Pendakwah terkenal, Oki Setiana Dewi yang juga kakak kepada pempengaruh Indonesia, Ria Ricis baru-baru ini berkongsi perkembangan terkininya bersama suami dan anak-anak di Kaherah, Mesir.
Perkongsian itu dimuat naik di Instagram miliknya. Kelihatan Oki Setiana Dewi bahagia dan gembira dengan kehidupan terkininya itu bersama suami dan anak-anak tersayang.
Memetik perkongsian di portal HaiBunda, hampir dua minggu mereka sekeluarga menetap di sana.
Pendakwah ini turut memaklumkan dia kini sedang mencari sekolah yang sesuai buat empat orang anaknya iaitu Maryam Nusaibah Abdullah, Khadeejah Faatimah Abdullah, Ibrahim Muhammad Abdullah, dan Sulaiman Ali Abdullah.
Menerusi hantaran yang sama, Oki Setiana Dewi berkongsi koleksi foto yang memaparkan aktiviti bersama suami dan anak-anak selama beberapa hari mereka di Mesir.
“Sudah 10 hari di Mesir. Hari-hari sibuk menguruskan visa pelajar, mendaftar sekolah anak-anak, mencari tempat tinggal, menghadiri beberapa jemputan rakan-rakan di sini,” tulisnya.
“Tempat baru, lingkungan baru, orang-orang baru, ilmu-ilmu baru, semoga Allah mudahkan.’
Ads
Untuk info, Oki Setiana Dewi sebelum ini pernah mengumumkan perancangannya untuk berhijrah ke Mesir kerana mahu mendalami ilmu agama serta menyambung pengajian sekaligus meninggalkan kerjaya seninya.
Urusan penghijrahannya itu sebenarnya sudah dirancang sekian lama bersama suami, .
Sebelum terbang ke Mesir, Oki Setiana Dewi telah menyiapkan banyak perkara antaranya mempelajari bahasa Arab. Dia turut memindahkan anak-anaknya ke sekolah Arab di Jakarta.
Bintang filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ ini mengakui tidak ralat membuat keputusan tersebut di saat kerjaya seni dan aktiviti dakwahnya sedang berkembang.
Sepanjang ketiadaannya, Yayasan Maskanul Huffadz yang ditubuhkan untuk tujuan pendidikan keagamaan tetap diteruskan.
Pembabitannya dalam politik sejak usianya masih muda lagi. Sebaik ayahanda tersayang ditahan di jeriji besi, wanita ini gigih memperjuangkan agenda pembebasan dan kebajikan rakyat hingga digelar Puteri Reformasi.
Setelah hampir sedekad berlalu, nyata wanita ini bukan lagi gadis mentah, tetapi beliau sudah cukup matang mendepani pelbagai masalah yang berlaku di sekelilingnya.
Nyata pengalaman lalu menyuntik inspirasi buat diri YB Nurul Izzah untuk terus kukuh berdiri dalam mempertahankan apa yang diperjuangkan.
Beliau yang juga wakil rakyat di kawasan Lembah Pantai begitu bersemangat setiap kali bercerita soal reformasi pada hari ini yang dikatakan sangat baik untuk masyarakat masa kini terutama dalam usaha membina negara Malaysia yang lebih adil, aman dan harmoni.
Menurutnya kita harus mempunyai keberanian untuk mengubah pentadbiran yang ada sekarang untuk menyelamatkan ekonomi yang dikatakan begitu tidak stabil atau merakyat.
Masih segar di ingatan admin kala mengadakan sesi fotografi dengan beliau untuk muka hadapan sebuah majalah. Tika itu Nurul Izzah yang masih muda menyatakan kerinduan yang tak berbelah bagi pada ayahanda tersayang.
Dan kini, tika diberitahu, beliau sudi memenuhi undangan fotografi dengan HIJABISTA, bagai orang mengantuk disorong bantal. Terus sahaja terbayang momen fotografi lalu dan ketika berdepan dengannya, sekali lagi soalan sama menerjah kotak fikiran.
“Tidak rindukah pada Dato’ Seri Anwar Ibrahim”?
Itu antara soalan yang sempat diajukan pada wanita yang kian bijak, cukup pantas dan bersemangat menjawab setiap soalan yang diajukan.
“Dato’ Seri sudah lama terpisah daripada keluarga mengikut fasa. Jika diukur dari zaman muda beliau hingga kini sudah terpisah hampir 10 tahun. Saya sering kali merasakan inilah yang dikatakan dugaan Tuhan dan ia sebenarnya lebih mengukuhkan jalinan kekeluargaan, dan juga peluang menjiwai kemelut yang dihadapi rakyat terbanyak.
“Saya amat rindukan beliau dan setiap kali berjumpa dia mengukir senyuman dan sikap optimisnya bagaimana beliau memahami masa bersama keluarga bukan bermaksud harus dihabiskan di hotel mewah.
“Masa bersama keluarga adalah nikmat tersendiri dan kita perlu mensyukuri peluang yang ada dan melakukan sebaik mungkin untuk melahirkan kesan yang positif kerana kita mahu membantu agenda rakyat.
“Beliau sangat prihatin dengan isu terkini walaupun beliau berada di sana. Saya sangat bersyukur dan setiap kali rinduannya saya akan cuba ingat semangat dan optimis beliau yang memberikan kami kekuatan sebagai sebuah keluarga.
“Selalunya cucu yang rindu untuk bertemu Papa Tok. Mereka sangat rapat dan boleh peluk cium jika berjumpa di mahkamah,” ujarnya yang dilabel sebagai wanita cukup aktif dan gigih memperjuangkan apa yang dipegang selama ini.
Melihat caranya bekerja bagai merasakan masa 24/7 seminggu ini dihabiskan untuk bekerja. Bagaimana dia menguruskan keluarganya dan tidak adakah rehat dalam kamus hidup wanita ini.
“Sebenarnya kekuatan spiritual itu sangat penting. Kita perlu menjaga hubungan dengan Allah SWT. Saya harus ingat dirisaya setiap masa yang mana kita diberi nikmat hidup, bernafas, diberi keupayaan fizikal untuk melakukan sesuatu itu bagi untuk merubah masa depan. Jangan kita ambil mudah dan saya sesekali tidak boleh lepaskan peluang yang ada.
“Dan pastinya sebagai seorang Muslim, jika berkesempatan saya akan melakukan solat tahajjud dan menyempurnakan solat lima waktu. Ini kerana dengan solat itu memberi kita kekuatan dalaman yang sangat penting bagi mendepani segala cabaran.Saya melihat wanita lain juga amat kuat mengharungi hidup. Bayangkan suri rumah yang mampu melakukan apa sahaja demi keluarga mereka,” jelasnya lagi yang bersyukur kerana di belakangnya ada team yang kuat berdiri kukuh bersamanya.
Sebagai insan biasa dan telah mengharungi pelbagai dugaan sejak dulu, pastinya ada terselit rasa sedih dan beliau mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi perasaan itu.
“Saya bersyukur kerana tidak berdiri sendiri sebaliknya mempunyai pasukan yang prihatin, teman-teman yang punya idea dan wawasan yang sama. Tentu ada masa sedih dan salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan mendengar rakaman ceramah yang disampaikan melalui youtube yang boleh dijadikan panduan dan peringatan daripada pakar yang baik.
“Selain itu saya juga akan bermain dengan anak. Tetapi saya akui saya agak strict dengan anak. Saya tidak ajar beri mereka ipad untuk memastikan mereka diam. Alhamdulillahlah anak-anak boleh ikut cara saya dan buat masa ini mereka sedang belajar bahasa Arab. Kita perlu bermain dengan mereka secara aktif. Sebenarnya rumah kami sudah tidak ada TV sejak rosak ketika ayah ditahan,” jelasnya lagi yang gemar membacakan sirah Nabi pada dua anaknya yang berumur 8 dan 10 tahun sebelum tidur.
Menurutnya dalam menarik minat golongan muda sekarang, pendekatan menggunakan media sosial amat dititik beratkan.
“Sudah tentu ia medium terbaik untuk saya memberitahu masyarakat luar apa aktiviti yang sedang dilakukan. Sementelah maklumat melalui arus perdana dikawal sepenuhnya. Jadi saya guna peluang ini melalui facebook, twetter dan instagrammenjadi medan yang paling utama untuk berkomunisasi dengan rakyat dan juga mendengar keluhan rakyat terutama golongan warga emas, wanita dan anak muda yang bimbang tentang masa depan mereka.
“Golongan muda lebih mudah dan begitu lincah untuk berinteraksi. Mereka tidak ada masa untuk melihat surat khabar, sebaliknya menggunakan medium ini untuk menerangkn segala usaha yang dilakukan misalnya jika saya ada melawat kebakaran dan media sosial menjadi medan untuk menerangkan segala usaha yang dilakukan..
“Facebook live dan juga portal berita online juga sangat penting. Saya juga banyak belajar daripada mereka yang sangat lincah untuk berkomunikasi dan lebih arif soal trend,”tambahnya yang tidak terkecuali menjadi mangsa ‘hater’.
Namun beliau ada cara tersendiri untuk menangani dan perlu bersikap tenang. Tidak salah menjawab tetapi perlu berdasarkan prinsip yang jelas.
Ayuh, kita selami soalan lain yang tidak terjangkau fikiran di sebalik karakter diri sebenar Nurul Izzah. Rupa-rupanya beliau juga meminati fesyen walaupun hanya setia menggayakan tudung bawal menutup hijabnya.
1.Istiqamah dalam perjuangan
2.Peramah dan pemalu
3.Gelak ketawa kuat
4.Sangat vokal apabila memperjuangkan isu yang dekat dengan hati rakyat
5.Mencari penyelesaian
Bersukan perlu untuk pastikan kolesterol rendah dan tekanan darah tidak begitu tinggi. Kita perlu bersenam
Pamerkan perkara positif tetapi pada masa sama kena ambil kira kritikan membina. Pernah juga google untuk diri sendiri teta[pi lebih untuk maklum balas dan pandangan orang.
Cuba maksimumkan masa dengan ibu. Beliau adalah pemimpin dan individu paling bersabar pernah ditemui. Azam saya tahun ini untuk lebih hormatkan dan menyayangi ibu lebih baik dari sebelumnya.
Lebih mudah dan ringkas dan dapat bantu saya menjalani tugasan lebih berat. Saya memang sukakan tudung bawal kerana dapat menyerap peluh jika seharian mengenakannya dari pagi hingga malam.
Minat kerana mahu membantu daya keusahawanan orang muda dan wanita. Terkesan dengan kejayaan Vivy Yusof. Jemputan itu satu penghormatan buat saya dan hadir beri sokongan.
A post shared by FashionValet (@fashionvaletcom) on
Menjaga setiap malam sebelum tidur. Minum air mencukupi. Dulu memang ada masalah jerawat serius ketika belasan tahun tetapi saya kemudiannya terus menitik beratkan penjagaan muka.
Saya mahu menjadi Saintis dan pilihan kedua adalah Polis.
Sebelum ini penyertaan gadis ini dalam pertandingan ratu cantik mengejutkan ramai. Maklumlah dirinya yang berhijab tetapi cukup berani menyertai pertandingan sedemikian. Siapa sangka dengan keazaman yang tinggi membolehkan Nurul Zuriantie Shamsul , 21 tahun, mengharumkan nama negara apabila menduduki tempat kelima dalam pertandingan Ratu Cantik Miss Universe New Zealand 2018. Tampil cukup anggun dengan dress labuh rona emas perincian batuan manik yang diserikan dengan hijab juga rona sedondon.
Malah solekan mantap juga menyerikan lagi penampilan gadis manis ini yang telah berpindah ke New Zealand bersama keluarga ketika berusia lima tahun.
Nurul yang merupakan anak kelahiran Ampang Selangor memberitahu saat paling indah dalam pertandingan berkenaan adalah apabila melihat kedua-dua ibu bapanya yang penuh rasa bangga melihat dirinya diumumkan sebagai lima finalis teratas.
Mengakui tidak kecewa dengan keputusan itu sebaliknya terharu dengan apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada Top 5.
Malah pelajar tahun akhir jurusan Psikologi di Universiti of Waikato New Zealand ini turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokongnya sepanjang menyertai pertandingan berkenaan.
“Alhamdulillah untuk tempat kelima ini. Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong saya. Ia tidak berlaku tanpa kasih sayang dan sokongan anda. Ia begitu bermakna untuk saya.
“Ini hanyalah permulaan dan saya tidak sabar untuk apa yang Allah telah rancang untuk saya. Hari ini juga hari ulang tahun ke-21 saya dan saya akan meneruskan fasa kehidupan seterusnya,” katanya dalam satu catatan di laman Instagramnya.
Dia juga berkata sentiasa bersikap tenang, tidak gugup dan berpusa hati sepanjang acara akhir itu berlangsung.
Sebelum ini dia berjaya menjadi antara 20 finalis yang mara ke peringkat akhir pertandingan berkenaan. Disiarkan secara langsung Sabtu malam waktu Malaysia melalui laman sosial facebook Miss Universe New Zealand.
Nurul juga mencatat sejarah apabila menjadi satu-satunya peserta Asia beragama Islam dan bertudung yang berjaya mara ke pentas akhir pertandingan ratu cantik itu di New Zealand.
Sementara itu, peserta berusia 27 tahun, Estelle Curd dimahkotakan sebagai pemenang Miss Universe New Zealand 2018, sekali gus mewakili negara itu bagi pertandingan Miss Universe ke-67 yang bakal berlangsung di Bangkok, akhir tahun ini.
Semalam telah tular mengenai video seorang influencer yang juga seorang usahawan, Carl Samsudin yang dikatakan meninggi suara dan bersikap biadap bersama seorang warga emas di sebuah pusat gelandangan.
Situasi itu telah membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia kerana ia disifatkan suatu perbuatan yang tidak beradab dan memalukan warga emas tersebut.
Selepas berdiam diri, Carl akhirnya telah tampil memohon maaf di laman instagramnya dan mendakwa niatnya hanyalah mahu memberi motivasi kepada seluruh individu di situ.
Dia juga turut meminta maaf di atas kesilapannya tidak mengenakan pelitup muka di tempat awam dan sudah pun dikenakan kompaun daripada pihak polis.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.