Segala urusan rezeki, ajal maut dan jodoh itu terletak di tangan Tuhan. Kita tidak tahu siapalah bakal Imam dan jodoh terbaik yang telah Tuhan takdirkan. Walau apa jua bangsa atau warna kulit jika itu sudah ditentukan, kita perlu bersyukur kerana mungkin dialah lelaki yang akan membimbing kita hingga ke syurga.
Viral minggu lepas apabila sebuah majlis perkahwinan gadis ini bersama pilihan hatinya. Apa yang menjadi bualan netizen apabila Nur Afilah Amir Rusdi, 24 tahun dinikahkan bersama pasangannya, Adama Mohamed Camara 26 yang berasal dari Guineaa Afrika Barat.
Cinta pandang pertama satukan mereka berdua.
Pasangan ini telah diijabkabulkan pada Jumaat lepas dan perbezaan warna kulit dan bangsa menjadikan pasangan raja sehari ini menjadi perhatian ramai.
Menerusia laporan mStar, pasangan ini bertemu secara tidak sengaja di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur, sebelum keduanya bersetuju untuk mengakhiri hubungan kawan itu dengan satu ikatan yang salah sebagai pasangan suami isteri.
Tertarik dengan skimp suaminya yang betel-betul ikhlas.
“Saya jumpa suami dengan Pavillion. Waktu itu saya sedang menangis di sebuah kafe sebab ada masalah sikit dengan teman serumah. Saya ini jenis kurang berkawan dengan orang.
Ads
“Kemudian dia datang dan pujuk saya. Mulanya saya takut sebab sendirian dan takut orang ambik kesempatan. Tapi bila tengok dia betul-betul ikhlas saya begitu terharu. Itulah kalau dah jodoh, Allah hadirkan dia datang secara tiba-tiba,” ujarnya yang kemudian terbuka hati untuk menerima Adama kerana memiliki ciri-ciri lelaki idaman.
Memenuhi ciri-ciri lelaki idaman.
Baginya Adama seorang yang baik, penyabar, penyayang, bijak. Dia juga lelaki yang tidak merokok, tak buat benda pelik, punya ilmu agama tinggi dan begitu pentingkan keluarganya.
Malahan menurut gadis kelahiran Kampung Raja, Tunjang Kubang Pasu, Jitra Kedah ini, hatinya tersentuh melihat kesungguhan suaminya apabila mengajak dia pergi menunaikan umrah selepas dua bukan perkenalan.
Ads
Kahwin lepas empat bulan kenal.
“Lepas sebulan kenal dia ajak saya pergi umrah, tapi sebab tak kahwin saya cakap padanya tak boleh. Dan daripada situ kami mula merancang Untuk kahwin. Bila merancang untuk kahwin, saya bawa suami balik kampung. Dia pun terharu dengan layanan mak ayah saya.
“Dia pun terus beritahu ayah untuk dia nak kahwin. Ayah cakap selesaikan dokumen semua kahwin secara sah. Ayah sangat memilih dan garang. Kalau ayah setuju, saya percaya dengan pilihan dia,” tambahnya yang menganggap dirinya bertuah kerana menjadi isteri Adama walaupun kisah perkahwinan mereka jadi viral.
Jelasnya lagi dia beruntung mendapat Adama sebagai suami. Orang kampung juga suka padanya. Ayah Adama amat mementingkan pelajaran, al-Quran dan hafal serta belajar lima bahasa. Malah dia juga datang dari keluarga yang baik-baik.
Dia dan suaminya merancang untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat. Suaminya kini sedang melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana (Master) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa), Terengganu.
Walaupun baru berusia sembilan tahun, Nur Afia Qistina Zamzuri, sudah ada rasa tanggungjawab yang perlu sama dilakukan bagi melawan wabak Covid-19.
Pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Kepis, Kuala Pilah ini menggunakan kemahirannya untuk menjahit pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) untuk digunakan petugas barisan hadapan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.
Sudah belajar menjahit sejak berusia lima tahun, dia menggunakan masa terluang di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk melaksanakan misi itu dengan bantuan ibunya, Hasnah Hud.
Hasnah berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu sendiri yang menawarkan diri untuk berbuat demikian selepas mendapat tahu tentang pasukan perubatan negara termasuk di HTAN memerlukan PPE yang banyak dan bekalannya semakin berkurangan.
“Saya mendengar tentang situasi itu dan berjumpa kakitangan HTAN untuk bertanya jenis bantuan yang saya boleh berikan kerana saya memang tukang jahit. Mereka mengalu-alukan jika saya dapat menjahit PPE untuk disumbangkan kepada mereka.
“Apabila saya ceritakan pada Afia tentang hasrat saya untuk menjahit PPE, dia pun turut sama teruja mahu membantu.
“Malah, semua PPE yang kami hasilkan sehingga kini dijahit sendiri oleh Afia. Saya cuma bantu kemaskan di bahagian leher sahaja,” kata Hasnah kepada Astro AWANI.
Selain itu, Hasnah juga menjelaskan anaknya itu sudah mula menjahit dan menjual hasil jahitannya kepada penduduk sekitar kawasan perumahan mereka ketika berusia tujuh tahun.
“Dia selalu tengok saya menjahit. Permulaannya ketika berusia lima tahun, dia hanya bertanya, lepas tu dia tolong sikit-sikit.
“Masuk usia tujuh tahun, saya mula bagi dia kain-kain perca sebab nampak minat dia ke arah itu. Kemudian dia jahit sarung bantal dan jual kepada penduduk kampung,” kata Hasnah yang bertugas sepenuh masa sebagai pembantu pengurusan murid di SK Felda Kepis.
Ujar Hasnah, Afia mengambil masa kira-kira sejam untuk menyiapkan sepasang PPE.
Setakat ini, sebanyak 100 pasang PPE sudah dihantar untuk kegunaan petugas di HTAN dan mereka sedang berusaha menghasilkan lebih banyak PPE.
Hasnah berasa gembira dan terharu kerana sumbangan kecil dia dan anaknya dapat membantu pihak yang memerlukan. Harapnya ini dapat memberikan inspirasi buat anggota masyarakat untuk sama-sama memainkan peranan dalam menangani wabak COVID-19.
Air bandung laici cincau antara minuman yang sering dicari ketika bulan Ramadan. Warna merah jambu yang memikat pastinya membuatkan minuman ini digemari pelbagai peringkat usia tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa.
Tidak susah pun sebenarnya untuk buat air bandung laici cincau. Yang penting bahan-bahan mesti cukup dan hasilnya tentulah kepuasan ketika meneguknya ketika berbuka.
Bagi mereka yang bercadang hendak buat minuman ini, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh lelaki ini. Istimewanya resepi air bandung laici cincau Ben Safwan ini ialah tiada langsung campuran air kosong. Air hanya daripada air laici dan air dari ais yang mencair.
Sukatan resipi ini pula untuk 2 jug saiz seperti dalam gambar di bawah.
Oh ya tip rahsia nak dapatkan potongan cincau cantik ialah kita sagat pakai sagat lubang besar. Hasilnya memang cantik.
BAHAN-BAHAN:
1 tin laici
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
3 sudu makan kacang tanah tumbuk
3 1/2 sudu makan sirap cap rose
1 sudu makan biji selasih
5-6 biji kurma merah
50-60 gram cincau hitam
CARA MEMBUAT:
1.Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.
2.Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.
3.Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda, boleh juga campurkan. Terpulang pada selera masing-masing.
HIJABISTA: Mudah sahaja membuatnya bukan? Bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Walau pun boleh beli di luar tetapi lebih afdhal jika buat sendiri.
Kasih ibu membawa ke syurga. Kasih ibu juga tiada penghujungnya. Akan terus berkekalan walaupun maut memisahkan. Bagi selebriti Linda Rafar yang kehilangan arwah ibunya, Allahyarham Rasimah Abd Rahman awal tahun ini mengakui sukar untuknya melupakan momen terakhir mereka bersama sementelah pelbagai kontroversi yang melanda.
Linda memberitahu hubungan dia dan ibunya memang sangat rapat. Sejak pembabitannya dalam kumpulan Elite lagi sehinggalah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
Jadi apabila ibunya meninggal dunia memberi satu tamparan hebat buat Linda. Biarpun pahit untuk menerima, momen terakhir bersama ibunya akan terus dikenang hingga ke akhir hayatnya.
“Linda memang tak putus menjaga emak sepanjang emak 90 hari berada di hospital. Linda memang tidak putus-putus mendoakan diri emak dan sentiasa mengajarnya mengucap khalimah syahadah. Dan ketika emak dibawa balik ke rumah (setelah sihat sedikit), kami sempat membuat kenduri doa selamat.
“Waktu inilah Linda luangkan masa terakhir bersamanya. Linda lap mukanya dan ketika itu ada yang perasan wajak emak kelihatan berseri-seri seperti bermekap. Linda cake hanya lap mukanya sahaja.
“Linda juga turut mandikan arwah bersih-bersih, pakaikan baju putih, seluar putih malah cadar tempat emak tidur pun Linda tukar putih. Siapa sangka itu layanan terakhir Linda pada arwah,” jelas Linda yang memberitahu ibunya diserang sesak nafas sebelum di bawa ke hospital.
Menurut Linda ketika ambulan sampai di rumah, Linda dapat melihat wajah ibunya buat kali terakhir ketika itu dan dia sempat menciumnya dan ajar mengucap. Itulah saat-saat terakhir ibunya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Walaupun sedih, tetapi Linda gembira di saat-sat akhirnya itu dapat berbakti dan memberi layanan terbaik untuk arwah emak. Dan apa yang Linda lakukan sekarang adalah untuk menuntut hak dan keadilan buat arwah emak.
“Sebelum meninggal arwah memang tahu kes viral berkenaan dan menyuruh Linda hanya bersabar. Katanya lagi biarlah tiada layanan istimewa diterima. Linda akui cukup trauma menghadapi situasi ini. Linda juga sebenarnya turut mengalami depresi rentetan dari kes itu hinggalah emak meninggal dunia.
“Bila emak meninggal, memang Linda berada dalam keadaan yang cukup tertekan. Depress yang Linda alami menyebabkan Linda tak boleh jumpa orang, tak boleh kerja. Bukan itu sahaja, Linda jadi tidak boleh tidur dan cakap sorang-sorang.
“Ada kalanya Linda pergi kubur cakap dengan emak di sana dan memang sukar untuk Linda gambarkan situasi sebenar. Seolah-olah memang Linda tak dapat menggembirakan emak saat akhir (merujuk pada kes viral berkenaan),” tambah Linda ketika ditemui dalam satu sidang akbar di Shah Alam semalam.
Menurut Linda ramai yang menghentam dirinya rentetan satu kisah viral membabitkan dirinya dengan jururawat di sebuah hospital. Namun sebenarnya ramai tidak mengetahui kejadian sebenar.
“Sebenarnya emak Linda digigit serangga ketika di rumah Diana di bahagian tangan hingga menyebabkan jadi bengkak. Kami sudah cuba bawa emak ke hospital swasta tetapi kes emak tidak diterima dan menyuruh Linda merujuk ke hospital kerajaan berdekatan.
“Sepanjang emak menerima rawatan di sana, memang layanan daripada kakitangan semuanya baik. Malah mereka juga turut mengambil gambar bersama Linda dan keluarga untuk diabadikan kenangan.
“Linda layan mereka seperti biasa sehinggalah terjadinya kes viral berkenaan. Jadi apabila emak meninggal dalam keadaan kes berkenaan tidak selesai buat Linda jadi sedih,” ceritanya yang perlu membuat tuntutan saman adalah untuk mempertahankan hak emaknya dari terus menjadi kecaman netizen.
“Linda bukanlah jenis nak cari gaduh. Kalau lihat rekod sebelum inipun memang Linda tiada masalah dengan orang.
“Tapi kali ini Linda perlu lakukan kerana mahu menuntut keadilan untuk arwah emaknya. Linda tak menyesal lakukan ini sebab Linda pertahankan hak emak. Linda tidak mahu arwah terus menjadi mangsa buli siber hingga boleh menjatuhkan maruah seseorang.
“Inilah masanya Linda sebagai anak menolong arwah walaupun dia sudah tiada. Mungkin dengan cara ini akan membuatkan nasib keluarga lain yang menerima nasib sama akan terbela.
“Memang Linda akui kes berkenaan sangat memberi tamparan hebat buat kami sekeluarga. Bayangkan bukan sahaja Linda, tetapi ahli keluarga lain turut terkena tempiasnya misalnya bisnes keluaga jatuh teruk,” tambah Linda yang mendapat sokongan adik beradiknya berdepan kes berkenaan.
Dalam sidang akhbar semalam Linda telah memfailkan saman terhadap lebih 100 pengguna laman sosial yang menulis komen keterlaluan hingga memburukkan diri dan keluarganya berhubung isu fitnah sekumpulan jururawat di Hospital Shah Alam pada Disember lalu.
Linda, 41 tahun, atau nama sebenarnya Azlinda Rafar menuntut individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial yang digunakan.
Linda menerusi wakil peguamnya, Nurul Hafidzah & Associates berkata, notis tuntutan itu akan dihantar dalam tempoh sebulan bermula tarikh semalam.
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.