Penata Hijab Popular, Didiyana Ehsan Kongsi Tutorial Hijab Seminit Paling ‘Simple’, Kemas & Guna 1 Pin

Share

Sejak dunia hijab semakin berkembang dengan kemunculan pelbaga jenama, kerjaya penata gaya hijab juga semakin popular. Lebih-lebih lagi jika menggayakan hijab selebriti popular seperti Neelofa atau selebriti lain. Salah seorang penata gaya hijab yang paling popular adalah Didiyana Ehsan.Dia bukan sahaja menata hijab untuk Neelofa tetapi jadi pilihan beberapa jenama popular seperti dUCkscarves, Tudung People dan jenama lain yang menggunakan khidmatnya untuk membuat tutorial hijab. 

Baru-baru ini, Didiyana juga tidak lokek berkongsi video tutorial gaya hijab di laman instagramnya yang menjadi kegemaran setiap kali keluar bersantai.

Gaya hijab sangat simple dan tanpa menggunakan banyak jarum. Malah sentuhan Didi cukup kemas dan amat sesuai untuk digayakan sempena jemputan ‘open house’ ala santa minggu ini.

Tutorial yang memakan masa hanya seminit ini memang cukup mudah sekali diajar oleh Didi dan tidak susah untuk kita mengikuti gayanya.

Sebenarnya ramai juga di kalangan wanita berhijab yang sudah semakin pandai menggayakan selendang hasil melihat tutorial yang dikongsi oleh wanita ini di laman sosial miliknya. Bukan itu sahaja, ramai juga yang mahukan video tutorial lain daripada Didi.

@yana_reddy yeyy!! thanks dd for this tuto.n nice to meet u yesterdayy at duck.friendly teruk.?? @didiyanaehsan

@aisyahzafi Didi more video plsss

@_mynameismnrh@emmamajid1 next time can style our fluff like this. Simple kan?

@ekinidris yay can finally used another styling for my fluff ! haha

KREDIT FOTO: INSTAGRAM DIDIYANA EHSAN

 

 

IKLAN