Stresnya bila parut sukar untuk dihilangkan! Tambahan pula bila parut jerawat semakin jelas kelihatan menyebabkan keyakinan diri berkurang. Malah, parut yang disebabkan luka di badan juga bila dibiarkan akan terus kekal.

Parut juga terjadi apabila permukaan kulit luka, kesan terbakar, kesan pembedahan atau alahan buat kulit yang sensitif. Kebanyakan parut tidak mempunyai efek rengsa melainkan ia masih belum pulih sepenuhnya dan juga kesan jerawat pada wajah yang mungkin lebih sensitif dan masih aktif.

Ada beberapa cara yang boleh diamalkan menggunakan remedi semula jadi seperti bahan lazim yang boleh di dapati di rumah anda.

Gel Lidah Buaya

Sumber gambar: Kat Smith

Tumbuhan yang kaya dengan bahan aktif untuk anti-radang ini juga dapat meredakan kegatalan dan membantu mengalih kulit mati pada parut. Lidah buaya juga mengurangkan bengkak, membantu memulihkan sel kulit rosak dan menjana pembentukan sel kulit baru.

IKLAN

Minyak Tea Tree

Sumber gambar: Be Beautiful

Minyak yang mempunyai bahan anti-bakteria ini juga diamalkan dengan kerap dapat menghilangkan kesan parut termasuk parut jerawat dan juga parut pembedahan. Jika ia terlalu pekat, anda boleh campurkan dengan air sebelum menyapunya pada kulit dan ia sama sekali tidak boleh dimakan ya.

Madu

IKLAN
Sumber gambar: Roman

Madu asli juga dapat membantu mengurangkan kesan parut. Ia adalah pelembap semulajadi dan berkesan untuk merawat bekas luka yang akan meningkatkan pertumbuhan semula tisu.

Minyak Zaitun

Sumber gambar: Eva

Jika ia adalah virgin olive oil, ia kaya dengan anti-oksidan dan punyai tahan asid yang lebih tinggi membantu mencerahkan parut. Minyak zaitun biasa pula kaya dengan vitamin E dan K yang bagus untuk kulit dan ia dapat membantu untuk buat parut hilang lebih cepat.

IKLAN

Lemon

Sumber gambar: Dominika

Memang banyak kebaikan lemon, antaranya dalah untuk membuang sel kulit mati dengan berkesan kerana ia kata dengan asid alpha hydroxy. Ia dapat membantu sel tumbuh semula dan memberikan keanjalan pada kulit. Ia juga adalah peluntur semulajadi yang dapat mencerahkan parut.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI