Bukan semua bentuk senaman yang dilakukan boleh membantu anda untuk membina otot badan. Langkah serta cara yang salah bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan otot, malah ia membantutkan pembesaran otot badan.

Antara kesalahan atau kesilapan yang sering kita lakukan semasa ‘workout’ adalah:

PROGRAM LATIHAN 

Anda memerlukan perancangan yang teliti. Oleh itu anda perlu mempunyai program latihan yang teratur dan terperinci. Program yang anda bina perlulah mempunyai beberapa info penting seperti kekerapan atau berapa kali seminggu anda akan berlatih, jumlah intensiti pada minggu atau bulan tersebut, jenis latihan yang anda lakukan dan tempoh masa latihan anda samaada pada waktu pagi atau petang.

LATIHAN ANDA TIDAK BERASAS 

Anda perlu kukuhkan latihan yang dilakukan. Anda perlu mengetahui tujuan latihan anda sama ada untuk membina otot atau membuang lemak. Seharusnya, ada haruslah mengetahui latihan yang anda lakukan itu sesuai dengan matlamat dan sasaran latihan. Oleh itu anda disarankan agar serasikan dan memperbetulkan struktur latihan. Jangan ikut dan lihat apa yang dilakukan oleh orang lain, malahan anda seharusnya tahu apa yang anda lakukan. Sentiasa fokus pada objektif yang ditetapkan. 

IKLAN
Sumber gambar: Greatist

DIET YANG TIDAK SESUAI 

Matlamat anda adalah untuk membina otot. Jadi anda perlukan protein yang mencukupi. Bukan hanya makan salad dengan banyak melainkan anda ingin mengurangkan berat badan anda. Cuba dapatkan daging di pasaraya kerana ia lebih jimat dan segar berbanding makan di restoran makanan segera. Ingat, anda adalah apa yang anda makan (you are what you eat).

Sumbe gambar: The New York Times

ANDA MENIPU DALAM LATIHAN 

Faktor ini biasa berlaku apabila anda sudah letih semasa berlatih. Mungkin kerana anda kekurangan tenaga.Anda perlukan spotter untuk membantu anda supaya anda dapat berlatih lebih dari kebolehan anda (beyond your ability). Sekiranya anda di tampuk yang sama, setiap kali datang untuk membina otot dengan pengulangan latihan dan senaman yang sama sahaja, anda akan kekal seperti biasa sepanjang tahun. Anda juga memerlukan tenaga tambahan (preworkout drink/bar) sebelum berlatih. Anda juga tidak menghabiskan pengulangan (repetition) kerana anda takut untuk rasa penat dan sakit (burned) semasa latihan. Sebenarnya keperitan semasa bersenam itu membuahkan hasil sedikit demi sedikit. Selamat mencuba. 

IKLAN

TIDAK CATATKAN PERKEMBANGAN 

Anda juga perlu catatkan perkembangan (progression) setiap kali anda berlatih. Anda digalakkan mencatatkan jumlah berat (load) yang anda angkat, pengulangan, dan set. Mungkin bagi anda ianya tidak berguna sekarang tapi sebenarnya ia amat penting untuk tujuan analisis pada masa akan datang. 

 TIDUR TIDAK CUKUP 

Tahukah anda hampir 90% tubuh badan kita diperbaiki semasa kita tidur dan berehat? Apa akan jadi sekiranya tidur anda tidak mencukupi? Tumbesaran anda akan terbantut dan otot anda sukar untuk membesar ke tahap yang optimal. Anda perlukan 7 hingga 8 jam sehari untuk tidur bagi seorang yang melakukan latihan di gym. 

IKLAN

TERLALU KERAP LATIHAN KARDIO

Latihan kardiovaskular juga penting dalam membina otot kerana ianya membantu menguatkan otot pada jantung (cardiac muscle). Lakukannya pada seminggu 2 kali selama 30 minit. Ia adalah masa yang optimal. Sekiranya matlamat anda adalah untuk membina otot dan kekuatan, latihan cardio tidak perlu mendominasi program latihan anda, ini bermaksud anda perlu banyakkan latihan kekuatan dengan kekerapan 3-4 kali di gym. 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI