Bulu di bahagian tubuh yang dilindungi juga harus dijaga agar tubuh bersih dan bebas daripada bau yang kurang menyenangkan. Salah satu bahagian badan tersembunyi yang memerlukan perhatian khusus adalah bahagian ketiak. Bulu ketiak dan bulu kaki terutama mereka yang memiliki bulu kaki yang lebat antara perkara yang merimaskan kaum wanita.

Ramai wanita berasa kurang cantik jika bulu di bawah ketiak tidak dicukur serta bulu kaki yang tebal dan panjang. Kebiasaannya ramai wanita menghilangkan bulu ketiak dan bulu kaki dengan cara waxing, bercukur, dan kalau ada lebih bajet, mereka akan melakukan rawatan laser.

Photo by Cliff Booth from Pexels

Sebenarnya dalam tidak sedar, ramai yang kerap melakukan kesalahan ketika mencukur bulu ketiak dan bulu kaki. Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah ketika bercukur, kulit di bahagian ketiak dan kaki mengalami luka dan kulit di bahagian tersebut menjadi kering.

Berikut dikongsikan tip yang perlu diberikan perhatian ketika mencukur bulu ketiak dan bulu kaki.

IKLAN

JANGAN TEKAN TERLALU KUAT
Anda mungkin berpendapat bahawa semakin kuat tekanan ketika bercukur, semakin banyak rambut yang akan dicukur. Menurut pakar dermatologi, Deny Engelman, semakin kuat tekanan pisau cukur, maka permukaan kulit menjadi lebih tidak rata, sehingga sukar untuk mencukur bulu sama ada di bahagian ketiak mahupun kaki.

Photo by cottonbro from Pexels

LAKUKAN EKSFOLIASI (PENGELUPASAN)
Bercukur tidak mengikis sel-sel kulit mati pada masa yang sama, jadi lebih baik lakukan eksfoliasi atau pengelupasan terlebih dahulu. Sekiranya kulit sensitif, pengelupasan harus dilakukan sebelum bercukur. Pengelupasan membolehkan pelembap menembusi kulit dengan lebih berkesan selepas aktiviti bercukur.

SIMPAN PISAU CUKUR DENGAN CARA YANG BETUL
Jangan simpan pisau cukur anda di bilik mandi, kerana kelembapan boleh merosakkannya. Pisau cukur yang disimpan di kawasan yang lembap akan menyebabkan ia mudah berkarat. Ia juga boleh meningkatkan risiko jangkitan bakteria atau kulat. Apa yang boleh dilakukan ialah selepas bercukur, bilas pisau cukur dengan air suam, keringkan dengan tuala, dan simpan di tempat yang kering.

IKLAN

GUNAKAN KRIM PENCUKUR BERBANDING SABUN
Sabun sering menjadi alternatif sebagai krim pencukur. Walau bagaimanapun ia tidak menjadikan proses mencukur menjadi lebih lancar. Lebih baik gunakan krim pencukur yang memang dikhaskan untuk aktiviti bercukur supaya cukuran jadi lebih lancar, kemas dan tidak menyakitkan.

Photo by Tara Winstead from Pexels

Bagi mereka yang memiliki kulit jenis sensitif sangat penting untuk menggunakan krim pencukur ketika bercukur. Krim pencukur biasanya mengandungi emolien yang dapat mengelakkan kulit mengalami alahan. Tetapi jika anda kehabisan krim pencukur, jangan sesekali menggunakan sabun sebaliknya gunakan minyak kelapa, atau minyak zaitun. Elakkan juga daripada menggunakan buih mandian dan juga syampu rambut.

IKLAN

JANGAN BERCUKUR SELEPAS MANDI
Folikel pada rerambut (bulu) akan lebih lembut apabila bulu terkena air. Ia menjadikan bulu-bulu pada bahagian ketiak dan kaki  lebih mudah dicukur dengan kemas dan bersih. Oleh itu lakukan aktiviti bercukur ketika mandi bukan selepas mandi.

HIJABISTA: Bercukur secara tergesa-gesa boleh menyebabkan luka. Sekiranya keadaan itu berlaku, segera bilas bahagian tersebut dan gosokkan dengan sedikit antiperspirant.

Sumber kredit: Photo by Sora Shimazaki from Pexels