
Pulang sahaja dari tempat kerja pastinya kulit sudah menjadi kusam dan tidak bermaya. Jika dibiarkan, ia akan menyebabkan kesihatan kulit terganggu dan akhirnya menyebabkan kulit tampak tua dari usia.

Apakata anda belai kulit anda dengan scrub’buatan sendiri. Jimat kos dan bahan-bahannya mudah dicari, pastinya anda boleh berehat sambil memberi khasiat kepada kulit anda! Apa yang pasti, ia juga menjimatkan masa anda! Nak tahu pilihan scrub yang boleh dibuat di rumah? Jom baca!

Betik

Bahan-bahan:
1 biji betik
½ cawan madu
2 sudu besar air
Cara – cara :
Kisar semua bahan-bahan dan masukkan dalam bekas bersih dan simpan dalam peti sejuk. Tahan hingga seminggu. Untuk menggunakannya, basahkan muka terlebih dahulu. Ambil 1 sudu besar bancuhan betik tadi, masukkan dalam kain bersih. Gosok muka dengan kain. Biarkan pati betik bercampur jus limau nipis tu rata ke seluruh muka. Buat 2 kali sehari.
Kopi
Bahan-bahan :
½ cawan gula
½ cawan serbuk kopi
1 cawan minyak kelapa
Cara – cara:
Campurkan serbuk kopi dengan gula dan gaul sehingga sebati. Masukkan minyak kelapa ke dalam campuran kopi dan gula tadi. Gunakan tangan untuk melenyek rata ketiga-tiga campuran agar minyak kelapa boleh cair mengikut suhu badan kita. Letak dalam balang kaca dan sedia untuk digunakan.
Lavender dan Vanilla
Bahan – bahan :
2 cawan gula
1 cawan minyak biji anggur
1 sudu teh ekstrak vanilla
2 sudu besar bunga lavender kering
12 titik minyak essential lavender
Cara – cara:
Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut ke dalam satu mangkuk bersaiz sederhana. Gaul rata sehingga sebati. Simpankan di dalam balang kaca dan gunakan ketika mandi. Goncang sebelum digunakan.
Baca juga: Rahsia Nampak Muda Dan Hilang Kedutan Di Dahi, Hanya Gunakan 5 Bahan Semula Jadi Ini Untuk Muda!
Koko

Bahan-bahan:
1 cawan minyak kelapa
½ cawan gula perang
¼ cawan serbuk koko
Cara – cara:
Campurkan minyak kelapa, gula perang dan serbuk koko dalam sebuah mangkuk bersaiz sederhana dan kacau sehingga sebati. Simpan di dalam balang kaca dan boleh digunakan setiap hari ketika mandi.
Gula dan timun

Bahan-bahan:
1 biji timun
1/2 cawan gula halus
Cara-cara:
Terlebih dahulu, kisar timun secara halus sehingga pekat. Kemudian, gaulkan dengan gula sehingga adunan menjadi sebati. Setelah siap gaul, anda boleh letakkan di permukaan yang tertentu.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe