Umum sedia maklum bahawa pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dengan melalui prosedur yang telah diselaraskan oleh pihak kerajaan.
Di ruangan instastory, seorang pelajar IPT telah berkongsi kisahnya bagaimana prosedur tersebut telah dijalankan sebelum dia dibenarkan pulang ke rumah. Ternyata banyak proses yang perlu dilakukan dan dia juga berterima kasih kepada pihak yang terlibat seperti petugas kesihatan, pihak polis dan bomba yang menjalankan prosedur tersebut dengan teliti.
Mula-mula sekali haruslah lakukan ujian saringan kesihatan
Ads
Segala barangan haruslah melalui proses nyahkuman terlebih dahulu sebelum dapat dibawa pulang
Ads
Tiba-tiba insiden lucu pula terjadi…
Ads
Pelbagai makanan juga turut disediakan supaya pelajar dapat mengalas perut sewaktu berada di dalam bas
kredit: Akalili Amin
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bersempena ulang tahun kelahiran ibu tercinta pelakon dan penyanyi jelita Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura memuat naik foto berdua bersama ibunya, Fadhillah Nasir di Instagram. Sama-sama cantik, ibunya pula kekal anggun pada usia 64 tahun. Fazura meluahkan rasa syukur sambil menitipkan ucapan paling bermakna buat ratu hatinya itu.
“Today we celebrate you my precious mother, my bestest friend, my biggest supporter, my voice of reason, the one that I run to during my happy and trying times.
“Happiest birthday Mama. If I had a choice to pick a mother and grandmother to my child – I would choose you over and over again.”
Dalam hantaran yang sama, Fazura berkongsi foto-foto ‘throwback’ dengan ibunya termasuk bersama Fatima semasa kecil. Memang terserlah keakraban mereka.
Fazura bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang terbaik buat dirinya dan pada masa sama menjadi nenek yang sentiasa menerapkan nilai-nilai murni kepada Fatima.
“You are the best thing that has ever happened to me.. and my daughter Fatima is very blessed to be taught with all the wonderful values you have taught me.”
Fazura sentiasa kagum dengan semangat dan ketabahan ratu hatinya itu sebagai seorang ibu tunggal.
“We love you beyond words, Queen of our hearts. May Allah SWT keep you safe always, bestow upon you HIS endless blessings, guidance, baraqah, everlasting health and endless LOVE today, tomorrow and all your days to come.. Aminnn Allahuma Amin…”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminat turut menitipkan doa dan ucapan selamat hari lahir buat ibu Fazura.
Untuk info, Fazura adalah anak ketiga daripada empat beradik dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Arwah bapanya, Sharifuddin Adnan meninggal dunia ketika Fazura berusia 17 tahun.
Hasil perkahwinan Fazura bersama aktor kacak Fattah Amin selama tujuh tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baju kaftan atau popular dengan baju kelawar sinonim untuk wanita baju basahan di rumah, selalunya dipakai pada malam hari sebagai baju tidur. Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @thefunsizeguy berkongsi rasa selesa apabila memakai baju kelawar buat pertama kali ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Baju kelawar menjadi tular di laman sosial gara-gara terdapat golongan lelaki yang pertama kali mencuba dan mengakui keselesaannya. Ulang kicau di twitter apabila seorang lelaki tulis satu kicauan
“Baru aku tahu tahap keselesaan baju kelawar ini bagaimana. Habis kuarantin aku nak beli 7. Untuk dipakai seminggu,”
your dad la yang pakai baju kelawar and tengok you menari dekat tiktok tu kan omfg ahdhwhshshhahaha pic.twitter.com/YdaeNVWkUi
Rata-rata rakyat Malaysia memang kreatif walaupun duduk di rumah. Buatlah apa aktiviti yang anda rasa bermanfaat janji kekal patuh dengan kerajaan #stayathome #staysafe. Akak-akak awas ya kalau baju kelawar habis.
Shella Saukia meraih perhatian ramai sejak perjalanan hidupnya tular di laman sosial. Ketika musibah tsunami Aceh pada 26 Disember 2004, Shella masih di bangku sekolah.
Shella yang kini digelar sebagai ‘Crazy Rich Aceh’ memulakan hidupnya dari bawah.
Sebelum berjaya seperti sekarang, Shella pernah tinggal di rumah bantuan Tsunami Aceh.
“Kebetulan ketika tsunami, saya berada di kawasan Aceh Tengah, bukan di Banda Aceh,” ujarnya yang dipetik dari detik.com
Kisah hidup wanita berusia 33 tahun ini menjadi viral selepas dia memuat naik ke TikTok peribadinya @shellasaukia
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.