Laser antara rawatan untuk individu yang mengalami masalah parut jerawat dan parut di kulit. Kaedah rawatan ini telah digunakan oleh kebanyakkan pakar dermatologi sejak 1980an lagi. Terdapat dua jenis rawatan laser yang digunakan, Ablative laser dan juga Non-Ablative laser.

Sumber gambar: Byrdie

• Kos untuk rawatan bergantung kepada jenis laser dan kekerapan yang dilakukan. (Kebiasaanya dalam kadar RM500 keatas) 

• Parut ada pelbagai jenis, antaranya box scar, ice pick, rolling, post inflammatory hyperpigmentation dan keloid. 

•Kenali dulu jenisparut sebelum melakukan proses rawatan kerana setiap jenis parut mempunyai kaedah yang berbeza. 

IKLAN

• Ablative laser: menggunakan teknik pembakaran pada permukaan kulit luar (lapisan epidermis) hingga ke dermis. Kulit akan memberi tindak balas pemulihan dengan menghasilkan pembentukan kola- gen yang menghasilkan kulit lebih anjal, tegang dan parut akan menjadi lebih pudar. Lama-kelamaan parut akan pulih. Tetapi, kulit akan mengalami down time period dan proses pemulihan terbaik sewaktu rawatan ini adalah seperti co2 laser. 

• Non-ablative laser: Fokus kepada keadaan di bawah permukaan kulit meng- gunakan gelombang laser tertentu untuk mensasarkan struktur bawah kulit tanpa mengganggu lapisan luar kulit. Kebiasaa- nnya, ia bagus utk mencerahkan kulit, memudarkan parut yang gelap. Contohnya; NDYAG laser (tiada down time time/minimal down time untuk prosedur ini). Sebelum rawatan laser dilakukan, sesi konsultasi dengan doktor wajib dilakukan untuk membincangkan mengenai beberapa perkara yang perlu dititik beratkan, termasuklah warna kulit, jenis parut, keadaan kulit dan juga tahap kesihatan. 

IKLAN
Sumber gambar: Cleveland Clinic

TEMPOH RAWATAN 

Tempoh rawatan bergantung kepada keadaan kulit individu dimana ada seseten- gah pesakit perlukan rawatan setiap selang diantara satu hingga empat minggu sehingga mencapai kekerapan sebanyak empat hingga lima kali. sepanjang tempoh tiga hingga enam bulan, dan bulan seterusnya, kolagen akan terbentuk semula dan kulit akan ditegangkan untuk mengekalkan wajah tanpa jerawat. selain itu, rutin penjagaan kesihatan kulit yang terdiri daripada rawatan dan produk pencucian muka dapat membantu untuk mengekalkan hasil yang baik.

IKLAN

Selain rawatan laser, rawatan ‘microneedling’ (sejenis ‘collagen stimulation therapy’) juga membantu untuk memudarkan parut jerawat. 

PERSEDIAAN SEBELUM DAN SELEPAS RAWATAN

Sumber gambar: Medical News Today
  1. Pastikan kesihatan ditahap baik, tidak demam dan tidak mengalami sebarang alahan. 
  2. Maklumkan kepada doktor sekiranya mengalami demam ataupun alergi, kerana rawatan ini menimbulkan ruam-ruam kepada pesakit. 
  3. Selepas prosedur, ‘gentle cleansing’ akan dilakukan untuk mengelakkan infeksi dan tidak    memberikan kesakitan kepada kulit.
  4. Penggunaan sunscreen selepas prosedur amat disarankan untuk mengelakkan sebarang keradangan dan mengurangkan warna gelap pada kulit.
  5. Selepas rawatan, selalunya semua pesakit boleh menggunakan produk pencuci muka yang original mengikut keadaan kulit.
  6. Vitamin C bagus untuk membentuk kolagen yang menjadikan proses untuk memudarkan parut jerawat akan lebih cepat.

 PROSEDUR RAWATAN LASER 

  • Anda harus memastikan keadaan diri anda sihat, tiada alahan, ruam dan jerawat yang masih aktif. 
  • Muka harus dibersihkan dan krim kebas disapukan untuk jangka masa 30 hingga 45 minit.
  • Proses rawatan selalunya dalam kadar 30 minit.
  • Pemakaian ‘special masker’ disarankan untuk proses cooling.
  • Selepas proses dilakukan, pesakit akan dibenarkan untuk pulang bersama- sama dengan ‘post care cream’ dan juga beberapa nasihat mengenai langkah penjagaan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI