Kulit wajah yang sihat, lembut dan berseri sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air.
Amat penting untuk kita memastikan air diambil dalam jumlah yang mencukupi agar tubuh kekal hidrat dan menjadi amalan harian untuk kehidupan yang lebih sihat. Air mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.
Selain untuk tujuan kesihatan, air juga merupakan medium penting untuk kulit yang sihat dan cantik. Kulit memerlukan air untuk menjaga kelembapannya. Jika tubuh kekurangan ‘bekalan’ air maka kulit akan kelihatan kusam, berkedut, dan pori-pori wajah pun jelas kelihatan.
Gambar sekadar hiasan.
Air penting untuk menjaga kelembapan kulit secara optimum di samping memberikan nutrisi penting untuk sel-sel kulit. Pendek kata, air melengkapi keperluan jaringan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit. Ia amat membantu menunda kemunculan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.
TEKNOLOGI TANPA TANGKI (TANKLESS)
Meskipun sibuk dengan tugas seharian, seorang hijabi perlu memastikan air perlu diambil dalam jumlah yang diperlukan oleh tubuh. Jika anda sedang mencari penulen air yang moden dan pratikal, LG PuriCare ™ 4-WARD Tankless Water Purifier sememangnya sesuai untuk anda.
LG PuriCare ™ 4-WARD Tankless Water Purifier dilengkapi dengan teknologi tanpa tangki bagi menyediakan air minuman bersih di rumah dengan cara mudah dan sihat. Menggunakan trend teknologi terkini dari Korea Selatan, penulen air ini nyata meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penggunaan air bersih. Ia bukan sahaja untuk tujuan menjaga kesihatan tetapi juga untuk faedah kecantikan.
Teknologi tanpa tangki akan menulen air secara terus dari sumber paip tanpa memerlukan tangki yang dilihat berpotensi membiak mikroorganisma berbahaya. Ia sekaligus menawarkan kesegaran dan penghidratan yang sihat kepada pengguna. Keistimewaaan teknologi tanpa tangki ini juga membolehkan pengguna minum air yang lebih jernih secara terus dari paip tanpa perlu dimasak.
LG PuriCare ™ 4-WARD Tankless Water Purifier sangat praktikal dengan kehidupan moden masa kini yang sentiasa diburu kesibukan. Menggunakan ‘Inverter Compressor and Induction Heating (IH) System’ LG PuriCare ™ 4-WARD Tankless Water Purifier menawarkan air minuman bersih sama ada pada suhu sejuk, suhu panas dan suhu bilik dengan fungsi kawalan paparan sentuh (one-touch function).
Anda boleh menikmati secawan kopi, susu atau minuman teh hijau mengikut suhu pilihan anda dengan suhu 40°, 75° dan 85.° Bukan itu sahaja anda juga boleh menetapkan kuantiti air yang diingini mengikut keperluan sama ada 120 ml, 500 ml dan 1000 ml. Dengan teknologi pemanasan segera, ia memang sangat menjimatkan penggunaan tenaga elekrik. Secara tidak langsung ia memberikan penjimatan kepada poket anda bagi mendapatkan keperluan air bersih.
NOZZLE BERPUTAR 180 DARJAH DAN BERGERAK EMPAT ARAH
Nak tahu apa lagi keistimewaan yang ada pada LG PuriCare ™ 4-WARD Tankless Water Purifier? Satu ciri moden yang ditawarkan melalui LG PuriCare ™ 4-WARD Tankless Water Purifier ini ialah nozzle air boleh bergerak sama ada ke atas dan ke bawah secara automatik. Ia dapat mengesan ketinggian cawan, botol atau jag supaya dapat disesuaikan dengan kedudukan paip atau nozzle. Jadi tiadalah risiko air terpercik keluar bagi menjamin kebersihan.
Ads
Paling istimewa nozzle bukan sahaja boleh bergerak secara automatik ke atas dan ke bawah sahaja tetapi turut boleh berputar ke kiri dan kanan (180 darjah). Dengan cara ini, pengguna boleh memasang penulen air secara mendatar atau menegak.
PANTAU MELALUI TELEFON PINTAR
Sebagai penulen air yang ‘bijak’ LG PuriCare ™ 4-WARD Tankless Water Purifier menggunakan sistem penapisan tiga peringkat yang inovatif. Ia berfungsi untuk membuang zarah dan kuman berbahaya serta menghilangkan mikroorganisma dan tujuh jenis logam berat yang terdapat di dalam air. Ini berdasarkan hasil yang diuji oleh institusi ujian di Korea. Paling utama, LG PuriCare ™ 4-WARD Tankless Water Purifier juga disahkan Halal oleh JAKIM.
Didatangkan dengan ciri pintar melalui reka bentuk ‘ramping’ 17 sentimeter, cukup hanya ruangan yang kecil diperlukan bagi membolehkan pengguna mengakses air dengan mudah daripada arah yang diingini. Jadi anda dapat menjimatkan ruang di dapur.
Melalui aplikasi LG ThinQ yang disambungkan dengan Wi-Fi, pengguna boleh memantau penggunaan air pada setiap hari, minggu, bulanan dan tahunan serta memeriksa pensterilan UV dan menerima peringatan untuk sebarang masalah melalui telefon pintar. Ia bagi memastikan penulen air berada dalam keadaan ‘tip-top.’ Apa yang perlu dilakukan, hanya download apps dan anda boleh pantau fungsi kebersihan air di hujung jari.
Pensterilan UV diaktifkan setiap jam secara automatik atau pengguna boleh memilih untuk sterilisasi manual selama 5 minit pada bila-bila masa memastikan kebersihan air. Total Service Care pula menyediakan pelan perkhidmatan komprehensif yang merangkumi perkhidmatan penggantian paip setahun sekali bagi menjamin pengguna mendapat kualiti air yang terbaik.
Ads
Turut ditawarkan servis setiap 3 bulan sekali kepada pengguna secara percuma untuk proses sanitasi dan juga penukaran alat penapisan air. Untuk penggantian komponen teras dan kunjungan servis ke rumah secara tetap, ia akan dilakukan oleh juruteknik yang berkelayakan.
Seperti yang kita sedia maklum, sumber air yang bersih bukan sahaja baik untuk faedah kesihatan tetapi juga menjadi medium untuk penjagaan kecantikan terutama kulit wajah dan tubuh. Air adalah pengganti yang tepat untuk semua rawatan anti-penuaan. Jika tubuh mendapat bekalan air yang cukup, kulit akan sentiasa terhidrat. Hasilnya anda akan memiliki kulit yang lembut dan anjal.
Gambar sekadar hiasan.
Pengambilan air yang cukup juga dapat meningkatkan kadar metabolisme dan memudahkan sistem pencernaan untuk menyingkirkan toksin di dalam badan. Hasilnya bukan sahaja tubuh sihat, kulit pun sihat dan bersinar. Dengan LG PuriCare ™ 4-WARD Tankless Water Purifier, anda boleh menikmati air bersih pada bila-bila masa sahaja.
Konnichiwa! Kalau nak wajah sihat dan ‘glowing’ macam orang Jepun, sis boleh cuba amalan kecantikan mereka yang ringkas, semula jadi serta tidak menyusahkan. Antara yang mesti ada dalam beauty list adalah Hada Labo Hydrating Lotion ni.
Mengenakan losyen wajah merupakan langkah pertama dalam seni penjagaan muka. Losyen ini dirumus khas untuk melembap serta menyediakan kulit bagi langkah penjagaan seterusnya. Ia juga mampu ‘mengunci’ lembapan, menjadikan kulit kita lebih sihat semula jadi.
Tak hairanlah losyen ni sangat berpengaruh dan menjadi losyen No. 1 di Jepun selama 16 tahun berturut-turut. Hada Labo Hydrating Lotion kekal di hati wanita yang mencintai amalan ‘Cara Kecantikan Jepun.’
KEBAIKAN LOSYEN
1. Lembapan Pintar
Berbanding losyen wajah lain, Hada Labo Hydrating Lotion diperhebatkan dengan 5 jenis Hyaluronic Acid (HA) yang dipatenkan. Ia mampu membaik pulih lapisan permukaan kulit dan melindunginya daripada ancaman luar.
HA adalah sejenis bahan yang wujud secara semula jadi dalam tubuh manusia untuk memberikan kelembapan, keanjalan dan kelembutan pada kulit.
Hada Labo menghasilkan HA dalam pelbagai saiz molekul iaitu HA besar, sederhana, Super HA, Nano HA dan Fermented HA untuk penyerapan maksimum ke setiap lapisan kulit, sekaligus membekalkan lembapan berpanjangan hingga 8 jam.
Bahkan dalam rumusan terkini Hada Labo Hydrating Lotion, tambahan Fermented HA yang pertama di dunia turut membantu memulihkan dan menguatkan rintangan kulit. Hebatnya!
2. Prep Solekan
Hada Labo Hydrating Lotion juga sesuai dipakai untuk prep solekan. Langkah ini penting bagi menyediakan permukaan wajah yang sempurna, sekaligus memastikan mekap tahan lama tanpa kesan bercapuk.
3. Mengimbangi Air & Minyak
Hada Labo Hydrating Lotion turut dirumus dengan kandungan air serta minyak yang seimbang untuk kulit. Penghasilan minyak semulajadi ini membantu mengurangkan jerawat dan mengecilkan saiz liang pori.
4. Kesan Ketara
Nikmati kompleksi kulit yang lebih sihat serta kurang berminyak dengan tekstur halus secara keseluruhan. Semua kebaikan HA memastikan wajah anda tampil lebih segar bermaya, lembut dan berseri-seri.
5. Penjagaan Kulit
Komited untuk memberikan hanya yang terbaik kepada kulit, Hada Labo Hydrating Lotion dirumus dengan formula bebas bahan memudaratkan seperti alkohol, paraben, pewangi, pewarna, minyak mineral dan MIT.
6. Memulihkan Rintangan Kulit
5 jenis HA yang dipatenkan dalam losyen wajah ini cukup berkuasa untuk menguatkan rintangan kulit, menjadikan ia lebih sihat dan mampu mencegah jerawat dan menjadikan kompleksi lebih berseri.
Baru beberapa kali layan siri premium ‘Project; Exit’, hati dah tersangkut, mungkin sebab isu kesihatan mental yang dipaparkan sangat relatable dan paling hebat siap, melalui inisiatif promosi teknologi AI untuk bantu remaja atasi kecelaruan fikiran.
Setiap manusia ada jalan cerita berbeza. Dalam siri ‘Project; Exit’ yang mengisahkan perjalanan empat anak remaja yang bergabung mencari jalan keluar daripada pusat pemulihan akhlak. Awalnya pakat geram juga tengok budak-budak tu memberontak, tapi rupanya ada perkara yang menyebabkan mereka agresif.
Memberontak ketika zaman remaja adalah normal, namun tingkah laku bermasalah mungkin membawa isyarat lebih membimbangkan terhadap kesihatan mental anak muda. Inilah mesej yang ingin disampaikan dalam siri ‘Project; Exit’, topik remaja yang ditimpa isu kesihatan mental serta semakin membimbangkan di Malaysia.
Percaya dengan kebijaksanaan kita sebagai penonton, siri premium ini digarap bukan saja untuk menghiburkan, malah membangkitkan perbincangan, menjadi pemangkin perubahan dan sikap saling menyokong satu sama lain di kalangan generasi muda.
Misalnya di platform X, apabila inisiatif Astro menggunakan kekuatan teknologi AI (Artificial Intelligence) mendapat sambutan ramai dan menjadikan medan sosial selama 3 hari begitu rancak.
Bayangkan dengan gabungan content, selebriti dan teknologi… confirm berkesan untuk meniup semangat penonton terutamanya mereka yang memerlukan bantuan motivasi dan ini merupakan inisiatif pertama pernah dilihat daripada mana mana drama tempatan.
Sangat relatable, tengoklah komen-komen kat atas tu!
Sesak dada dihimpit pertanyaan demi pertanyaan, otak bercelaru dengan masalah hidup serta seribu satu isu yang membelenggu jiwa. Isu kesihatan mental pun sangat relatable lebih-lebih lagi bila para pelakon menunjukkan sokongan moral di platform media sosial Astro Malaysia seperti X. Macam meluah pada besties!
Tengoklah ni, memang next level tau. Terpegun tengok AI Mierul Aiman dan Shasha bagi nasihat pada followers, nampak real betul!
Teknologi AI yang digunakan pun mampu merakamkan respons pelakon, membolehkan mereka berinteraksi dengan pengguna di media, meruntun emosi sedih, kecewa dan cemas dengan kata-kata yang positif dengan sistem pemantauan sosial.
Teknologi AI ini dilatih dengan rakaman suara dan video pelakon supaya dapat meniru gaya dan nada sebenar mereka. Mesej peribadi ini bertujuan untuk bagi moral support kepada penonton yang memerlukan.
Melalui hashtags #ProjectExit, tak hairanlah dapat lebih 50 respons sehari dan melihat kepada sambutan, mungkin lebih 100 video telah dilancarkan dan inisiatif ini beri impak bermakna dan menginspirasikan anak muda yang dahagakan sokongan.
Khusus untuk peminat siri premium Astro Originals, Bahagian 1 siri ‘Project; Exit’, yang merangkumi episod 1 hingga 4, boleh ditonton secara on demand melalui Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan sooka.
Sementara itu, Bahagian 2 yang merangkumi episod 5 dan 6 akan disiarkan bermula 15 November 2024 di platform yang sama. Ikuti info menarik dan klip melalui akaun Instagram, TikTok, Facebook, X, Astro Gempak, dan Astro Shaw menggunakan tanda pagar #ProjectEXIT dan #AstroOriginals.
Berita baik buat peminat #ProjectEXIT, anda berpeluang bertemu dengan keempat-empat pelakon utama di One Astro Fan Fest pada 23 November, bermula 12 tengah hari di Sunway Pyramid.
Filem Dolittle pastinya tidak akan mengecewakan para peminat setia Robert Downey Jr. yang sangat sinonim dengan watak superhero terkenal iaitu Ironman. Melakonkan watak utama sebagai Dr. John Dolittle, filem ini mengisahkan tentang seorang doktor terkenal yang bertapa dan menyembunyikan diri di belakang Dolittle Manor selepas tujuh tahun kematian isterinya.
.
Mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan haiwan, Dr. Dolittle terpaksa berlayar dan melalui pengembaraan epik ke pulau mitos bagi mencari penawar buat Ratu England yang sedang gering.
Tidak berlayar seorang diri, dia juga turut membawa ‘rakan-rakannya’ yang terdiri daripada pelbagai spesies haiwan untuk berlayar bersama. Namun, dia tidak sangka akan bertemu dengan makhluk yang luar biasa sepanjang pengembaraannya itu.
.
Walaupun mungkin pada awalnya penonton akan memikirkan hanya kanak-kanak sahaja yang akan terhibur tetapi sebenarnya tidak kerana rata-rata penonton yang terdiri daripada golongan dewasa juga turut menyukai filem ini kerana ia sarat dengan elemen yang melucukan.
Sis paling terhibur bila menyaksikan babak pergaduhan di antara Yoshi si beruang kutub yang dialih suara oleh John Cena dan juga Chee-Chee si gorilla (Rami Malek). Serius, comel sangat!
.
Ditayangkan di seluruh pawagam bermula hari ini, cepat-cepatlah dapatkan tiket filem Dolittle ini untuk menyaksikan sendiri sisi lucu Robert Downey Jr. yang tidak disangka-sangka. Oh lupa, Selena Gomez juga turut membuat kemunculan istimewa dalam filem ini tau!
.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Trend beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.Segalanya mesti...