
Menyembur wangian sebelum keluar rumah seperti menjadi satu kewajipan untuk kita semua terutama sekali buat kaum Hawa. Rasa tak lengkap dan kurang yakin pula jika seharian tidak memakainya.
Namun, pelik juga rasanya bila ada wangian yang cepat hilang harumannya dan terpaksa disembur banyak kali. Hmmm hijabi tahu tak kenapa? Sebenarnya wangian ini pun ada banyak jenisnya dan kita perlulah selidik dahulu jenisnya sebelum nak beli yang mana satu. Jom Hijabista tunjukkan caranya!
Selidik dahulu sis! Ada 3 jenis wangian yang hijabi perlu tahu sebelum membelinya.
- Parfum
- Eau De Parfum (EDP)
- Eau De Toilette (EDT)
Parfum
Harga parfum memang yang paling mahal di antara semua kerana peratusan konsentrasi wangiannya paling tinggi berbanding yang lain (20%-30%) menjadikan wangiannya tahan lebih lama. Lebih 24 jam pun boleh tau!
Eau De Parfum (EDP)
Kedudukannya berada di tengah-tengah kerana konsentrasinya lebih rendah dari parfum tapi lebih tinggi daripada EDT (15%-20%). Jadi kalau anda mencari wangian yang tak terlalu mahal dan tak terlalu murah, ini adalah pilihan terbaik untuk anda.
Eau De Toilette (EDT)
Kebiasaannya yang dijual di shopping mall adalah jenis ini kerana harganya yang murah. Dengan konsentrasi wangian sebanyak 5% ke 15%, bau wanginya mungkin akan cepat hilang membuatkan si pemakainya perlu menyembur beberapa kali.
Selain itu, ada dua jenis wangian lagi di bawah jenis EDT iaitu Eau De Cologne (2%-4%) dan juga Eau Fraiche (1%-3%). Oleh itu, pilihlah yang terbaik mengikut apa yang hijabi mahu dan perlukan.
Detoks Dengan Air Rebusan Jintan Manis, Perut Rasa Ringan & Yang Penting ‘Membuang’ Pun Lawas

Pengambilan pelbagai jenis makanan dalam diet harian memerlukan kita melakukan detoks. Ia bertujuan membersihkan sisa toksin yang terkandung dalam badan yang menjadi punca tubuh rasa lesu dan tidak bermaya.
Ia bukan sahaja mengganggu kesihatan badan malah kehadiran toksik atau racun juga menyebabkan kulit jadi bermasalah. Antara masalah kulit yang sering dialami ialah kulit kusam dan berjerawat.
Berikut perkongsian Mala Mansor yang menjadikan amalan detoks menggunakan jintan manis.
DETOKS DENGAN AIR REBUSAN JINTAN MANIS
Hari tu sebulan Mala rasa tak sedap perut. Rasa berangin sangat. Macam-macam petua ala cuba. Sampailah jumpa tip ni, air rebusan jintan manis. Rupanya banyak manfaat. Yang paling best, air ni adalah detoks untuk cuci usus kita.
Jintan manis ini herba yang tinggi serat. Bila minum dengan cara yang betul, akan menjadi seperti julab untuk cuci usus kecil dan besar secara sederhana. Jangan risau tau, tak buat cirit birit. Membuang macam biasa cuma lebih lancar dan teratur.

Mala kongsi cara buat dibawah:
1 sudu jintan manis
1 gelas air
Rebus saja jintan manis dengan air hingga mendidih. Jintan manis akan turun ke bawah, maksudnya dah siap. Minum masa air suam. Amalkan setiap hari. Memang akan rasa perubahannya.
Manfaat lain air rebusan jintan manis ini:
*Atasi kembung perut dan gastrik
*Kawal kolestrol
*Hilangkan bengkak di sendi
*Mengatasi gemuk air
*Tambah susu ibu
*Melancarkan haid
Jom amalkan setiap hari. Guna bahan dapur saja pun dapat sihat secara alami. Yang penting kena konsiten.
HIJABISTA: Detoks tubuh kita bagi membuang segala toksin yang ada dalam tubuh. Apabila dalaman sihat maka kulit pun jadi berseri.
Sumber kredit: Mala Mansor
Rupa-Rupanya Tak Semua Parut Sama, Ini Jenis Parut Berlubang Yang Perlu Anda Tahu

Parut di wajah memang boleh membuatkan keyakinan diri kita rendah. Pastinya kita akan rasa stress kerana ianya agak susah dan lambat untuk pudar. Sebenarnya ada banyak jenis parut berlubang ini dan tidak sama walaupun kelihatan serupa. Jom kita kenali jenis-jenis parut berlubang ini.

Ada 4 jenis parut yang biasa terjadi pada kulit wajah kita.
Yang ini katanya macam dicucuk-cucuk jarum.
Kalau orang kata macam kawah bulan, yang inilah dia…
Yang ini tekstur kulit terasa seperti tenggelam timbul. Bak gunung-ganang katanya.
Keloid pula meninggalkan kesan akibat daripada keradangan di kulit.
Banyak cara sebenarnya untuk menghilangkan parut ini namun yang paling berkesan adalah laser tetapi bajetnya juga tinggi. Jika anda berkemampuan, why not?
Tetapi jika anda mencari alternatif lain, bolehlah mencari krim bagi menghilangkan parut di farmasi ataupun dapatkan khidmat nasihat daripada pakar dermatologi.
Jadi apabila sudah mengetahui jenis parut di muka, mudahlah kita untuk mencari solusi yang sesuai untuk merawat kulit wajah. Pastikan ia yang terbaik untuk kulit anda ya hijabi!
sumber: twitter @profix_outlet
Ini Syampu Untuk Settlekan Masalah Rambut Beruban. Makanan Pun Perlulah Berkhasiat!

Aduhai. Belek-belek rambut, ada banyak uban yang kelihatan. Usia masih muda tetapi rambut sudah tumbuh uban. Tentunya keadaan ini menimbulkan kerisauan. Mesti rasa kurang keyakinan diri bukan kalau usia masih muda tapi rambut sudah mula tumbuh uban.
Walau pun berhijab, keadaan itu juga sudah semestinya boleh membuatkan rasa kurang selesa. Pelik juga mengapa keadaan ini berlaku. Selalunya mereka yang sudah berusia sahaja menghadapinya.

SENARAI MAKANAN TERBAIK UNTUK KESIHATAN RAMBUT:
*Tiram. Tiram kaya dengan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh, seperti zink, besi, kalsium, kalium. Bukan hanya itu, tiram juga rendah lemak dan kalori.
*Salmon/tenggiri. Kedua-dua jenis ikan ini mengandungi asid lemak omega-3, protein, vitamin B12 dan zat besi.

*Sayuran hijau tua (bayam, brokoli) mengandungi vitamin A, vitamin C, zat besi dan kalsium.

*Amalkan makan kacang. Kacang mengandungi protein, zat besi, zink dan biotin. Sebagai contoh, kacang Brazil mengandungi selenium, walnut (zink, asid alfa-linolenik), pecan, gajus, badam (zink).
*Bijian penuh. Mengandungi zink, zat besi dan vitamin B.

*Ayam. Pengambilan menu berasaskan ayam membekalkan protein dan zat besi.
*Telur. Mengandungi protein, biotin dan vitamin B12.
Berikut dikongsikan juga syampu bagi merawat masalah rambut beruban. Semoga ia membantu masalah rambut beruban yang anda hadapi.
BAWANG REPAIRING & NOURISHING SHAMPOO
Diperkaya pelbagai ekstrak herba cina termasuk Ginseng, Notoginseng dan Gingko Leaf syampu ini amat sesuai untuk merawat rambut yang bermasalah. Dengan pemakaian yang teratur, ia menyuburkan akar rambut dan membantu membaikpulih rambut kering serta rosak disebabkan penggunaan bahan kimia pada rambut. Syampu sangat sesuai buat mereka yang mengalami masalah rambut beruban juga rambut gugur.
Mengandungi bahan natural, syampu ini mengandungi santan yang kita ketahui sangat bagus untuk merawat rambut beruban. Syampu ini juga mengandungi bahan- bahan seperti Pro-Vitamin B5, Vitamin E dan ekstrak Peppermint yang akan memberi nutrisi penting pada rambut anda sambil kesegaran yang berpanjangan.
Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah rambut beruban, syampu ini juga membantu melebatkan, melembutkan rambut yang kusut dan melawan kelemumur. Paling penting syampu ini bebas paraben, SLS dan silikon.
WATSONS NATURALS ARGAN SHAMPOO
Tidak mengandungi SLS, paraben, minyak mineral, silikon, pewarna tiruan dan lain-lain bahan kimia yang merbahaya, syampu ini juga mengandungi minyak Argan dan menggunakan bahan 100% semulajadi. Syampu ini berfungsi untuk membekalkan nutrisi pada rambut, menyihatkan dan melembutkan sehingga ke akar umbi.
HERBAL ESSENCES ARGAN OIL OF MOROCCO SHAMPOO
Sesuai digunakan untuk mendapatkan rambut yang lembut dan bersinar bagi rambut yang beruban. Syampu jenama ini diakui antara syampu yang terlaris di pasaran. Ia boleh didapati dengan mudah di mana-mana drugstore. Sesuai untuk merawat rambut yang bermasalah. Syampu ini juga mengandungi minyak Argan yang dapat memulihkan rambut rosak akibat penggunaan alatan penggaya rambut yang terlalu kerap.
HIMALAYA ANTI DANDRUFF SHAMPOO SOOTHING & MOISTURIZING
Sesuai digunakan untuk rambut kering yang memerlukan pelembap dan khasiat tambahan seperti rambut beruban. Ramuan yang terkandung di dalam syampu ini antaranya minyak Tea Tree dan bahan agen anti-kelemumur yang berkesan bagi mengelakkan keguguran. Syampu ini juga berfungsi untuk menghalang faktor penyebab kelemumur. Gunakan secara kerap bagi mencegah kelemumur dan gatal-gatal pada kulit kepala.
DOVE NUTRITIVE SOLUTIONS VOLUME NOURISHMENT SHAMPOO
Sangat sesuai digunakan untuk yang alami masalah rambut beruban dan menipis.Syampu ini berfungsi untuk menyuburkan rambut dan melebatkan rambut. Diformulasi dengan Teknologi Oxyfusion, bahan-bahan yang digunakan oleh produk ini mampu untuk melebatkan rambut.
HIJABISTA: Bagi menangani masalah berkaitan rambut, amalkan pengambilan lebih banyak makanan yang mengandungi vitamin, antioksidan, zink, kalsium, zat besi, iodin, asid amino dan asid lemak poli tak tepu. Nutrien ini sangat penting bagi memastikan kesihatan kulit kepala dan folikel terpelihara selain menjamin kualiti rambut.
Sumber kredit: Productnation Top image: Photo by Karolina Grabowska from Pexels