka kita harus bersedia bahawa kehidupan kita akan berubah secara totalnya.
Maka, banyaklah persiapan yang kita harus lakukan untuk menjadi insan yang terbaik buat pasangan kita. Untuk mereka yang bakal bergelar suami, ini adalah beberapa aspek penting yang perlu dilaksanakan sebelum menjaga anak orang.
1. Solat
Kalau sekarang ini tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tiggal solat dan sentiasalah solat diawal waktu…tapi kalau kita masih sama, masih bawa perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung dalam rumahtangga yang akan didirikan, maka rumahtangga tu takkan dapat bertahan lama…sebab imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia…
2. Kerja
Bila nak kawin, pastikan anda dah ada kerja yang stabil, yang mana anda selesa di situ dan bakal berkhidmat di situ untuk satu tempoh yang tertentu…nak bela anak orang, nak jaga anak orang, kerja tak boleh ikut suka, tak boleh kerja sekejap, berhenti, pastu menganggur sehingga dapat kerja yang sesuai, yang ikut citarasa anda sendiri…tak boleh macam tu sebab kita ada anak bini untuk ditanggung dan disara dengan hasil gaji yang kita dapat setiap bulan…jadi, pastikan anda mempunyai kerja yang stabil dan pendapatan bulanan yang tetap dahulu…
3. Perangai bujang
Perangai bujang ni banyak kalau nak disenaraikan…merempit, melepak, keluar rumah ikut suka, balik umah ikut suka dan sebagainya…maka kita perlu ubah semua ini, perlu ubah gaya hidup kita tu dengan bawa motor berhati-hati, kurangkan keluar melepak, keluar rumah pada masa-masa yang sesuai dan balik umah sebelum tengah malam…didik diri untuk selesa dengan amalan macam tu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung utk buat perangai-perangai masa kita bujang dulu…
4. Belajar mengemas
Jangan terus letak dalam minda yang keje rumah adalah kerja isteri sahaja…kita sebagai lelaki juga perlu tahu untuk buat kerja-kerja rumah…perlu tahu cara menyapu sampah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa yg kita dah biasa buat, dah selalu buat tu…percayalah, ia akan mengurangkan bebanan isteri sebanyak 50% dan lelaki nampak macho jika tahu untuk buat kerja-kerja rumah…
5. Berhenti jadi buaya darat, jaga pergaulan
Sekarang, sebelum kahwin mungkin kita mempunyai ramai kawan perempuan…semua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dengan mereka atas nama “kawan”…tapi bila dah berkahwin, kita dah tak boleh keluar dengan perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sebab kita dah beristeri, dan tiada keperluan untuk kita ada kawan perempuan yang kita masih rapat lagi…kawan perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang sahaja…anda dah perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kepada seseorang…
Perkahwinan merupakan ikatan yang suci, yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan…Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ia merupakan satu tanggungjawab dan satu amanah untuk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kepada seorang perempuan yang diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yang diredhai Allah s.w.t…
Maka, ubah tabiat-tabiat yang dinyatakan jika kita ada niat untuk mendirikan rumahtangga…
kredit : Peguam Syarie Khidmat Masyarakat
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.