Mencuci wajah dengan cara yang betul amat penting bagi memastikan kulit wajah sentiasa bebas daripada kotoran. Namun harus diingatkan bahawa pemilihan jenis pencuci wajah amat penting bagi memastikan kulit wajah tidak mengalami sebarang alahan.

Bunyi macam sama sebab kegunaannya untuk cuci muka, tapi tahukah anda kalau kita tidak pakai jenis pencuci wajah yang betul, ia boleh menyebabkan kita tidak mendapat 100% keputusan yang kita mahu. Menggunakan pencuci wajah yang salah juga boleh menyebabkan kulit muka kita menjadi lebih kering dan kasar.

APA BEZA PENCUCI  WAJAH JENIS GEL, JENIS BERBUIH (FOAM CLEANSER) DAN SABUN CUCI MUKA YANG BIASA?

JOM kita baca apa beza ketiga-tiga jenis pencuci wajah ini.

SABUN CUCI MUKA
Biasanya mengandungi asid atau alkali dimana untuk menambah buihnya dan boleh merosakkan sel-sel kulit muka kita. Ini adalah tindak balas kimia pada kulit muka kita. Ia hanya menukar sel-sel kulit mati tetapi tidak menggantikan dengan sel-sel kulit yang baru. Tindak balas kimia ini akan memutihkan kulit muka kita dengan cepat tetapi dalam masa yang sama, kulit muka akan kelihatan kering atau kekurangan air( tidak lembab). Sesetengah sabun akan menyebabkan kulit muka gatal dan merah-merah. Ia tidak sesuai digunakan sebagai sabun pembersih muka. Apabila digunakan dengan berterusan, ia akan menyebabkan kulit muka kita semakin nipis. Sebab itu kalau anda perasan, sabun cuci muka biasanya agak murah berbanding gel atau foam cleanser

FOAM CLEANSER
Foam cleanser selalunya di gunakan untuk “deep cleansing” terutama untuk kulit yang berminyak, senang berjerawat atau anda yang sering terdedah dengan persekitaran yang kotor. Tetapi, foam cleanser juga mudah memberikan keradangan kepada kulit terutama bagi yang mengandungi SODIUM LAURYL SULFATE (SLS) yang selalunya merupakan bahan utama dalam foam cleanser. Foam cleanser sangat tidak sesuai untuk kulit yang normal dan kering kerana ia akan menghilangkan terus lapisan minyak yang di perlukan di permukaaan kulit muka bagi mengekalkan kelembapan kulit anda

GEL CLEANSER
Gel cleanser lebih “mild” dan kurang berbuih berbanding dua di atas. Walaupun ia agak “mild” tidak semestinya ia tidak efektif. Gel cleanser sangat sesuai untuk kulit normal, kering, sedikit berminyak dan jenis kulit kombinasi. Ianya kerana, tekstur nya yang lebih lembut tidak merosakkan permukaan kulit dan memastikan kulit anda sentiasa lembab dan kering

Berikut perkongsian Dieyaa Molek

Ramai yang tanya dan dm dieya macam mana nak dapatkan cleanser yang betul-betul ikut kulit muka kita ni. Bila dah sampai watson atau guardian dah krik krik tak tahu nak pilih cleanser yang mana sebab banyak sangat jenis cleanser kat sini.

Hahahah semuanya kena belajar awak dieya dulu pun macam korang sampai watson je krik krik tak tahu nak pilih yg mana sudahnya kulit breakout dah lepas tu. Bila dah belajar dan faham betul-betul baru tahu cleanser ni dia buat banyak jenis bukan saje-saje taw semuanya ada maksud ikut jenis kulit kita ye!

Okay jom kita jadi rajin sikit slide baca dan fahamkan satu-satu then pilih cleanser korang ikut jenis kulit yang betul. Jangan belajar sorang ajak member sekali taw! Barulah sesama dapat info yang mahal ni.

IKLAN

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

Jadi sekarang anda sudah tahu beza ke semua jenis pencuci wajah. Selepas ini carilah pencuci wajah yang sesuai untuk kulit anda. Barulah kulit bersih, segar dan berseri.

Sumber kredit: Dieyamolek dan Makayla_my Top image: Canva