Ketika ribuan syarikat terpaksa menutup perniagaan, kehadiran pasar raya baharu dalam industri peruncitan negara akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua tidak kira latar bangsa dan agama dan sekali gus membantu merancakkan kembali ekonomi negara.
Lengkap dengan segala bahan untuk hidangan harian anda. Cherry Mart, syarikat penuh bumiputera milik Amatera Sdn Bhd membuka cawangan perdananya secara rasmi di Kajang, Selangor.
Lubuk penggemar masakan thai
Sampai bila mahu makan di kedai? Sedangkan selera untuk menikmati masakan pantai timur kini agak terbatas dengan keadaan cuaca pantai timur yang tidak menentu. Usah gusar! Pasaraya inilah lubuk untuk gadis-gadis mencari bahan masakan ala-ala masakan Thai dan pantai timur. “Berdasarkan maklum balas pelanggan, Cherry Mart cukup unik kerana ia turut menawarkan barangan untuk masakan Thai dan pantai timur yang cukup digemari rakyat Malaysia”
Pengurus Cawangan Cherry Mart, Hasrul Hisham berkata, pasar raya berkonsepkan pasar basah, kombinasi dengan citarasa kampung berhawa dingin itu menjual pelbagai makanan laut segar, termasuk daging dan ayam halal dengan proses penyembelihan mengikut syarak, termasuk sayur-sayuran yang segar dari ladang.
Menjamin keselesaan ketika membeli
Kesan penularan wabak Covid-19 sejak dua tahun lalu ternyata memberi tamparan yang hebat kepada ekonomi negara dan dunia amnya. Pasti anda lebih terdedah dengan orang ramai yang mungkin kita tidak tahu kebersihan dan keselamatannya.
Ads
Menurut Hasrul, Cherry Mart menjanjikan persekitaran dan suasana yang selesa, di mana keunikan Cherry Mart ini bukan sahaja terletak pada harganya yang berpatutan, tetapi juga khidmatnya yang efisyen dikenali sebagai “Potong, Bungkus, Hantar”, bagi yang mahukan penghantaran terus ke depan pintu rumah. Nah! Pesan sahaja jika itu yang memudahkan, janji seisi keluarga gembira dengan setiap hidangan anda.
Pelbagai promosi mesra pelanggan
Pandemik telah mengajar rakyat Malaysia berurusan dengan lebih bijak bagi menjaga keselamatan dan kesihatan seisi keluarga. Menariknya pasaraya ini, bagi penduduk sekitar Bangi, Kajang, Cheras, Putrajaya, Cyberjaya, Sepang dan Nilai boleh mendapatkan khidmat penghantaran penghantaran bermula 15 Jan 2022, menerusi website www.cherrymart.com.my atau boleh hubungi talian mesra pelanggan kami di 017-789 7787.
Bersempena pra-pembukaan, Cherry Mart juga telah memperkenalkan promosi RM1.97 untuk setengah ekor ayam segar bermula 21 hingga 23 Disember yang lalu bagi sama-sama membantu mereka yang terkesan akibat pandemik dan musibah banjir.
Ads
Rezeki sama untuk dikongsi
CherryMart juga berkolaborasi dengan gerak kerja misi bantuan banjir, terutama bagi membekalkan air mineral ke kawasan terjejas banjir baru-baru ini. Tidak sekadar mengejar keuntungan semata-mata, Cherry Mart turut mengetengahkan konsep “Membeli Sambil Berinfaq”. Melalui konsep ini, pada hari tertentu barangan basah akan diagihkan kepada Madrasah dan Sekolah Tahfiz yang terpilih sebagai sekolah angkat, Cherry Mart menyasar untuk membuka 10 lagi cawangan pada 2022.
Peluanga anda untuk menjana pendapatan dan memulakan perniagaan, Cherry Mart juga membuka peluang bagi yang berminat membuka cawangan francais, hanya memerlukan modal permulaan sekitar RM500,000 bergantung kepada keluasan lot kedai. Yakin bahawa rezeki sama untuk dikongsi dan berpegang dalam rezeki kita ada juga rezeki orang lain, Cherry Mart sangat mengharapkan doa dan sokongan orang ramai untuk terus memenuhi fardu kifayah, berniaga, bersilaturahim dan berinfaq.
Cawangan terbaru Cherry Mart terletak di 13-G, Jalan Putra 2, Taman Kajang Putra, Kajang, Selangor. Mengenali Cherry Mart dengan lebih dekat, merangkumi produk dan perkhidmatannya bolehlah layari Facebook Page: Cherry Mart dan Instagram @cherrymartmalaysia
SUMBER GAMBAR: Izzul Iman
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bukan sahaja pakaian, tetapi kasut juga harus dijaga dengan rapi supaya dapat dipakai dengan lama dan kualitinya tetap terjaga walaupun sudah beberapa kali digunakan. Pelbagai cara yang dapat anda lakukan untuk memastikan kasut tidak mudah terhakis, pudar warnanya ataupun tapak tertanggal.
Antara cara terbaik yang anda boleh lakukan untuk menjaga kasut adalah:
1. Selalu terjadi jika hari hujan, pastikan kasut anda yang basah dibiarkan kering di kawasan bersuhu bilik. Elak menggunakan tenaga haba yang kuat atau alat pengering kerana ia menyebabkan kasut longgar, terkupas, pudar warna dan mudah merekah.
2. Selain itu, elakkan dari menjemur kasut di bawah cahaya matahari yang terik dan membahang dalam kadar masa yang terlalu lama kerana boleh menyebabkan kasut jadi reput. Jika kasut sudah reput, warnanya akan pudar, kulitnya mudah tertanggal dan tapaknya juga tidak akan kuat.
3. Untuk anda yang suka memakai kasut tumit tinggi, jangan sesekali memakainya di perjalanan lasak kerana memungkinkan kasut untuk cepat rosak, malah ia memberi ketidakselesaan semasa memakainya.
4. Untuk memastikan kualiti kasut terus terjaga dan kualitinya masih elok,, usah longgokkan kasut di satu tempat. Asingkan mengikut jenis kasut, dikhuatiri kasut berlaga satu sama lain terutamanya bagi jenis kasut bertumit tinggi dan tajam.
5. Jika kasut terkena kotoran, bersihkannya dengan segera. Membiarkan kotoran pada kasut akan menyebabkan ia menjadi kotoran kekal dan meninggalkan warna kuning yang merosakkan kecantikan sepatu.
6. Pernah tak anda melihat ada kesan lipatan pada kasut yang menyebabkan kualitinya tidak elok? Oleh itu, jangan melenturkan kaki ketika memakai kasut kulit adalah perkara yang tidak digalakkan. Terutamanya pada kasut yang mempunyai material plastik, getah mahupun kulit. Trik yang terbaik, Sumbat bahagian depan kasut dengan kertas serta penahan khas di dalam kasut agar bentuk kasut kekal dan tidak membengkok mahupun terlipat.
7. Jangan biarkan kasut yang terkena lopak tanpa membasuhnya. Lumpur yang terlekat menjadikan kasut mereput dengan pantas.
8. Elak memakai stokin yang sama setiap hari kerana ia memerangkap bau peluh kaki anda di dalam kasut.
9. Bagi anda yang mempunyai masalah kaki berbau, letak pewangi di dalam rak kasut bagi menghilangkan bau kaki yang terperangkap sekali gus menjadikan bau kasut lebih segar.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyanyi Aina Abdul berjanji akan menjaga sensitiviti berpakaian ketika beraksi di konsert A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) Live at Istana Budaya yang berlangsung pada 25 dan 26 Jun ini.
Masih mengekalkan identiti dalam berfesyen, Aina mengambil kira semua saranan yang diberikan oleh orang ramai.
“Setiap malam konsert ANWAA 2.0, saya akan pakai busana berbeza. Saya bakal memperagakan 10 persalinan busana hasil ciptaan pereka fesyen tempatan sepertI Melinda Looi, Zaimi Zulkafli, Rizman Ruzaini, Tsyahmi, Wan & Mary, Behati, Khuntumn dan Masyadi Mansoor.
“Saya tetap mengekalkan identiti Aina Abdul iaitu berani bereksperimen dalam berfesyen, tetapi saya mengambil kira saranan orang ramai dan akan menjaga sensitiviti agar tidak terkait isu panas.
“Baju yang saya gayakan mempunyai maksud tersendiri dan ada juga bersifat ekstravaganza seperti yang selalu saya pakai. Tunggu dan lihat hasilnya nanti, saya memang tak sabar,” kata Aina.
ANWAA 2.0 menjadi medan Aina menonjolkan bakat sendiri dan sebagai salah satu tanda terima kasih Aina kepada semua peminat yang selama ini tidak pernah berhenti menyokong. Bersyukur segala persiapan berjalan lancar, Aina memohon agar perjalanan konsert dipermudahkan.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Konsert ini menjadi tanda usaha gigih saya dan team Aina Abdul Entertainment untuk memberikan sesuatu untuk peminat.
“Kalau boleh pada malam konsert, saya nak penonton sama-sama menghayati apa yang saya cuba sampaikan, sama-sama menangis, sama-sama ketawa, sama-sama menyanyi.
“Saya nak semua puas menyaksikan ANWAA 2.0 dan saya memohon doa semua peminat agar perjalan konsert selama dua malam dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya lagi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila anda mula-mula membuka peti masuk Gmail, ia akan kelihatan mudah – hanya senarai e-mel, folder dan bar carian. Tetapi sebagai salah satu produk utama Google, mungkin yang paling penting selepas Carian – ia mempunyai berdozen tetapan dan ciri untuk disesuaikan.
Beberapa petua terbaik ini untuk mengurus peti masuk Gmail anda, termasuk cara menukar rupa Gmail, cara mengisih e-mel, jenis mesej yang disimpan atau dipadamkan dan banyak lagi. Bermanfaat sungguh!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Dalam Gmail, ‘jenis peti masuk’ anda menentukan susunan e-mel yang dipaparkan. Secara lalai ia hanya akan menyenaraikan e-mel mengikut susunan yang anda terima. Tetapi anda boleh menukarnya supaya ia menyenaraikan e-mel yang belum dibaca dahulu, e-mel penting dahulu atau menggunakan penapis dan label anda.
Anda boleh menukar jenis peti masuk di tapak web Gmail atau dalam aplikasi Gmail. Di tapak web, ketik ikon gear di bahagian atas sebelah kanan dan kemudian cari bahagian Jenis Peti Masuk (inbox type). Dalam aplikasi, klik tiga baris bertindan di penjuru kiri sebelah atas, kemudian pilih tetapan (setting) untuk mencari pilihan ini.
Ini cara yang bagus untuk mengutamakan e-mel yang paling anda perlu lihat, biasanya yang baharu yang belum anda baca lagi. Sebaik sahaja memilih jenis peti masuk baharu, anda mungkin perlu memulakan semula aplikasi sebelum ia berkuat kuasa.
Lebih padat peti masuk, lebih banyak kandungan muat pada skrin. Tetapi jika peti masuk anda penuh, mungkin sukar untuk membaca mesej. Gmail menawarkan tiga tahap ketumpatan: Lalai (default), yang memberikan ruang yang cukup untuk setiap mesej dan menunjukkan sebarang lampiran; Selesa, yang memberikan jumlah ruang yang sama tanpa menunjukkan lampiran dan kompak yang menggunakan ruang sesedikit mungkin.
Anda boleh bertukar antara ia secara bebas dengan mengklik ikon gear di bahagian atas sebelah kanan pada tapak web atau menu tetapan (setting) dalam aplikasi mudah alih.
Secara lalai, tapak web Gmail hanya mempunyai latar belakang putih atau hitam biasa. Tetapi anda boleh menukar latar belakang menjadi apa sahaja yang anda mahukan. Google menawarkan beberapa gambar yang boleh anda pilih atau anda boleh memuat naik foto anda sendiri.
Untuk mencari pilihan latar belakang, klik ikon gear di penjuru kanan sebelah atas sekali lagi. Di bawah tajuk tema (Theme) dalam sisi bar, anda akan menemui lapan latar belakang pratetap untuk dipilih. Klik salah satu daripada ini untuk menjadikannya sebagai latar belakang anda atau klik lihat semua (View All) untuk melihat lebih banyak pilihan.
Malangnya, anda tidak boleh menukar latar belakang aplikasi mudah alih, selain daripada menghidupkan atau mematikan mod gelap.
Gmail membolehkan anda menyusun mesej anda dengan “Label” serupa dengan folder. Anda akan menemui label anda di bar sisi kiri dan boleh menggunakan seberapa banyak label yang anda suka pada mana-mana e-mel. Anda boleh membuat label baharu di tapak web Gmail dan dalam aplikasi iPhone. Malangnya, aplikasi di Android tidak membenarkan anda membuatnya.
Tetapi ketiga-tiga versi Gmail membenarkan anda menambah label pada mana-mana e-mel dengan membukanya dan mengklik atau mengetik pilihan Label. Anda boleh mencari semua e-mel dengan label tertentu dengan memilih label tersebut di bar sisi kiri.
Anak tetingkap bacaan ialah ciri yang membolehkan anda membaca e-mel di tapak web Gmail (bukan apl) tanpa meninggalkan peti masuk. Ia boleh muncul sama ada di sebelah atau di bawah mesej yang anda baca. Untuk mengaktifkannya, klik ikon gear di penjuru kanan sebelah atas dan tatal ke bawah ke Tetingkap Baca (Reading Pane).
Menukar saiz halaman Gmail akan mengubah bilangan mesej yang dipaparkan oleh peti masuk sekali gus. Jika anda menerima berpuluh-puluh e-mel sehari, contohnya, menjadikan halaman lebih besar akan membantu anda melihat semuanya. Menjadikannya lebih kecil boleh membantu jika anda menggunakan komputer yang perlahan. Anda akan menemui pilihan ini pada halaman Tetapan (Setting) penuh tapak web Gmail. Aplikasi mudah alih tidak menggunakan halaman, ia hanya menatal tanpa henti.
Terdapat beberapa perkara yang lebih tertekan daripada menonton secara perlahan-lahan kaunter e-mel Gmail yang belum dibaca ditandakan ke atas. Tetapi nasib baik, anda tidak perlu membuka setiap e-mel untuk menetapkan semula kaunter ini. Tandakan sahaja e-mel sebagai dibaca.
Untuk “membaca” setiap satu e-mel anda sekali gus, pergi ke tapak web Gmail pada komputer dan cari label: inbox is:unread. Ia akan menunjukkan kepada anda semua e-mel anda yang belum dibaca, kemudiannya boleh anda gunakan kotak tanda semak untuk memilih dan menandai sebagai dibaca dengan cepat.
Setiap e-mel yang belum dibaca akan bertindak seolah-olah anda membukanya dan kaunter e-mel yang belum dibaca akan ditetapkan semula kepada sifar.
Walaupun anda telah membaca semua e-mel, ia masih menggunakan ruang dalam peti masuk anda. Jadi jika kehabisan ruang storan atau hanya benci kekacauan, anda harus tahu cara memadamkan e-mel secara besar-besaran.
Anda akan melakukannya dengan cara yang sama seperti anda menandai e-mel anda sebagai dibaca. Pergi ke tapak web Gmail dan cari e-mel yang ingin anda padamkan, taip label:inbox is:unread untuk mencari e-mel anda yang belum dibaca dan label:inbox is:read untuk mencari e-mel yang telah anda buka, kemudian pilih kesemuanya dan padam.
Jika anda secara tidak sengaja memadamkan e-mel yang anda ingin simpan, jangan panik. Cuma klik Sampah (Trash) di bar sisi kiri, cari e-mel yang anda padamkan dan seretnya ke tab Peti Masuk (Inbox).
Sebaik sahaja anda memadamkan e-mel, ia akan dialihkan ke folder Sampah (Trash) selama 30 hari. Selepas 30 hari, mesej itu akan dipadamkan sendiri selama-lamanya. Tetapi mesej dalam Sampah (Trash) masih menggunakan ruang storan. Jadi, jika anda telah memadamkan sekumpulan e-mel tetapi masih memerlukan lebih banyak ruang, anda harus pergi ke Sampah (Trash) dan memadamkannya lebih awal.
Untuk memadamkan semua mesej Sampah (Trash), buka folder Sampah (Trash) dan klik atau ketik Kosongkan Sampah (Empty Trash) di bahagian atas halaman. Anda boleh melakukan ini di tapak web atau dalam aplikasi.
Anda juga boleh memadamkan mesej tertentu secara individu dengan membukanya dan memilih pilihan Padam selama-lamanya (Delete Forever).
Jika anda ingin mengosongkan peti masuk, tetapi tidak mahu memadamkan e-mel secara kekal, pertimbangkan untuk mengarkibkannya. Mengarkibkan e-mel mengeluarkannya daripada peti masuk anda, tetapi memasukkannya ke dalam folder Semua Mel berasingan yang boleh anda lihat bila-bila masa anda mahu. E-mel ini tidak akan memadamkannya sendiri, tidak seperti Sampah.
Untuk mengarkibkan e-mel, bukanya dan kemudian klik atau ketik ikon Arkib di bahagian atas halaman. Ia kelihatan seperti kotak dengan anak panah menghala ke bawah di dalamnya. Sebaik sahaja anda telah mengarkibkan e-mel, anda boleh menemuinya di dalam folder Semua Mel (All Email). Pilih sahaja di bar sisi kiri.
Penapis spam Google cukup pintar. Tetapi kadangkala ia boleh menjadi sangat payah sehingga ia menandai e-mel yang anda mahu terima sebagai spam juga. Jika Gmail telah mengisih e-mel penting secara automatik ke dalam folder Spam, pergi ke folder Spam dan buka mesej, kemudian klik atau ketik Laporkan bukan spam (report not spam) atau Bukan spam (not spam) di bahagian atas halaman.
Jika anda tidak melihat pilihan ini dalam apl mudah alih, ketik tiga titik di penjuru kanan sebelah atas dan kemudian pilih Bukan spam (Not Spam) dari sana. Memindahkan semula mesej ke dalam peti masuk anda seharusnya mengajar Google untuk tidak menapis mesej seperti itu pada masa hadapan.
Jika anda menerima e-mel daripada seseorang yang anda tidak mahu melihatnya, anda boleh menyekat mereka. Ini secara automatik akan memadamkan sebarang mesej yang anda terima daripada alamat e-mel tersebut.
Buka sahaja e-mel yang anda terima daripada orang yang anda ingin sekat, klik tiga titik di sebelah butang Balas, kemudian pilih Sekat (Block). Sebagai alternatif, pilih Nyahlanggan (Unsubscirbe). Ia akan membawa anda keluar daripada senarai mel yang mana e-mel itu datang.
Jika anda ingin menyahsekat seseorang kemudian, gunakan tapak web Gmail untuk mengklik ikon gear di penjuru kanan sebelah atas, kemudian klik Lihat semua tetapan (See all setting). Pada halaman tetapan yang terbuka, klik Penapis dan Alamat Disekat (Filter and Blocked Addresses), kemudian klik nyahsekat (Unblock) di sebelah orang yang anda ingin dengar semula.
Seperti kebanyakan apl Google, anda boleh menavigasi sekitar tapak web Gmail tanpa tetikus. Apa yang anda perlukan ialah papan kekunci dan pintasan. Pertama, anda perlu menghidupkan pintasan. Buka tapak web Gmail dan klik ikon gear di penjuru kanan sebelah atas, kemudian klik Lihat semua tetapan (See all settings). Pada halaman tetapan, tatal ke bawah ke Pintasan papan kekunci (Keyboard shortcuts) dan pastikan pintasan papan kekunci dihidupkan (Keyboard shortcuts on) dipilih. Kemudian tatal ke bahagian bawah halaman dan klik Simpan Perubahan (Save Changes).
Sebaik sahaja anda menghidupkannya, anda boleh menavigasi kebanyakan ciri asas Gmail tanpa tetikus. Contohnya, jika anda ingin mengarang mesej baharu, ketik kekunci C atau D. Untuk memilih bar carian, ketik kekunci /. Dan untuk menavigasi antara mesej dalam peti masuk anda, gunakan kekunci J dan K.
SUMBER: businessinsider.com
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Shikin Maembong bertudung mencuri perhatian apabila berkongsi foto berhijab sebagai hadiah ulang tahun buat suaminya, Cat Farish. Penampilan manis itu turut meraih pujian dan doa daripada warganet.