Setiap orang mengalami perbezaan bentuk fizikal berbeza-beza. Ada yang mengalami perubahan fizikal dengan mengalami berat badan ketika zaman anak dara dan ada juga mengalaminya selepas berkahwin dan melahirkan anak.

Namun jangan tidak tahu ada juga mereka yang mengalami pertambahan berat badan sejak zaman kanak-kanak lagi. Seperti perkongsian wanita ini Hazirah Hj Hamzah memberitahu dia mengalami masalah 3 kali gemuk dan 3 kali kehilangan berat badan.

Sejak kecil sudah alami masalah berat badan.

Malah mengalami berat badan berlebihan ketika kecil menyebabkan dia mengalami masalah dysplapsia ataupun sendi pinggul yang terkehel dari kedudukan asal. Malah turut menjalani pembedahan sendiri pinggul yang dibedah untuk dimasukkan besi dan kekal hingga kini.

Ayuh ikuti pengalamannya berhadapan berat badan sebelum kembali berjaya mendapatkan beat badan ideal yang diiimpikan selama ini setelah hampir 31 tahun menjalani hidup sebagai obesity fighter. Pernah mengalami berat badan sehingga 110 kg dan kini selesa dengan berat ideal sekitar 60-70 kg.

Satu pengalaman memeritkan.

Salam semua. Ini kali pertama saya post di sini. Saya cuma nak kongsikan pengalaman saya selama hidup 31 tahun sebagai obesity fighter . 

3KALI GEMUK 3 KALI WEIGHT LOST.

Saya gemuk dari zaman kanak-kanak. Akibat lebihan berat badan, sendi pinggul tak mampu menangung berat menyebabkan kedua-dua belah sendi pinggul saya mengalami hips dysplapsia ataupun sendi pinggul yang terkehel dari kedudukan asal. Jadi sendi pinggul saya di bedah dan dimasukkan besi. Besi sebelah kanan kekal hingga kini. Sebelah kiri berjaya dikeluarkan kembali.

IKLAN
Pernah buat diet yang salah sebab tiada ilmu.

Sewaktu remaja, umur 14 tahun saya mendapat kesedaran untuk menurunkan berat badan. Tapi malangnya akibat tiada ilmu, saya buat diet yang salah. Saya berlapa dan hanya makan sekali sehari. Itupun hanya biskut dan air milo. Pernah juga minum teh diet tapi tak tahan asyik ke toilet je. Berat memang turun mendadak. 3 bulan turun 30kg. Tapi… saya menanggung akibat masalah kesihatan seperti hormon tidak stabil dengan haid yang tidak teratur serta masalah pembuangan air besar.

Pelbagai usaha dilakukan untuk kurus.

Kali ke-2 berat saya naik semula sewaktu study degree di universiti. Paling berat mencecah 110kg. Sekali lagi saya mahu menurunkan berat badan kerana sering diperli,di hina, di gelakkan..di samping saya juga seorang student food science. Jadi malu lah seorang yg ada ilmu food science tapi gemuk. Saya buat atkins selama sebulan sahaja. Tapi saya rasa macam tak betul je diet atkins ni. Tak healthy dan tak balance sebab banyak sangat sayur dan buah tak boleh makan. Saya mula banyakkan pembacaan. Dan saya buat diet kira kalori dan bersenam dalam rumah (Tabata). Alhamdulillah 2 tahun turun 40kg.

Dekat2 nak kawin (perkahwinan pertama) berat saya naik ckit sebab tak sempat bersenam dan tak sempat nak makan makanan sihat sebab bz siang malam kerja cari duit nak kawin. Bila dah kawin, bekas suami saya hina2 pula fizikal saya. Dia cakap lengan saya besar. Takut nak pegang. Dia cakap peha saya besar. Dia cakap saya dah gemuk tak macam mula2 kenal dulu. Sebulan je kawin, saya kena cerai.

Tiga kali pernah alami kegemukan.

Lepas bercerai berat saya naik untuk kali ke-3 akibat stress, kemurungan. Saya terus lupakan gaya hidup sihat. Saya makan apa yg saya suka. Saya dah tak bersenam. Dalam masa 2 tahun berat saya naik 20 kg. Berat terakhir sebelum saya menurunkan berat badan kali ke 3 adalah 88kg.

IKLAN

Saya bertekad mahu turunkan berat badan untuk kali ke-3 waktu lagi sebulan nak berkahwin ( perkahwinan ke-2). Ada 2 sebab. Sebab pertama staf butik pengantin perli saya ” Bakal suami kecik je, hang pulak besaq!!”. Sebab ke-2 adalah walaupun suami saya kurus, tapi dia tak pernah suruh saya diet..tak pernah hina fizikal saya.. Alhamdulillah dengan penjagaan makan sukusukuseparuh dan bersenam Tabata serta larian jarak jauh dan dekat saya berjaya turun 22kg selama setahun.

Sekarang.. saya akan amalkan gaya hidup sihat sepanjang hayat saya. Saya taknak gemuk lagi. Cukuplah melalui segala keperitan dan kesakitan dulu. Nak dapatkan fitness level macam sekarang bukan mudah. Dah banyak air mata yang tumpah. Dah bersakit2 badan sebab asid laktik dan DOMS (Delay onset muscle soreness) after workout.

IKLAN

Waktu saya pregnant tahun lepas pun saya teruskan bersenam sehingga sehari sebelum bersalin. Seminggu 3 kali saya jogging 4-7km atapun buat pre-natal cardio kickboxing di rumah. Saya join running events waktu pregnant 6 bulan.

Cukuplah 3 kali gemuk. Saya obesity fighter seumur hidup.