Bukan hanya kulit, malah rambut juga harus dijaga dengan rapi. Tidak kiralah sama ada anda berhijab ataupun tidak, rambut ialah mahkota setiap wanita. Jadi, ia perlu dibelai dengan penuh manja dan dijaga dengan sangat teliti! Bayangkan jika rambut anda rosak selamanya! Pasti ia akan mencacatkan keyakinan diri anda, biarpun anda berhijab!

Sumber gambar: Vedix

Sama ada anda terlalu taksub menggunakan aneka produk atau tidak menjaganya langsung antara faktor yang mungkin mensabotaj kesihatan rambut anda. Ketahui jika amalan harian anda adalah penyumbang kepada rambut gugur dan kurang bermaya itu.

Tak tahu jenis rambut

Sumber gambar: Cosmopolitan

Sama juga seperti kulit wajah, anda harus tahu tentang jenis kulit wajah anda. Ini memudahkan anda untuk membeli produk penjagaan rambut yang sesuai dengan jenis rambut. Ada kalanya, mungkin anda tahu rambut anda kerinting atau lurus tetapi ramai yang tidak tahu keperluan rambut pula sama ada perlukan lebih minyak atau lembapan atau sebaliknya. Jadi, ‘belajar’ dahulu tentang rambut anda sebelum membeli sesuatu produk!

Minum lagi banyak air

Sumber gambar: Ksenia

Khas bagi anda yang malas meminum air, bukan sahaja ia memberi kebaikan kepada keulit tetapi ia juga memberi kelembapan sepenuhnya pada kulit kepala yang dapat mengelakkan dari masalah rambut kering. Jadikan rutin minum air ini sebagai rutin yang wajib dalam kehidupan anda! Secara tidak langsung ia melembapkan akar rambut dan memberikan sinar pada setiap helaian.

Menggunakan produk yang salah

IKLAN
Sumber gambar: Supercuts

Berbalik semula kepada mengenali jenis rambut anda, ia akan mendorong untuk anda membeli produk rambut yang tidak sesuai dengan jenis rambut anda. Apabila tidak memahami jenis rambut, muncul pula masalah menggunakan produk yang tidak sesuai dengan rambut yang dimiliki ini. Ramai juga yang terperangkap dengan periklanan yang mendorong anda untuk mencubanya kerana menjanjikan rambut ikal berkilauan tanpa menghiraukan kesesuaiannya. Jadilah pengguna yang bijak ya!

Cara sikatan kasar

Sumber gambar: Cottonbro

Nampak tak? Rambut ini harus dibelai dengan manja tau! Lagi manja kita belai, lagi sihat dan lembut rambut yang anda miliki. Menyikat rambut kusut sebenarnya menyumbang kepada keguguran rambut. Sebaiknya cuba sikat ketika rambut basah terutama bagi rambut yang kerinting.

Terlalu banyak produk

IKLAN
Sumber gambar: Cottonbro

Ini bagi anda yang selalu ‘rambang mata’ apabila pergi ke pusat kecantikan rambut. Kalau boleh, semua produk ingin dibeli. Padahal, fungsi dan juga kegunaannya langsung anda tidak tahu. Oleh itu, bagi yang obses dengan penjagaan rambut yang akan menggunakan bermacam-macam produk yang kebanyakannya mengandungi bahan kimia yang merosakkan lagi tekstur rambut, tahan nafsu anda itu! Lebih baik jika anda bertanyakan kepada pakar sebelum membeli sesuatu produk. Jimat wang dan rambut anda pasti terjaga!

Tak jaga langsung

Sumber gambar: Cottonbro

Ada juga yang tidak hiraukan penjagaan rambut pula kerana sikap sambil lewa seperti guna saja syampu yang ada depan mata dan tak payah keringkan rambut atau menyisir kemas rambut yang dibiarkan kusut masai antara penyumbang rambut mudah rosak.

IKLAN

Baca juga: Rambut Berminyak & Kering Boleh Diatasi Dengan Produk ‘Dry Shampoo’! Inilah Sebabnya!

Risaukan perkara yang remeh

Sumber gambar: Goodhousekeeping

Ramai yang merungut dengan rambut yang lambat panjang tetapi sebaliknya anda patut beri tumpuan kepada kesihatan rambut dan membelainya dengan mengetahui cara penjagaan yang sesuai. Dapatkan nasihat dari pendandan yang betul-betul pakar dan ikhlas mengenai pendapatnya dan bukan sekadar menjual produk salun yang boleh mencecah ratusan ringgit!

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI