Penjagaan wajah yang paling asas bermula dengan pencuci, penyegar (toner) dan pelembap wajah (moisturizer). Ramai wanita hanya mementingkan pemilihan pencuci muka hingga melupakan kepentingan toner dan moisturizer.

Tahukah anda bahawa toner merupakan item yang penting untuk membersihkan sisa-sisa solekan dan kotoran yang menempel pada wajah.

Sekiranya tidak dibersihkan dengan betul, pori-pori boleh tersumbat hingga menyebabkan kemunculan jerawat. Tetapi, anda tidak boleh memakai sembarangan toner. Pilih toner mengikut kesesuaian kulit anda.

Photo Mathilde Langevin from Unsplash

Nak tahu caranya? Ikut tip ini.

KULIT KERING

 

Untuk wanita yang memiliki kulit jenis kering, hindari daripada memakai toner yang mengandungi alkohol. Alkohol boleh menghilangkan kelembapan alami pada wajah.

Sebaiknya, pilih toner yang memiliki bahan pelembap yang mampu melembapkan kulit. Ia akan membantu menghidrat dan melembutkan kulit wajah anda.

KULIT BERMINYAK 

 

IKLAN

Buat anda yang memiliki kulit berminyak, pilih toner yang ada kandungan astringen. Zat tersebut akan mengurangkan dan mengawal minyak, menyegarkan kulit serta mengecilkan pori-pori. Astringen dikatakan boleh didapati di dalam timun.

KULIT KOMBINASI

 

Kulit kombinasi memang agak sukar kerana ia memerlukan dua jenis toner yang berbeza. Anda disarankan untuk menggunakan dua jenis toner sekali gus.

Untuk T-Zon atau area dahi, hidung dan sekitar pipi yang lebih cenderung berminyak, anda digalakkan untuk memakai toner khusus untuk kulit berminyak.

Untuk kawasan selain T-Zon, anda boleh menggunakan toner yang tiada kandungan alkohol kerana kulit akan jadi semakin kering jika tersalah memilih toner.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Seorang pengguna di twitter menggunakan nama akaun Iman Abdul Rahim yang sering menjadi rujukan netizen dalam bab kecantikan berkongsi pilihan toner atau penyegar yang sesuai dan dan selamat digunakan kerana tiada kandungan alkohol.

IKLAN

Menurutnya jangan gunakan produk ada alkohol terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Pemakaian toner juga penting kerana berfungsi untuk bersihkan kotoran yang tidak habis dicuci. Ia juga penting untuk kembalkan pH kulit kita selepas mencuci muka. Juga berfungsi untuk menutup kembali pori-pori yang terbuka besar cubalah nivea invigorating toner.

Mampu milik kerana harga bawah RM10 dan diperbuat daripada pegaga. Shurah toner pegaga. 

Boleh memutihkan dan juga sesuai digunakan untuk kulit yang ada masalah jerawat.

Sedikit pedih tetapi ada kandungan vitamin C. Clean & Clear Fairness Toner

IKLAN

Harga yang sama tetapi berlainan label. Keduanya-duanya juga free alcohol. Safi Rania Gold Toner

Paling bagus dan berbaloi memilikinya. Bagus untuk kulit sensitif, soothing dan juga tidak melekit. Simple Toner

Yang ini juga bagus tetapi harganya sedikit mahal. Tapi kalau berbaloi tidak salah memilikinya. Hada Labo Hydrating Lotion

Netizen juga berkongsi penggunaan produk lain yang juga bebas alkohol. Eden Soothing Toner

Ini juga sesuai untuk mereka berkulit kering dan sangat disyorkan penggunaannya.

HIJABISTA: Fungsi penyegar wajah bukan sekadar membersihkan wajah tetapi juga menganjalkan kulit selain mencegah jerawat muncul. Namun pemilihan penyegar wajah harus dilakukan dengan betul agar kesannya pada kulit wajah mencapai tahap maksimum.

Sumber kredit: Twitter: Iman Abdul Rahim  Top image: Photo by Sora Shimazaki from Pexels

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI