
Pelbagai cara dilakukan untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. Ada yang menggunakan diet pisang, diet telur, diet rendah kalori dan juga petua semula jadi untuk memastikan dapat berat badan ideal. Perkongsian di laman sosial facebook oleh seorang wanita memberitahu cara dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kg dalam masa 7 bulan.
MENU: RESEPI BANANA OAT PANCAKES VERSI DIET
Resepi asal oleh Coach Sophia Safian
Nak tak saya kongsikan rahsia saya berjaya turunkan 40 kg berat badan dari 90 kg sejak 1hb Disember 2017?
Jika anda semua pernah terbaca posting viral ‘Diet Pisang’ berjaya turunkan berat badan 27 kg dalam tempoh 3 bulan, itu lah saya. Sekadar berkongsi menu sihat supaya selepas ini lebih ramai gadis di Malaysia.
BAHAN-BAHAN:
2 Biji Pisang Cavendish (Pisang Diet)
5 sudu besar Instant Rolled Oats
1 biji telur
30 ml minyak Zaitun atau Olive Oil
1 sudu besar jem Strawberry
CARA MEMBUATNYA:
1. Lecekkan buah pisang ke dalam mangkuk.
2. Masukkan 1 biji telur dan gaulkan sehingga sebati.
3. Kemudian, masukkan 5 sudu besar Instant Rolled Oats ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
4. Masukkan 30 ml minyak zaitun atau Olive Oil ke dalam adunan pancake itu tadi.
5. Panaskan kuali Non-stick pan dan kemudian masak pancake sehingga kekuningan.
6. Letakkan di atas piring dan hiaskan dengan beberapa biji buah Blueberry dan Strawberry mengikut kesukaan.
7. Tuangkan 1-2 sudu jem ke atas pancake dan sedia untuk dihidang.
Moga dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan ideal seperti yang diinginkan.
Sumber kredit: Sophia Safian
Lebih 14k Shares, Wanita Dedah Cara Atasi Masalah Rambut Yang Dulu Gugur Segenggam

Rambut yang lebat, lembut, kilat dan sihat memang menjadi idaman semua. Siapa yang mahu rambut yang nipis kan lebih-lebih lagi sewaktu usia masih muda ini. Oleh itu, penjagaan rambut ini perlulah dimulakan dari sekarang tidak kiralah sama ada anda berhijab ataupun tidak.
Eka Farinna telah berkongsikan caranya bagi mendapat rambut yang lebat dan cantik di Facebook yang telah mendapat hampir 14 ribu shares daripada orang ramai.
Dulunya mengalami keguguran rambut yang teruk…
– TAK KENAL MAKA TAK CINTA –
RAMBUT ANDA KEGUGURAN & BERKELEMUMUR?? Gunalah SEBORIN HAIR TONIC !!!
Serious Eka menyesal sebab lambat kenal produk ni. Ok ni Eka nak share kebaikan produk yg ohsem abad. Cewah ayat have2 sangat ? Betul Eka tak kan share kalau benda ni tak bagus. Bukan senang Eka nak review tulis panjang2 ni. Anda ingat saya ada masa untuk benda ni semua? Bukan dapat payment pun. Hahaha ? Niat Eka nak share dengan kawan2 semua yang ada masalah sama.
Nak dijadikan cerita, dah hampir 5 tahun Eka menderita keguguran rambut yg agak teruk + berkelemumur tambah2 lepas bersalin anak pertama. Eka jadi stress dengan masalah rambut ni. Dulu muka dah elok dari breakout, mai rambut gila hang setiap kali sikat rambut luruh banyak, sisir dengan tangan pun luruh, buka getah rambut pun penuh kat getah, bila bangun tidur tengok atas bantal pun banyak rambut gugur.
Rambut gugur segenggam di bilik air.
MasyaAllah tu tak kira lagi bila kita shampoo dan bilas2 rambut tudia segenggam kat tangan penuh kat bilik air. Husband Eka pun naik stress & geram kat mana2 ada rambut. Atas lantai, kain baju, kadang kat makanan pun ada. Sumpah eka memang tak boleh control. Campur dengan kelemumur punya la banyak jatuh yang putih2 tu.Sampai dia tanya la isteri dia ni ada sakit cancer ka?? Eka dah cuba macam2 jenis shampoo, conditioner & vitamin rambut tapi sama juga masalah tak selesai. Eka memang rambut panjang sampai pinggang bila luruh hari2 memang nampak makin nipis dah. Siap nampak botak sikit kat tengah. Oh tidak !! ??
Last2 sekali memang eka malas nak ambil tau dah pasal rambut ni. Eka hari2 just sanggul tinggi macam tu ja sampai 1 tahap tak bersikat weh sebab takut luruh banyak lagi. Aku pun dah jadi macam ala2 nenek kebayan lagi sebab dah tak boleh gerbang2 rambut ala2 wanita ayu gitu ? Haha hampa jangan gelak, ingat lagi tahun lepas gara2 xjaga rambut, rambut jadi bersimpul tak boleh sikat + first time mai kutu kot mana pulak dah. Haru sungguh tak pasal2 beli ubat kutu kat farmasi pakai. Laki aku punya marah la sebab takut anak2 berjangkit kutu pulak ?
Ok lepas kejadian tu eka dah jumpa shampoo yang agak serasi dengan Eka. Gambar shampoo ada Eka share kat bawah lepas Eka dah buat research sikit2. Eka buat keputusan dah tak nak pakai dah shampoo yang ada bahan Parabens, Silicone & Sulphates (Dalam conditioner mmg akan ada banyak bahan tu sebab rambut kita jadi lembut & licin gila) antara penyebab rambut gugur, sebab akan buat kulit kepala kita jadi berminyak. Shampoo yg bebas bahan ni semua kalau korang nak tau memang buih tak akan ada banyak & tak wangi sangat pun. So bila pakai shampoo ni jadi berkurang la sikit rambut gugur lebih ok dari sebelum tu memang banyak..memang nampak la kesan dia.
.
Tapi kan Eka macam biasa la agak susah hati sebab rambut dah tak lebat macam dulu lagi. Duk ingat tak sampai tua satgi rambut dah tak dak apa..huhu ? Sampai la 3 bulan lepas, Eka ada jumpa kawan Eka di kelas duduk sebelah, dia free hair rambut elok tebal siap colour2 gitu. Tanya dia pakai apa kat rambut. Terus dia bagitau dia spray2 tonic hair Seborin ni saja kat kulit kepala. Sebab salun rambut yg dia pergi tu pun suggest pakai yg ni. Lagipun memang dari pengeluar brand famous produk rambut kan SCHWARZKOPZ ni.
.
Tapi eka mula macam tak percaya kat kawan ni sebab takut sembang ja lebih. Balik tu cepat2 search cari review. Rupanya aku ni ketinggalan la eh bab2 tonic rambut ni. Haha alhamdulillah semua review Eka jumpa semua positif kata bagus. Memang sesuai sangat la macam kita yang berhijab ni suka berpeluh. Nak beli kat mana tonic ni?? Hanya ada jual kat Watson saja. Kat Guardian tanya dah memang tak jual. Tempat lain tak sure sebab ni import dari German.
.
Eka dah cuba selama 2 bulan lebih dah. Amazing woww dah tak ada rambut gugur lagi (gugur sehelai dua tu normal la) dah tak ada rambut kelumumur, dan anak rambut tumbuh dengan cepat & jayanya, lepas pakai ni uollss jangan risau rambut akan lebat gila.Then akan protect kulit kepala kita.
.
Ok cara nak guna boleh tengok kat gambar. Kalau rasa bermanfaat boleh share @ tag post ni dengan rakan2 yg mengalami masalah yang sama. Eka tak jual tau tonic ni. Boleh beli sendiri kat Watson tapi tak semua watson yang masuk tonic ni. Rasanya watson yg besar2 saja. Ni pun Eka jenuh cari kat Watson belah seberang Penang semua cakap tak ada stok. Last2 Eka direct beli dari supplier yg import ni.
Terima kasih sudi baca tulisan Eka panjang2 ni. Kalau ada kawan2 yg dah guna tonic ni boleh share sekali pengalaman guna di komen.
Produk-produk yang telah digunakan oleh Eka.
Syampu yang menjadi pilihannya.
Kadang-kadang tukar syampu yang ini juga.
Vitamin rambut bagi menguatkannya!
kredit: facebook Eka Farinna
7 Kesalahan Kecil Ini Jika Lakukan, Boleh Jadikan Bibir Anda Hitam. Elakkan Ya!

Bibir yang merah, sihat dan mungil menjadi idaman setiap wanita. Tetapi, terdapat sesetengah wanita mengalami masalah bibir hitam.
Tentunya anda malu dan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Sebenarnya, aktiviti seharian yang kita lakukan juga boleh membawa kepada masalah ini.
Ketahui 7 kesalahan kecil yang anda boleh hindari supaya bibir tidak hitam.
[su_heading size=”20″ margin=”10″]1. Guna Produk Yang Salah[/su_heading]
Sebaiknya, hindari daripada memakai produk kosmetik yang murah kerana kualitinya yang agak meragukan. Jangan sesekali memakai gincu bibir yang sudah tamat tempoh. Bibir bukan sahaja rosak, malah boleh jadi hitam dan pecah-pecah.
[su_heading size=”20″ margin=”10″]2. Gaya Hidup[/su_heading]
Gaya hidup yang tidak sihat juga boleh membawa kepada masalah ini. Contohnya, merokok serta minum minuman beralkohol. Biasakan minum air putih dan makan sayuran serta buah-buahan okay!
[su_heading size=”20″ margin=”10″]3. Kurang Air[/su_heading]
Kekurangan air akan membuatkan bibir kering dan pecah-pecah, akhirnya menjadi hitam. Perbuatan menjilat bibir juga perlu dihindari kerana ia akan membuat bibir menjadi lebih kering.
[su_heading size=”20″ margin=”10″]4. Alergi[/su_heading]
Kadangkala, bibir boleh menjadi hitam kerana alergi dengan sesuatu. Contohnya, ubat gigi yang anda gunakan. Hanya anda yang tahu tahap alergi anda kerana setiap orang berbeza-beza.
[su_heading size=”20″ margin=”10″]5. Kafein[/su_heading]
Diakui bahawa mengambil kafein akan membuatkan anda kembali segar. Tetapi, jangan ambil secara berlebihan. Kafein boleh menyebabkan bibir anda hitam dengan lebih cepat.
[su_heading size=”20″ margin=”10″]6. Tidak Menjaga Bibir Dengan Baik[/su_heading]
Bibir merupakan satu bahagian yang sensitif. Jadi, anda harus merawatnya dengan berhati-hati. Gunakan pelembap bibir serta skrub bibir untuk mendapatkan bibir yang lebih sihat dan tidak hitam.
[su_heading size=”20″ margin=”10″]7. Terkena Sinaran Matahari[/su_heading]
Seperti yang anda sedia maklum, kulit akan menjadi tidak sihat sekiranya terkena matahari terlalu lama. Salah satunya juga akan membuat bibir menjadi hitam. jadi, gunakan pelembap bibir yang mengandungi SPF agar bibir tidak hitam.
Baju Sudah Tidak Muat Petanda Berat Badan Naik Mendadak! Lakukan 5 Cara Mudah Ini Untuk Kurus Dengan Cepat!

“Aku dah gemuk!’
“Berat badan aku makin naik!”
“Baju aku dah tak muat!”
Situasi diatas seringkali terjadi kepada anda yang menghadapi masalag berat badan. Biarpun sudah cuma makan ubat-ubatan yang kononnya mampu untuk mengurangkan berat badan, namun berat badan semkin bertambah dan sama sahaja.

Hal ini membuatkan sesetengah individu hilang keyakinan diri, malu untuk bersosial dan paling teruk, ia menganggu masalah mental yang disebabkan depresi.
Sebenarnya, untuk mengurangkan berat badan dan tampil kurus merupakan sebuah proses yang panjang. Untuk memiliki bentuk badan yang kurus, ramping dan ideal bermula dari diri kita sendiri. Jika semangat anda kuat dan teguh pendirian, pastinya anda bisa menurunkan berat badan dengan jayanya. Ikuti langkah-langkah di bawah yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan hanya dalam jangka masa yang pendek! Apa yang penting, ada harus konsisten, fokus dan rajin! Selamat mencuba!

1. Suku-suku separuh

Ramai yang menganggap jika ingin kurus semuanya harus bermula dari bentuk senaman, sedangkan 80 peratus ialah daripada pemakanan. Jadi, amalkan konsep suku-suku separuh untuk menjadikan pemakanan anda lebih sihat dan berkhasiat. Contohnya:
Pagi:
- Roti 3 keping+ Green Ttea
- Air suam
Lunch:
- Nasi dua senduk
- Ayam atau ikan (sumber protein yang wajib diambil untuk tenaga)
- Sayur hijau rebus/ kukus
Dinner:
- Buah epal hijau (tidak lebih jam 8 malam).
2. 2-3 Air suam selepas bangun tidur

Jadikan rutin setiap pagi sebelum gosok gigi, minum air kosong dalam 2 hingga 3 gelas untuk membersihkan usus perut. Lebih disarankan untuk minum air suam yang memberi banyak kebaikan kepada tubuh badan.
3. Tidur yang cukup

Tahukah anda, orang yang tidak tidur dengan secukupnya boleh mengalami masalah berat badan? Ini adalah kerana apabila tidur tidak cukup, ia menjadikan metabolisme akan berkurangan dan sukar untuk membakar kalori serta lemak. Bukan itu sahaja, rutin tidur lambat akan menyebabkan kuantiti makanan yang diambil akan meningkat apabila anda makan ketika masih berjaga di tengah malam. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan berat badan malah ia juga boleh menyebabkan penyakit lain.
4. Kurangkan pengambilan gula

Mereka yang menghidapi kencing manis atau diabetis, pengambilan gula dengan kerap amat tidak digalakkan. Bukan untuk mereka sahaja, malah penting juga untuk semua peringkat umur. Elakkan minuman bergas yang bergula tinggi seperti Coke, Pepsi. Lebih baik minum air kosong. Jika anda terus mengambilkan pengambilan air bergula tinggi, nescara harapan anda untuk kuruskan badan tidak akan berjaya. Buang dan lupakan tabiat ini.
5. Bersenam dengan lebih kerap

Ini juga satu cara untuk kuruskan badan dengan cepat dan selamat. Bersenam tidak semestinya anda pergi ke gim yang mungkin memerlukan kos keahlian. Berjogging ataupun senaman kardio yang lain juga boleh menurunkan berat badan. Apa yang penting, anda harus sentiasa lakukan aktiviti fizikal. Contohnya, jika di pejabat, apa kata sekali-sekala gunakan tangga pula. Lebih menyihatkan badan. Ambil masa 30-45 minit untuk bersenam. Selain itu, aktiviti bersenam dapat membantu peredaran darah yang lebih cantik, dapat buang lemak dan menaikkan stamina badan. Perhatikan perbezaan selepas dua tiga kali anda lakukan aktiviti ini, pasti rasa lebih ‘fit’. Tidak lagi tercungap-cungap bila naik tangga. Badan pun lebih ringan dan otak lebih cerdas.
Untuk lebih menyeronokkan, ajaklah keluarga atau kawan-kawan untuk berjogging bersama di taman. Hubungan lebih akrab, peluh pun keluar, badan pun lebih kurus!