Perancis Melarang Gadis Muslim Bawah Umur 18 Tahun Memakai Hijab, Ibtihaj Muhammad Luah Rasa Kesal

Share

Kerajaan Perancis telah meletakkan larangan memakai hijab kepada pelajar Muslim yang berusia 18 tahun dan ke bawah. Perkara ini berlaku kurang sebulan dari larangan memakai burqa dan niqab oleh kerajaan Switzerland.

Senat kerajaan Perancis telah mengundi dan suara majoriti bersetuju tentang isu ini sebagai “Larangan di tempat awam sebarang tanda agama yang jelas oleh kanak-kanak bawah umur dan pakaian atau rekaan apa pun yang akan menandakan interiorisasi wanita berbanding lelaki”.

Jika dilihat dari sejarah negara itu, sejak dari dahulu lagi kerajaannya berusaha untuk menegakkan fahaman sekularisme, atau pemisahan negara dan agama. Mereka sering berpendapat bahawa simbol keagamaan seperti tudung bertentangan dengan prinsip pencerahan dan individualisme Eropah.

Bahkan, Presiden Perancis Emmanuel Macron sebelumnya telah menyatakan bahawa jilbab tidak sesuai dengan cita-cita Perancis.

Ibtihaj lantang mengkritik isu ini

Terkesan mendengar isu ini atlet lawan pedang USA, Ibtihaj Muhammad yang merupakan atlet muslim berhijab menyelar Tindakan kerajaan Perancis menerusi satu hantaran di Instagramnya.

“Inilah yang berlaku apabila anda menormalisasikan ucapan kebencian, sikap berat sebelah, diskriminasi, dan jenayah kebencian anti-Islam seterusnya Islamofobia ditulis dalam undang-undang yang menyebelahinya. Semoga Allah melindungi saudari kita. Allhummaameen,” tulisnya.

IKLAN