Parut dan jerawat pada wajah pasti membuatkan seseorang itu rasa rendah diri. Telah banyak produk yang dicuba namun semuanya tidak mendatangkan hasil.

Sebenarnya selain menggunakan produk perawatan wajah, rawatan menggunakan produk semula jadi juga amat membantu. Oat bukan sahaja membantu untuk menurunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama juga boleh menjadi medium perawatan kecantikan wajah.

Boleh cuba cara yang dikongsi oleh Intan Syafinas

RESEPI HILANGKAN PARUT, JERAWAT DENGAN OAT

I try buat benda ni dah lama tapi baru nak share.
Ramai Korean yang guna tip ini juga.

BAHAN-BAHAN:

Oat yang tiada perisa
Air mineral

IKLAN

Rendam oat dalam air semalaman. Letak dalam bekas. Esok paginya cuci muka guna
air rendaman oat itu. Jika hendak lebih senang, letak dalam botol spray. Spray pada wajah guna air rendaman oat tersebut kemudian bilas.

 

Perubahan yang boleh dilihat ialah kulit kurang berminyak dan parut makin pudar, kulit
pun brighten. Apabila kulit mengalami alahan, buat hal naik jerawat dan sebagainya, cuci muka dengan air oat ini.

IKLAN

 

 

IKLAN

Lakukan 2-3 kali seminggu. Daripada guna cleanser yang harsh, pedih dan keringkan kulit waktu, lebih baik waktu pagi guna air oat. Jangan berharap kesan seawal 24 jam sebab ia menggunakan bahan natural. Dalam produk skincare banyak sahaja guna oat memang membantu mencantikkan kulit wajah.

Sumber kredit: Intan Syafinas

DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.

http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI